Cinta Allahpun Bersyarat!

Sunday, 11 November 2012


Cinta Allahpun Bersyarat
Musibah Diundang atau Tidak Diundang
Apa sahaja musibah yang tidak kita sukai, Islam mengajar kita berdoa dan berusaha mencegahnya. Bukan berdiam diri dan mengharap kosong di atas angin begitu sahaja.
Jika Allah takdirkan sesuatu musibah terjadi ke atas diri kita, ia akan terjadi juga. Usah peningkan kepala. Kecilkan risikonya.
Tunjukkan kepada Allah SWT bahawa kita telah mencurahkan doa dan usaha dalam kudrat seorang hamba yang serba terbatas..
Musibah itu ada dua jenis. Ada yang datang ‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak diundang.’
Jika musibah tetap terjadi meskipun kita sudahpun mengambil langkah pencegahan dan langkah berhati-hati, ianya suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu rahmatnya besar di sisi Allah. Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat jangkaan dan mencegah datangnya musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada bila-bila masa jauh lebih besar. Rasa tidak tenang lebih kerap hadir.
Kecilkan Risiko
Sebelum bernikah, kita sepatutnya sudah bijak membaca kriteria pasangan yang berpotensi untuk curang setelah bernikah. Selalunya dia seorang yang:
Gatal.
Suka mengurat.
Berkawan dengan ramai pasangan tanpa urusan.
Selalu SMS dan call pada perkara yang tidak penting.
Selalu bergurau hendak bernikah ramai.
Asyik chatting dan facebook dengan pasangan bukan mahram.Tanpa urusan munasabah.
Jika kita sendiri memilih pasangan yang berpotensi untuk tidak setia, kemudian, apabila kita menjadi suami atau isterinya, dia bermain kayu tiga, maka kita sendirilah yang sebenarnya mengundang masalah itu.
Bukankah  Allah SWT sudahpun memberitahu kita, banyak sekali musibah dalam hidup ini bersumber daripada perbuatan kita sendiri? Kita yang mengundangnya. 
Minimumkan Musibah
Langkah pencegahan dan membuat jangkaan bukanlah bertujuan untuk hidup tanpa masalah. Mana ada hidup tanpa masalah? Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meminumkan musibah dan masalah, terutamanya akibat sikap dan kesalahan kita sendiri.
Ramai pasangan boleh terima apapun kekurangan suami atau isterinya. Dia sanggup berada di sisi pasangan walau apapun terjadi kepadanya. Tidak kira pasangannya jatuh miskin, sakit teruk, dimusuhi, dibebani hutang, difitnah atau apa sahaja berlaku ke atasnya, dia terus setia.
Cuma satu, ramai suami atau isteri lebih sanggup kehilangan pasangannya jika pasangannya itu mempunyai kekasih yang lain. Sebelum masalah besar ini timbul dan kesannya berlarut-larut dalam seluruh baki usia, kita mesti berhati-hati melangkah.
Jika ia berlaku kerana lalainya kita membuat jangkaan yang tepat ketika dalam tempoh pemilihan, maka yang bersalah adalah diri kita sendiri. Bukan orang lain. 
Syarat Suatu Yang Normal Dalam Aqad Muslim
Kita nak beli rumah dan kereta ada syarat. Nak buat pinjaman ada syarat. Nak sewakan rumah kita kepada orang lain, kita letakkan syarat yang munasabah. Bahkan dalam kebanyakan aqad kaum muslimin, ia sangat bijaksana meletakkan syarat. Ia suatu yang normal. Ia suatu sikap berpandangan jauh terhadap risiko masa depan.
Cinta lebih rasional jika ada syarat yang munasabah. Bincangkan ia sejak di fasa pertunangan untuk mengecilkan risiko keruntuhan rumah tangga pada masa depan. Mahukan cinta tanpa syarat? Okey tapi realistiklah! Islam sangat manusiawi. Sensitiviti dan kondisi individu berbeza-beza. Berbincang dan letaklah syarat yang dipersetujui bersama. Demi keteguhan masa depan.
Lihatlah, cinta Allahpun mempunyai syarat selagi kita tidak syirik kepada-Nya. Cinta dalam pernikahan juga wajar mempunyai syarat ta’liq agar melindungi pasangan daripada risiko penganiayaan.
Betapa ramai pasangan yang suka mengubat sebelum mencegah. Apabila pasangannya terbukti bermain kayu tiga, barulah dia mula mencari penyelesaian. Mereka pejamkan sahaja mata ketika masalah memberi ‘petanda awal’ untuk datang. Usaha mengubat jauh lebih sakit dan pedih daripada usaha mencegah. Mahu yang mana?

