Tuesday, 28 August 2012

Buku ini mendedahkan kepada kita betapa serasinya Islam dengan tabiat dan fitrah manusia.


Pengarang : Prof. Dr Yusuf Al-Qardhawi
Penterjemah : Ustaz Mohammad Zaini Yahaya
ISBN : 978-983-22-8400-7
Tebal muka buku : 606
RM45 termasuk postage.


Buku ini dalam Bahasa Melayu, versi terjemahan. Kita akan melihat Islam dari dimensi 'luas' seorang ulama', pewaris Nabi. Bukan lagi daripada dimensi sempit.

Flexibility Islam

Penulis: Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi
Penterjemah: Ustaz Muhammad Zaini Yahya
Terbitan: Penerbit Syabab
Harga: RM50 termasuk postage.

Sebesar mana dosa kita. Keampunan Allah lebih besar.
  Astaghfirullah... AmpunanMu Ya Allah Aku Harapkan
Penulis: Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi
Penterjemah: Ustaz Muhammad Zaini Yahya
Terbitan: Penerbit Syabab
Harga: RM44.00 termasuk postage.

Motivasi daripada al-Quran
12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Blue-T Publication
Harga: RM25.00 termasuk postage

Mana yang baik? Mana yang lebih baik?
Fiqh Keutamaan
Penulis: Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Blue-T Publication
Harga: RM33.00 termasuk postage


Harga: RM85 termasuk postage.

Buku-buku lain karangan al-Qaradhawi:
1) Iman dan Kehidupan - RM26.00 termasuk postage
2) Detik-detik Masa Dalam Kehidupan Muslim - RM17.00 termasuk postage
3) Aku & Al Ikhwan Al Muslimun - RM28.00 termasuk postage
4) Berinteraksi Dengan Al-Quran - RM74 termasuk postage
5) Fiqih Jihad - RM220.00 termasuk postage
6) Menjawab Masalah Haji, Umrah & Qurban - RM65 termasuk postage
7) Akidah Salaf & Khalaf - RM41 termasuk postage
8) Fikih Thaharah - RM50 termasuk postage
9) Halal dan Haram Dalam Islam - RM70 termasuk postage. 


Cara Pembelian:

Semudah 1,2,3.
1.Baca Bismillah.

2.Bank in duit. Bank Islam Dr. Farhan Hadi: 03072020837548 atau Maybank: 162553052244

3.Sms atau e-mail nama, alamat serta nombor rujukan slip ke: 0132671003/ fs_loveislam@yahoo.com.
Keistimewaan:
1. Labuh XXL
2. Cepat/ tak perlu iron
3. Simple
4. Tak melekap
5. Kemas
6. Awning tidak patah
7. Banyak warna-warna klasik
8. Jenis kain yang sukar didapati.
9.Kontemporari.

Harga: RM59
 tambah postage RM6.
TOTAL : RM65.

Coklat

Biru

Merah-kelabu

Kelabu-merah

Hijau

Coklat bercorak

biru kosong

pink

coklat kosong

Cara Pembelian:

Semudah 1,2,3.
1.Baca Bismillah.

2.Bank in duit. Bank Islam Dr. Farhan Hadi: 03072020837548 atau Maybank: 162553052244

3.Sms atau e-mail nama, alamat serta nombor rujukan slip ke: 0132671003/ fs_loveislam@yahoo.com.

Monday, 13 August 2012

Prophetic Parenting: Cara Nabi Mendidik Anak
Penulis: DR. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid
Terbitan: Pro-U Media
Harga: RM65.00 (termasuk postage)
 Penuh kisah! Best.
Jom, praktikkan cara manusia terbaik di dunia mendidik anak-anak baginda, anak sahabat, dan anak masyarakat di sekeliling.
Boleh beli online di sini seperti prosedur biasa.


Cara Pembelian:

Semudah 1,2,3.
1.Baca Bismillah.