17 comments:

  1. Salam Alayk,

    Subhanallah,kata-kata yang amat mendalam dalam entry ini. Sememangnya, lewat hari ni ramai diantara pasangan yang meremehkan soal pemilihan pasangan. Bagi mereka, 'asal cinta, jom nikah'..itu yg menjadi 'permainan' mereka tanpa memikirkan masak-masak tujuan untuk bernikah. Dlm perjalanan, barulah merasakan psgn yg dipilih tidak serasi, tiada persefahaman. Janji ditabur entah kemana. Sebab itulah, sebelum membuat keputusan..Allah telah menyuruh kita untuk berdoa kepadaNya, diberikan petunjuk dgn melakukan solat istikharah. Solat istikharah pula, tidak terhad kepada pemilihan pasangan semata-mata, tetapi kepada semua perkara yg mengkehendaki kita membuat pilihan.

    Sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama dengan pasangan, letakkanlah syarat sewajarnya, terutama kaum Hawa..letakkan syarat-syarat agar kita tidak ditindas. Ya, ada segelintir kaum Adam yg berjanji utk terus setia, tidak menduakan cinta.. tetapi kita tidak tahu apa yg akan terjadi di masa hadapan. Oleh itu, siapkan payung sebelum hujan, jangan dah terhantuk baru terngadah.

    Kaji sifat pasangan kita, fahami mereka sedalam-dalamnya. Tanyakan kepadanya tujuan untuk bernikah sebenarnya, adakah semata-mata kerna nafsu, ataupun kerana Allah? Jgn hanya sekadar niat untuk berkahwin kerana Allah, kemudian mengabaikannya. Seeloknya, berbincanglah apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan. Dari situlah kita boleh menilai pasangan kita, samada ia pilihan yang tepat ataupun sebaliknya. Jika dah meminta petunjuk Allah, dan Dia telah memberikannya..tetapi dlm perjalanan tersadung dan terjatuh, jgn persalahkan sesiapa..anggaplah ia sebagai ujian yg datang untuk menguji, sesungguhnya... ujian yg 'tidak diundang' ini lebih besar ganjarannya daripada Allah SWT.

    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. kupasan yang matang:)

      Delete
  2. it's just like what i thought,
    pabila kita tak nak bkl isteri/suami kerap chatting/msg d fb / sms tnpa perkara yg munasabah/penting,,maka kita pun xseharusnya begitu, maka sblum mlngkah ke alam rumah tangga, latih diri anda dahulu tuk mencegah iaitu dprd berhubung dgn bukn mhrm tanpa sebab yang munasabah, mcm begitu kan, ustazah?