2.Bank in duit. Bank Islam Dr. Farhan Hadi: 03072020837548 atau Maybank: 162553052244

3.Sms atau e-mail nama, alamat serta nombor rujukan slip ke: 0132671003/ fs_loveislam@yahoo.com.

Sunday, 12 August 2012




Berikut adalah poin hasil kajian ABDUL HALIM ABU SYUQQAH, dalam bukunya yang terkenal seantero dunia pada hari ini, KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH. Diberi kredit oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Imam Ghazali.

Setiap satu poin ini mempunyai huraian hujah al-Quran dan as-Sunnah yang sahih. Jika ingin mengkaji lanjut, boleh dapatkan buku ini segera di pasaran. Kini ada dalam versi terjemahan.

Penglibatan Wanita dalam Bidang Sosial

1.       Sudah jelas bahawa menetap di rumah dan memakai hijab (tabir) merupakan kekhususan untuk isteri-isteri Nabi SAW sebagai mana juga telah jelas bahawa sebahagian sahabat wanita (shahabiah) tidak mengikuti perbuatan isteri-isteri  Rasulullah SAW tersebut.

2.       Wanita turut serta dalam kehidupan sosial dan sering kali bertemu dengan kaum lelaki dalam semua aspek kehidupan, baik yang bersifat umum mahupun khusus, sebagai memenuhi tuntutan dan keperluan hidup yang serius dan untuk memberi kemudahan kepada semua orang beriman, baik lelaki mahupun perempuan.

3.       Penglibatan ini tiada syarat selain beberapa tuntutan dan aturan yang mulia dari sifatnya memelihara, bukan menghalang.

4.       Wanita terlibat dalam bidang sosial, politik dan kerjaya sesuai dengan keadaan serta keperluan hidup pada zaman Rasulullah SAW.

Dalam bidang sosial misalnya, wanita muslimah terlibat dalam beberapa bidang seperti kebudayaan, pendidikan, kegiatan sosial dan hiburan yang sihat.

Dalam bidang politik pula, wanita muslimah memiliki keyakinan (prinsip) yang berbeza dengan keyakinan masyarakat dan pihak penguasa. Wanita menghadapi tekanan dan seksaan, kemudian mereka berhijrah untuk membela dan menyelamatkan keyakinannya itu.

Di samping itu wanita muslimah mempunyai perhatian dan keprihatinan terhadap urusan masyarakat umum. Mengemukakan pendapat dalam pelbagai isu politik. Ada kalanya, bersikap penentang dalam bidang politik.

Sementara dalam bidang kerjaya, wanita sejak zaman Rasul turut terlibat dalam bidang pertanian, penternakan, kraftangan, pentadbiran, perawatan, kedoktoran, kebersihan dan pembantu rumah. Kegiatan itu membantu wanita mewujudkan dua hal:

Pertama: Mewujudkan kehidupan yang baik bagi diri dan keluarganya setelah kematian suami, lemah atau miskin.

Kedua: Mencapai kehidupan  yang lebih mulia  dan terhormat kerana dengan hasil usahanya itu dia mampu bersedekah di jalan Allah.

Memandangkan keadaan sosial pada zaman ini yang semakin serius, ia menuntut kepada peningkatan  penglibatan wanita dalam bidang sosial, politik dan kerjaya. Maka, kaedah-kaedah dan aturan-aturan yang telah digariskan syariat perlu menjadi pengatur keadaan tersebut hingga akhir zaman.
Di antara natijah dari penglibatan mereka dalam kehidupan sosial tersebut ialah timbulnya kesedaran wanita, cara berfikir yang semakin matang dan kemampuan wanita melaksanakan pelbagai kegiatan yang bermanfaat.

Alhamdulillah!
2 buku sirah ini terpilih menjadi antara "50 best Malaysian titles for international rights."
Jazakumullah atas doa dan sokongan anda semua.

Saturday, 11 August 2012

Inspirasi wanita kontemporari


Ramai orang menyangka dia sudah betul-betul mengenali wanita. Jika dia seorang lelaki, dia lahir dari rahim seorang wanita. Disusukan dan disuapi oleh wanita. Maka, dia menyangka, dia sangat ‘kenal’ wanita. 

Jika dia seorang wanita, dia sangka dia telah mengenali dirinya sendiri. Jiwanya, hati dan perasaannya, dia sangka dia sangat akrab dengannya.

Tak kira kita lelaki atau wanita, adakah kita mengenali makhluk bernama wanita mengikut tafsiran ‘rasa-rasa’ dan ‘dengar-dengar’, atau tafsiran al-Quran dan as-Sunnah?  Adakah kita meletakkan persepsi dan memperlakukan wanita sesuai dengan petunjuk wahyu?

Mari sama-sama nikmati satu hasil kajian bertahun-tahun oleh seorang ulama berkenaan wanita. Bukunya berjudul, KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH. Boleh dikaji lanjut torehan hujah-hujah yang diktiraf oleh para alim ulama seantero dunia di dalam bukunya ini. 

Ada yang disepakati dan ada yang masih berlegar dalam masalah ‘khilaf’. Yang pasti, apa yang terpilih di sini sangat mudah, praktikal, dekat dengan zaman Rasul dan dekat pula untuk dipraktikkan pada era kontemporari. Mengagumkan!

Antara hasil-hasil kajian hebat Abdul Halim Abu Syuqqah yang dikupas berserta dalil dan hujah yang mantap berkenaan wanita ialah:

SAHSIAH DAN KEPERIBADIAN WANITA

1.       Wanita muslimah pada zaman Nabi SAW memahami karakter mereka sebagai mana yang telah digariskan oleh agama Islam yang murni sehingga mereka melalui pelbagai aspek kehidupannya  dengan dasar pemahaman tersebut.

Nota saya: Nak buat sesuatu kena FAHAM dengan ilmu dan hujah.

2.       Sahsiah dan keperibadian wanita tersimpul dalam sabda Rasulullah SAW yang menetapkan dasar persamaan antara lelaki dan wanita dengan sedikit kekhususan dalam beberapa bidang. Sabda Rasulullah SAW, “Wanita adalah saudara kandung lelaki.” (HR Abu Daud).

Nota saya: Lelaki dan wanita, ada yang sama, ada yang berbeza. Allah meletakkan mereka kena pada tempatnya.

3.       Hadis yang mengatakan bahawa wanita itu ‘kurang akal dan agama’ adalah hadis sahih yang difahami dan diterapkan secara keliru oleh kebanyakan orang, sehingga mereka menghapuskan sahsiah dan keperibadian wanita yang telah digariskan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam sunnah-Nya.

Nota saya: Dari segi ‘kualiti’ kecerdikan dan kualiti agama, siapa yang kuat berusaha dan tinggi taqwanya dialah yang lebih cerdik dan beragama. Tak kira lelaki atau perempuan. Dalam hadis ini, Nabi menerangkan dari aspek kuantiti, bukan kualiti. Dari segi kuantiti, wanita kurang perlu memerah otak kerana Allah memanjakannya. Dia meletakkan kesaksian 2 orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki. Baik sungguh Allah! Dia faham fitrah wanita yang mudah berserabut dengan hal-hal kesaksian di mahkamah ni. Begitu juga, dari segi kuantiti, wanita kurang solat dan puasa berbanding lelaki apabila Allah memanjakannya dengan waktu cuti.

PAKAIAN DAN PERHIASAN WANITA

4.       Membuka wajah sudah menjadi sesuatu yang umum dilakukan pada zaman Nabi SAW. Keadaan seperti ini merupakan keadaan awal. Adapun memakai purdah yang memperlihatkan dua biji mata sahaja, merupakan salah satu tradisi (adat) atau fesyen yang menjadi trend pada sebahagian wanita sebelum dan sesudah kedatangan Islam.

5.       Berhias secara wajar pada muka, dua tapak tangan dan pakaian diizinkan oleh agama dalam batas-batas yang sesuai dilakukan oleh seorang wanita beriman.


6.       Tidak pernah diwajibkan supaya mengikuti satu fesyen tertentu dalam berpakaian. Yang diwajibkan ialah menutupi aurat. Tidaklah berdosa mengikuti beberapa fesyen sesuai dengan keadaan cuaca dan persekitaran sosial.

7.       Kriteria-kriteria di atas membantu wanita untuk lebih bebas bergerak dan memudahkannya dalam mengikuti kegiatan sosial.

Nota saya: Mudah bukan? Betapa Allah sangat baik. Dia tidak rela ramai hamba-Nya ke neraka. Lantaran itu syariat-Nya bersifat mudah lagi memudahkan. Bukan bermudah-mudah. Bukan pula memayah-mayahkan.  Jika ada yang berpandangan sebaliknya daripada pendapat di atas, itu pilihan kalian. Kami tenang dengan pilihan kami! Bagimu pilihanmu, dan bagiku pilihanku!
Jika masih ramai yang ke neraka, bukan Allah yang salah tapi kita sendiri yang salah. Sifat ‘ADIL’ Allah menghantar kita ke sana apabila kita buruk sangka kepada-Nya dan melanggar arahan-Nya yang sedikit cuma. Nauzubillah. Arahan Allah untuk kebaikan dan kemaslahatan kita juga.
Ada banyak lagi hasil dapatan kajian ulama ini dalam bidang-bidang berikut:

PENGLIBATAN WANITA DALAM KEHIDUPAN SOSIAL
KELUARGA
BIDANG SEKSUAL

Insyallah, saya akan ‘update’ kemudian. Bahagianya!!! Alhamdulillah.

Kenapa si kecil marah dipisahkan daripada ibunya?

Sebab dia KENAL cinta ibunya.

Kenapa kita tak rasa 'feel' dengan cinta Allah?
Sebab kita belum KENAL.

Jom, kita kenali Allah dengan lebih dalam, agar kita ada kekuatan marahkan syaitan, nafsu dan faktor2 luar yang ingin pisahkan kita dari cinta hakiki. Tak kenal maka tak cinta.

Buku karya Ibnul Qayyim ini membawa kita lebih mengenali ALLAH dan Cinta-Nya:)

 Boleh dapatkan buku ini di sebarkanbahagia.blogspot.com ini. Harganya RM35 termasuk postage.


Cara Pembelian:

Semudah 1,2,3.
1.Baca Bismillah.

2.Bank in duit. Bank Islam Dr. Farhan Hadi: 03072020837548 atau Maybank: 162553052244

3.Sms atau e-mail nama, alamat serta maklumat pembayaran dalam slip ke: 0132671003/ fs_loveislam@yahoo.com.
 
 

KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH, ABDUL HALIM ABU SYUQQAH.

Hati sangat dekat dengannya. Semakin ‘dibaca’ semakin besar rasa percaya.
Percaya bahawa tiada agama yang lebih membela umatnya kecuali Islam.
Percaya bahawa Allah SWT paling memahami jiwa hamba-Nya.
Percaya bahawa syariat-Nya bukan beban tapi satu keperluan.

Terima-kasih buat ulama yang bernama Abdul Halim Abu Syuqqah yang telah mengarang kitab berkenaan isu-isu wanita kontemporari. Bagi saya, kitab ini adalah kitab karangan manusia terhebat pada zaman mutakhir ini berkaitan wanita.

Bahkan, pengerusi ulama sedunia, Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi sendiri memuji kitab ini. Beliau juga memberi kata pengantar hebat untuk kitab ini. Pengantar itu luar biasa manfaatnya. Sangat membuka mata. 
Antaranya:
1.       Syeikh al-Qaradhawi berkata, “ Mereka memikulkan ke atas pundak wanita beban penderitaan yang telah dan akan dialami umat manusia sejak Adam diciptakan sehingga tibanya kiamat nanti. Menurut keyakinan mereka wanitalah yang telah merayu Adam agar makan buah, sehingga Adam dan anak cucunya dikeluarkan dari syurga. Di dalam al-Quran, begitu juga dalam Taurat tidak ditemukan nas yang mengatakan bahawa wanita harus bertanggung jawab terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Adam. Bahkan Adamlah penanggung jawab utama, sementara wanita hanya pengikut.”

2.       “Ada beberapa pemikiran keliru mengenai wanita menyusup ke dalam benak sekelompok umat Islam sehingga mereka sentiasa memiliki persepsi negatif terhadap watak dan peranan wanita.” Apa dia persepsi itu? Kenalah baca buku ni.

3.       Betapa berlebihannya mereka menindas hak-hak wanita. Mereka mengutip hadis-hadis sahih, tetapi tidak meletakkan pada tempatnya.  Mereka sering gunakan hadis yang menggambarkan wanita sebagai makhluk kurang akal dan agama, serta hadis berkaitan isteri sujud kepada suami.

4.       Al-Qaradhawi juga mengkritik hadis kononnya Rasul bertanya Fatimah, “Apakah yang paling baik bagi wanita?” Fatimah berkata, “Bila wanita tidak melihat lelaki dan lelakipun tidak melihat kepadanya.” Hadis ini terlalu lemah bahkan palsu dan berdusta ke atas Rasul. Banyak lagi hadis-hadis mungkar yang dikomentarinya.

5.       Penulis buku ini semakin serius menangani masalah ini kerana melihat sikap berlebihan dari sekelompok umat Islam dan sebahagian para dae dalam mengenali kaum wanita. Hal-hal ini menyebabkan kaum lelaki dan wanita semakin jauh dari tuntutan Islam.

Imam al-Ghazali juga turut memberi pengantarnya terhadap buku ini. Beliau menghargai buku ini sehingga berkata, "Saya berharap buku yang membahas masalah wanita sudah muncul beberapa abad yang silam. Sebab kaum muslimin sudah jauh menyimpang dari tuntutan agama dalam memperlakukan kaum wanita. Di tengah-tengah umat Islam telah beredar riwayat-riwayat dan hadis-hadis palsu atau mendekati maudhu' yang menghantar wanita ke alam kebodohan."

Astargfirullah! Masih banyak ilmu-ilmu sahih yang belum kita timba berkenaan diri kita sendiri. Padahal ianya amat damai lagi mendamaikan. Mampu menyeruakkan rasa bahagia yang tidak terhingga. 

Betapa kita melalaikan ilmu. Andai kita rasa Islam mendiskriminasikan wanita, Allah yang zalim kepada kita atau kita yang menzalimi diri sendiri? Kitalah yang zalim sebab kurang mendalami ilmu yang Dia mahu kita fahami.

Wahai wanita muslimah,
Sudah sampai masanya kita muliakan diri dengan IMAN dan ILMU. Kenapa perlu bertangguh lagi? Begitu juga buat para lelaki sejati sekalian yang dicelikkan mata hatinya untuk meletakkan wanita kena pada tempatnya.  Tambahkanlah ilmu.

Buku KEBEBASAN WANITA PADA ZAMAN RISALAH ini amat wajar dimiliki oleh semua dan diwariskan kepada generasi kita.  Boleh dapatkannya di pasaran. Ada 6 jilid yang semuanya best-best. Jika tak mampu baca semua, baca bab-bab yang dekat dengan realiti kita dulu. Contohnya berkenaan pakaian dan perhiasan wanita, wanita di alam rumah tangga dan keterlibatan wanita dalam tanggung jawab sosial.

Boleh juga mendapatkannya daripada saya. 6 jilid dengan harga cuma RM240 termasuk postage.
Cara Pembelian:

Semudah 1,2,3.
1.Baca Bismillah.

2.Bank in duit. Bank Islam Dr. Farhan Hadi: 03072020837548 atau Maybank: 162553052244

3.Sms atau e-mail nama, alamat serta maklumat pembayaran dalam slip ke: 0132671003/ fs_loveislam@yahoo.com.

Friday, 10 August 2012


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus Dan Polio. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus dan polio adalah harus di segi syarak kerana berdasarkan kaedah درء المفاسد مقدم على جلب المصالحmenolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan " dalam perundangan Islam.
     
  2. Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci, sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.
     
Keterangan/Hujah: 
 
Imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit seperti campak, tibi, batuk kokol, dipteria, tetanus atau polio. Mengikut kaedah fiqhiah iaitu  درء المفاسد مقدم على جلب المصالح menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”, maka program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah sampai kepada peringkat hajat. Maka program tersebut adalah harus, kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar. Oleh hal yang demikian penggunaan vaksin dalam imunisasi itu adalah harus dari segi syarak.
 
Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 :
 
ولاتلقوابأيدكم الى التهلكة
 
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan".

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Wednesday, 8 August 2012


Beriman dan menambah ilmu adalah cara kita menaikkan darjat di sisi Allah, rujuk al-Mujadalah,
ayat 11.


Kaji Sebelum Caci

Biarlah Tersalah Tidak Menghukum

Payahnya melangkah sebagai manusia, jika ingin memenuhi kepuasan semua orang. Relatif dan pelbagai. Kata pepatah Arab, kepuasan manusia adalah matlamat yang mustahil boleh dicapai.

Tatkala senyum, dileteri, senyummu terlebih gula.
Tatkala masam, diumpat, wajahmu tidak ceria.
Tatkala ke media, dituduh, sengaja mencari pujian. Gila glamour. Hendak menunjuk cantik.
Tatkala di rumah, dituduh tersepit. Terkongkong. Tidak pedulikan keperluan masyarakat.

Ya, Allah, kami mengadu kepada-Mu dengan sikap manusia yang suka tergesa-gesa menghukum. Kita tidak perlu membalas sikap keras mereka dengan kekerasan yang sama. Biar kita tersalah tidak menghukum daripada tersalah menghukum.

Kami berterima-kasih kepada-Mu, ya Allah kerana menghadirkan para ulama pewaris Nabi yang istiqamah menerangkan manhaj hidup yang mudah lagi memudahkan. Bukan bermudah-mudah. Bukan pula memayah-mayahkan. Itu watak Islam.


Apabila Manusia Tidak Faham Perbezaan Fiqih, Timbullah Label dan Umpatan

Ramai remaja mengadu kepada saya dengan 1001 dilema dan cerita.

“Saya ditengking oleh abang saya kerana memakai baju berwarna terang. Katanya, itu haram. Saya cuma mahukan warna untuk membangkitkan ‘mood’ ceria saya tanpa niat menggoda sesapa. ”

“Saya dilabel ‘tabarruj’ kerana memakai tudung pashmina, dan shawl. Padahal ianya sudahpun menutup aurat.”

“Saya dituduh mangsa fesyen dan ‘buruk’ kerana sanggul saya. Mereka tidak faham saya bersanggul bukan kerana fesyen atau hendak menunjuk. Sesetengah wanita berambut panjang perlu bersanggul agar tidak pening kepala. Seperti mana wanita lepas bersalin mesti bersanggul kemas demi kesihatannya.”

“Saya dituduh mengikut arus hanya kerana tudung ‘instant’ saya. Padahal, saya cuma mahu jimatkan masa daripada ‘iron’ dan ingin cepat bersiap.”

 “Buntut saya besar. Orang tuduh saya miang. Sebab saya jalan melenggang-lenggok. Itu bukan kesengajaan saya. Adilkah saya dilabel begitu?”

“Suara saya merdu dan lunak. Adakah saya perlu bisukan suara di dunia ini? Sudah tentu saya terseksa dan sakit tekak jika perlu meniru-niru suara perempuan yang kasar seperti lelaki. Bukankah cara komunikasi setiap orang mempunyai keasliannya yang tersendiri? Salahkah saya menjadi diri sendiri?”

“Ramai orang berkata saya berwajah cantik. Jika ada lelaki tergoda, dia yang perlu menundukkan pandangan atau saya yang wajib berpurdah? Purdah bagi saya menyulitkan urusan saya, mungkin ia tidak bagi orang lain. Tidakkah Islam memberi ‘rukhsah’ kepada kesulitan saya?”

“Saya lelaki yang dilahirkan lembut sejak kecil. Orang menuduh saya menyerupai wanita. Bukankah Allah tidak menghukum hamba-Nya sesuatu yang di luar kuasanya?”

Sabarlah remajaku sayang atas ketergesaan label-label manusia.


Tenangkan Hatimu dengan Ilmu dan Hujah, Bukan ‘Rasa-Rasa’

Dalam menghadapi kemelut ini, menjadi keperluan kita untuk mencari ilmu dan hujah dari sumber-sumber yang sahih. Ia akan memberi ketenangan hati. Jika kita salah, kita kena bersedia untuk betulkan diri. Jika kita tidak salah, kenapa kita perlu menyiksa diri untuk cuba memenuhi kepuasan mereka?

Rujuklah para ulama dan buku-buku besar mereka. Kenal pasti mana isu ‘khilaf’ dan mana isu yang disepakati. Kita akan terus bercakaran sesama sendiri apabila melayani perkara ‘khilaf’ sama seperti melayani perkara yang disepakati. Tingkat toleransi akan menjadi tinggi apabila kita mengkaji perbezaan dan memahaminya.

Kita juga perlu kenal mana 'prinsip' untuk kita teguh dan istiqamah. Mana pula 'perlaksanaan' yang Islam benarkan kita fleksibel. Thabat (teguh) dan murunah (fleksibel) adalah watak-watak Islam. Luaskan ufuk minda, jangan kita sempitkan.

Firman Allah SWT: "Allah mahukan kemudahan bagimu dan Allah tidak mahukan kesusahan bagimu."
Nikmatilah 'kemudahan' memilih apa yang baik selagi masih dalam batasan tanpa perlu terikat dengan 'kesukaan' orang yang pelbagai. Jika mereka tetap ingin melabel dan mengumpat, tersenyumlah. Sedih itu fitrah tapi usah bersedih-sedih. Di akhirat nanti, kita perlukan mereka untuk memikul dosa kita. Kita juga boleh mengikis pahala mereka. Indah bukan?


Fatwa Berat atau Fatwa Mudah Pilihan Hati?

Kita terbiasa dengan fatwa-fatwa yang berat terutamanya berkenaan masalah wanita selama ini. Sebabnya, kebanyakan para ustaz yang baik dan sudi mengajar kita itu terbiasa merujuk terus fatwa-fatwa lama dan kurang memerhatikan fiqah perbandingan (fiqh muqaran) dan fiqah kontemporari (fiqh mua’shirah). Alhamdulillah, sejuta penghargaan buat mereka kerana ijtihad para ulama masih dalam daerah pahala.

Jika ia terlalu menekan hidupmu dan menyesakkan dadamu, temuilah ketenangan beragama, kemudahan beramal, keindahan toleransi, kekuatan penyatuan dan kehalusan seni dakwah dalam fatwa dan ijtihad ulama-ulama muktabar kontemporari khususnya dalam masalah-masalah wanita. Para ulama muktabar itu antaranya ialah dari kalangan mereka yang bermanhaj pertengahan seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Abdul Karim Zaidan dan seumpamanya. Seperti juga para ulama yang lain, mereka berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu.

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyusun fiqh keutamaan agar kita turut merujuk fatwa-fatwa kontemporari. Mereka menghargai pendapat lama dan meraikan tajdid (pembaharuan).

Syukur sangat kerana golongan ulama muktabar ini mendedahkan suatu kefahaman dan tafsiran al-Quran dan hadis yang membuatkan ummah berasakan Islam itu benar-benar mudah dan praktikal untuk diamalkan. Yang halal amat luas sebaliknya yang haram amat sempit dalam Islam.

Allah mempersoalkan kita di akhirat nanti berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. Oleh sebab itu, bagi mereka yang tetap ingin berpegang dengan fatwa-fatwa yang berat, silakan. Tiada masalah. Tapi perlu bersedia beramal dengan fatwa-fatwa berat yang dipegang itu. Hormatilah orang yang tidak sehaluan. Selagi pandanganitu, Islam benarkan kita berbeza.


Fiqih dalam Manhaj Pertengahan

 Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia. Terutamanya, dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram.

Kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil. Melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang sahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa) yang jelas illatnya (sebab) terhadap nas.

Para ulama salaf sangat berhati-hati dalam mengharamkan sesuatu atau mewajibkan sesuatu. Kecuali, apabila mereka memiliki dalil yang tidak diragukan sama sekali. Sebagaimana yang dilakukan mazhab Hanafi, jika tiada dalil kuat, maka mereka menurunkan hukumnya  dari darjat fardhu kepada wajib, dan dari darjat haram kepada makruh.

Dalam perkataan para ulama salaf, mereka sering menyebut perkataan yang berhati-hati, contohnya, “Saya tidak suka yang begini.” Tetapi mereka tidak berterus-terang mengatakan ianya haram, kecuali apabila mereka mengetahui ada dalil yang berterus-terang mengatakannya haram.

Contoh yang jelas, sebelum ayat haramnya arak diturunkan, sahabat menunjukkan sikap benci kepada arak tapi tidak berani mengatakannya haram meskipun banyak mudaratnya dalam masyarakat. Sehingga Allah secara bertahap menurunkan wahyu yang benar-benar mengharamkan arak. Barulah mereka berani mengatakan arak itu haram.


Islam Kasihankan Kita

Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa.

Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101).

Rasulullah SAW bersabda, “Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih).

Baginda bersabda lagi, “Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum-hukum maka janganlah kalian melanggarnya. Mewajibkan kewajipan-kewajipan maka janganlah kalian mensia-siakannya. Mengharamkan sesuatu maka janganlah kamu melakukannya, dan mendiamkan sesuatu kerana kasihan kepada kalian, bukan kerana lupa maka janganlah kalian mempersoalkannya. (HR Daruqutni dan al-Hakim, dan dia menilainya sahih. Rujuk Al-Qaradhawi, Nahwa Fiqh Muyassar).


Selagi Bukan Dosa, Bebaslah Memilih

Remajaku sayang,
Tenang dan yakinlah dengan setiap pilihan hidupmu. Selagi ia bukan dosa, nikmatilah kebebasanmu memilih mengikut cita rasamu sendiri. Berbahagialah menjadi diri sendiri. Pandangan manusia itu penting tapi memuaskan pandangan mereka semuanya adalah suatu tindakan yang ‘gila’. Paling penting, tiada konflik antara pilihanmu dengan kehendak Tuhanmu.

Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam, bahawa asal segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah, baik berupa benda mahupun manfaat, adalah halal dan boleh, dan tidak haram kecuali ada nas sharih (jelas) yang mengharamkannya. Apabila nasnya tidak sahih, atau tidak sharih (jelas) menunjukkan pada yang haram, maka sesuatu itu hukumnya tetap harus. Kata Imam Asy-Syatibi,

“Tidak ada perintah kecuali dengan dalil, apabila tidak ada dalil yang menunjukkan perintah untuk melakukannya, maka perintah itu gugur dengannya.” (Rujuk kitab al-Muwafaqat oleh Asy-Syatibi).

Dari sinilah kawasan yang diharamkan oleh Allah menjadi sangat sempit. Kawasan yang dihalalkan semakin luas dan banyak. Hal itu tidak lain kerana nas-nas sharih yang mengharamkan sesuatu jumlahnya sangat sedikit. Sedangkan yang tidak dinyatakan halal atau haram, maka ia tetap pada hukum asalnya, iaitu mubah (harus) dan termasuk ke dalam kawasan yang dimaafkan oleh Allah SWT.

Sweetnya Allah pada kita, bukan?!