    ReplyDelete
  3. entry yg sangat bagos dan komen2 yg mantap. syukran semua :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Terima kasih atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
  5. salam ukhuwah..entry yg byk manfaat dr ustzah..subhanallah Allah itu Maha Pemurah, Maha Bijaksana mengurniakan hambaNYA yang bijak pandai dalam menyebarkan ilmuNYA spt ustazah Fatimah Syarha..:-)..setiap manusia pasti merasa ujian Allah..sama ada besar atau kecil..senang atau susah..Allah itu Maha Adil, DIA tdk akan menganiayai hambaNYA..ujian yang di berikan adalah setimpal dgn kekuatan kita..sebesar mana pom ujian Allah itu, pasti Allah da sediakan jln penyelesaian. semuanya bergantung pd ush kita..tidak ada salahnya kita bertanya pada Allah sebelum membuat keputusan..spy kita sentiasa berada pd jlnNYA..dekat dengan Allah..ujian itu akan trus membawa kita dekattttttttt pd Allah..berdating dgn Allah itu manisssssssss sekali...ustaz saya cakap" kalau kita ingin kan pasangan yang soleh/solehah kita kene solehahkan/solehkan diri kita dulu"..iya dak ustazah??..:-)

    ReplyDelete
  6. Salam ustazah,

    Terima kasih atas perkongsian kali ini.
    Benar, bila kita sudah cuba kecilkan risiko, kita lebih tenang berdepan dengan musibah yg melanda. Wlaupun ianya dalam konteks musibah yg diundang. Ia sesuatu yg 'expected' org putih kata.
    Benar, bercouple sebelum bernikah malah jika telah terlanjur sebelum bernikah adalah dosa besar. Dan pernikahan bukan cara utk menutup segala dosa. Tetapi saya amat yakin dengan sifat Allah yg maha pengampun dan menerima taubat.
    Untuk sesiapa yg mungkin terbaca penulisan saya ini, saya mahu anda tahu, selagi hayat masih dikandung badan, pintu taubat sentiasa terbuka. Melalui kehidupan rumah tangga dengan musibah2 yg 'expected' ini dengan lebih tenang. Terus dekatkan diri dengan Allah.
    Jika segala dugaan kehidupan ini membawa kita lebih dekat dengan Allah, ganjaran pahala atau penghapusan dosa untuk kita.


    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ustazah,,
    bagaimana cara nak elakkan hati dari suka pada seseorang.. meskipun ia adalah fitrah,,
    bimbang hati menyentuh,,
    gusar andai jiwa menjadii alpa..
    ana pernah dengar "jika fikiran kita di penuhi perkara yg besar2 ..maka perkara2 keci takkn penuhi fikiran kita..
    boleh ustazah gariskan apa yg remaja sekarng perlu lakukan bg menjadi fardhulmuslim,,

    ReplyDelete
  8. Cinta Allah satu aja syaratnya

    iaitu Ikhlaskan diri lillahi

    apa saja amalan tanpa Ikhlas tak di terima

    cubalah ziarah ke sini: http://al-merapu.blogspot.com/

    lihatlah apa itu Ikhlas

    inshallah

    ReplyDelete
  9. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete
  10. Subhanallah... Amat realistik utk ukhti Fatimah bicarakan perkara ni skrg..

    Kdg2 ukhti, apabila bersama di dalam usrah kita seringkali t'pedaya dgn istilah ukhuwah sehinggakan keakraban antara muslimin & muslimat ini kurang dijaga.

    Maka akan timbul soal hati yg mana memperdaya para du'at. Mungkin ukhti boleh buat entry mengenai ini agar hati para du'at lebih terjaga untuk mentarbiyah hati Ummah sekeliling... ^^,

    ReplyDelete
  11. assalamu'alaykum kakak,
    masha Allah. nice one!

    tapi sedih jiddan tengok muda mudi islami yang kat luarnya jaga ikhtilatnya, tpi dalam dunia maya, dah hilang dah pakaian hayya' tatkala berkomen-komentar sesama mereka.. -_-"

    Allah selamatkan kami dari fitnah dunya...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ...

    berkaitan entry di atas, mintak ustazah terangkan sedikit batas2 hubungan sebelum nikah dan apakah itu zina hati?

    ReplyDelete
  13. Salam ustazah..boleh mntk ustzah huraikn dgn lebih detail bagaimana caranya yg terbaik utk btul2 mengenali hati budi bakal pasangan sblum berkahwin, dan apakah ciri2 zina hati..syukran

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions