Monday, 17 September 2012

Wanita sejak zaman Rasul sukakan masjid.


Ini isu khilaf. Bila sebut isu khilaf, semua pihak ada hujah. Semua pihak bukan suka-suka hati keluarkan hukum. Jadi, semua pendapat layak kita hormati.




Perlu diperjelaskan juga...
Ia bukan isu khilaf bagi orang yang belajar atau mengajar fiqah berpandukan pendapat-pendapat lama semata-mata. Iaitu berpandukan pendapat imam yang empat sahaja. 

Ia suatu isu khilaf bagi orang yang belajar dan mengajar fiqah dengan cara menghargai pendapat lama dan meraikan pendapat baru/kontemporari. Dengan cara kedua inilah, saya belajar dan diajar tentang fiqah.

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan dalam buku Fiqh Thaharah, dulu ketika ditanya persoalan ini, beliau menjawab wanita haid tidak boleh masuk ke masjid, sesuai dengan pandangan jumhur fuqaha'.


Namun beliau berkata lagi, "Ternyata saya telah membuat mereka berada dalam kesempitan dalam masalah yang sebenarnya terdapat kelapangan/kemudahan."

Beliau mengkaji nash-nash sahih, kuat dan jelas indikasi hukumnya. Beliau dapati hadis yang tidak menghalalkan wanita haid dan junub masuk masjid itu penuh dengan sanad-sanad lemah dan tidak jelas. Tidak boleh dijadikan sumber hukum.

Kekhuatiran adanya ceceran darah haid kini tiada lagi. Sebab wanita pada zaman ini telah memakai 'pad' yang mampu menahan jatuhnya darah. Sila rujuk lanjut Fiqh Thaharah.

Saya dan jutaan muslimah serata dunia berbahagia memilih kemudahan ini. Jika ada di kalangan kalian yang tidak mahu memilihnya, saya hormati. Sama-sama berlapang dada. Adab memperlakukan hal khilaf, biarkan kita berbeza, jangan berpecah dengan hina-menghina.
Reactions:

Tagged:

38 comments:

  1. stuju ! sy pun kkdg rasa ssh sngt...sedih je bile ABC x leh singgh masjid..

    ReplyDelete
  2. Ustazah,

    adakah kesimpulannya wanita haid dan junub boleh masuk masjid?

    Bagi menjaga kesucian masjid, wanita dipermulaan haid perlu elakkan diri duduk dalam masjid. Cukuplah berada diluar kawasan tempat solat atau berdiri.

    Adakah pendapat saya ini boleh diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think, therefore i am17 September 2012 18:30

      boleh masuk masjid dengan syarat individu tersebut mampu mengelakkan darah haidnya mengotorkan rumah Allah.

      Delete
  3. alhamdulillah,hati saya tak was2 lagi...thanks,ustazah!

    ReplyDelete
  4. salam ustazah yg di kasihi kerana Allah..semua was-was da terjwb..wanita haid blh berada dalam masjid yg penting msti menjaga kebersihan rumah Allah dengan kata lain tidak menumpahkan darah haid dalam rumah Allah..betul ke kefahaman ana ustazah???

    ANA INGIN BERTANYAKAN SATU DUA SOALAN PADA ustazah..maaf pertanyaan ini di luar tajuk yang discussion di atas..bagaimana kita mengetahui Allah menerima taubat kita??lagi satu,bagaimana untuk kita terus mendekati Allah hingga ke akhir hayat dan bagaimana untuk kita mendapatkan/memperolehi/merasai cinta Allah?...syukran..:-)

    ReplyDelete
  5. http://hafizfirdaus.com/ebook/Risalah-6/tajuk3.htm



    Kesimpulan Tinjauan.

    Bagi wanita yang didatangi haid, para ilmuan sepakat berdasarkan dalil yang kukuh lagi jelas bahawa mereka tidak boleh solat, puasa, tawaf dan bersetubuh. Ada pun hukum memegang dan membaca al-Qur’an, dalilnya adalah lemah sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam artikel Amalan Wanita Yang Didatangi Haid Dalam Bulan Ramadhan yang dimuatkan dalam buku Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa (Himpunan Risalah Berkenaan Puasa dan Isu-Isu Berkaitannya) terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

    Dalam artikel ini, kita meninjau pula hukum wanita yang didatangi haid sama ada boleh atau tidak untuk memasuki masjid dan mendiaminya. Tinjauan mendapati hadis yang melarang wanita memasuki masjid dan mendiaminya diperselisihkan kedudukannya antara dha‘if, hasan atau sahih. Pada waktu yang sama terdapat hadis sahih lain yang menerangkan wanita yang didatangi haid boleh memasuki masjid dan mendiaminya.

    Oleh itu apabila seseorang muslimah memiliki urusan di dalam masjid, dia boleh memasukinya dan mendiaminya. Urusan yang dimaksudkan adalah pelbagai dan ia tidak perlu sesuatu yang berada pada tahap darurat. Contoh urusan yang dimaksudkan adalah ustazah yang menyampaikan kuliah, para muslimah yang menghadiri kuliah dan para muslimah yang menziarah masjid bersejarah.

    Kesimpulan ini berbeza dengan pandangan majoriti para ilmuan. Akan tetapi kesimpulan ini dicapai dengan mengkaji secara teliti dalil dan hujah para ilmuan itu sendiri tanpa melepaskan sikap hormat dan kasih sayang kepada mereka.

    Jika di kalangan pembaca ada yang tidak setuju dengan tinjauan ini, maka pilihan anda saya hormati. Jika di kalangan pembaca ada yang setuju dengan tinjauan ini, maka hormatilah orang lain yang tidak setuju. Selain itu berkongsilah tinjauan ini dengan mereka yang tidak tahu, kemudian hormatilah pilihan mereka.

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
    maksudnya,isu wanita tak boleh masuk masjid 'ilahnya adalah kerana khuatir darah haid itu jatuh dalam masjid bukan kerana wanita itu tidak suci dan tak layak masuk dalam rumah Allah yang mulia??? Harap ustazah dapat perjelaskan kekeliruan saya ni...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. saya terdengar program fiqh wanita di tv3 baru2 ni, ustazah tu cakap tak boleh masuk unless ada majlis ilmu dan sebab lagi satu kurang pasti..
    maknanya tak boleh la suka2 masuk,duduk2, berborak, bercakap hal dunia. di universiti saya amat mengecewakan sikap siswa/i nya yang kurang menghormati rumah Allah...bercakap hal dunia, bergelak ketawa, berbaring, tengok cerita, dengar lagu dll...macam mana nak tegur ya ustazah?tidak kah mencemar kesucian rumah Allah?paling mengecewakan bila ahli2 majlis tertinggi persatuan agama yang buat begitu..

    ReplyDelete
  9. rasanya kalau tak ada urusan tak payah lah masuk masjid... misalnya kalau dah haid, bukan perlu solat pun jadi tak perlulah masuk..

    tapi kalau ada keperluan, urusan penting, dsb maka sebagaimana yang dikata, selagi dapat menjaga dari mengotorkan masjid maka dibenarkan..

    betul x?



    off topic - saya join konvensyen fiqh perubatan di aloqstaq haritu. ada jumpa ustazah dan suami. Semoga kekal berbahagia dengan izin Allah

    terima kasih atas input2 yg diberi dan terima kasih juga sudi bergambar =p


    http://sesedaporen.blogspot.com/2012/09/kak-timah-dan-abang-paan.html

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah..pencerahan yg jelas..

    ReplyDelete
  11. Ustazah, saya telah bertanya syeikh (tok guru saya) tentang permasalahan ini...
    berikut merupakan mafhum jawapan beliau...

    "wanita haid haram masuk masjid kecuali dalam keadaan darurat. cth: kedudukan rumah yang memaksanya masuk ke masjid untuk sampai ke rumah... khilaf bagi masalah ini bukan pada hukum wanita haid itu boleh masuk masjid,tiada khilaf di sini(jumhur ulama' bersepakat hukumnya adalah haram)... khilafnya pada kawasan masjid itu, sama ada satu bumbung atau x...

    "i'lah haramnya ialah wanita haid itu dalam keadaan berhadas besar bukan kerana khuatir darah haid itu akan mencemarkan kebersihan masjid... pad bukanlah alasan untuk membolehkan wanita masuk ke masjid... jika ada orang mengatakan mencemarkan masjid itu sebab kpd haramnya, pandangan salah sama sekali. ia seolah-olah mengatakan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu pengotor kerana pada zaman tu x dak pad..."

    "berkenaan pendapat syeikh al-Qardhawi pula, kita perlulah rujuk kepada pendapat ulama' muktabar yang faqih dan 'alim dalam bidang fiqh n usul fiqh khususnya... mungkin ramai yang tak tahu, pendidikan syeikh al-Qardhawi yang sebenarnya adalah dalam bidang usuluddin bukannya syariah..ustaz x bermaksud mengatakan yang syeikh al-Qardhawi salah. Pendapatnya ada yang bertepatan dgn kaedah usul dan ada yang tidak menepati kaedah usul fiqh. Kami yang belajar di al-azhar diajar untuk merujuk pelbagai sumber rujukan ulama' yang memang asasnya adalah dari bidang yang berkaitan... "

    "berbalik kepada soal hukum tadi, jika kamu tetap nak mengatakan bahawa wanita haid boleh masuk ke masjid, bagaimana pula hukum wanita haid memegang al-quran(yg x dak terjemahan) dan membacanya??? bukankah hukumnya juga haram? sedangkan membaca al-Quran itu tak semestinya memegangnya... tiada unsur mengotorkan al-quran pun di sini sepertimana kamu kata alasannya@ilahnya ialah mencemarkan masjid... KAMU MESTI INGAT 'ILAH WANITA HAID TIDAK BOLEH MASUK KE MASJID, PEGANG @ BACA AL-QURAN ADALAH SAMA IAITU KERANA HADAS!!! WANITA HAID KOTOR DARI SEGI MA'NAWI BUKANNYA ZAHIRI... LAYAKKAH ORANG YANG KOTOR(MA'NAWI) MEMASUKI RUMAH ALLAH(MASJID) DAN MEMEGANG@MEMBACA KALAM ALLAH(AL-QURAN)???"

    demikianlah jawapan tok guru saya yang mengajar fiqh n usul fiqh serta furu' fiqh... akhir sekali beliau pesan kepada saya, kita memang boleh ambil yang mudah dalam agama tapi kita juga kena kaji apa yang dikatakan mudah dalam agama dengan merujuk sumber yang sahih dan jangan tinggal al-quran dan sunnah.fiqh kontemporari yang diuar-uarkan masa sekarang juga perlulah diambil dari ulama' yang betul2 menepati kaedah usul fiqh dalam berijtihad kerana zaman sekarang ramai penceramah tetapi amat kurang ulama' fuqaha'... kita mesti bijak supaya tidak dipijak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap hukum yang Allah benarkan khilaf, setiap pihak mempunyai hujah-hujahnya. Semua orang boleh terangkan HUJAH-HUJAH berdasarkan apa yang dia belajar.

      Hadis yang terpakai bagi guru kita, mungkin tak diterima bagi guru orang lain.
      Illah yang diambil oleh guru kita, mungkin tak sama dengan illah guru orang lain.
      Inilah unik dan indahnya Khilaf yang meraikan pemikiran manusia dalam mentafsirkan hukum. Berbeza-beza. Dan sampai kiamat, itulah dunia Fiqah.
      Apa-apa yang tidak khilaf, darjatnya naik kepada syariah. FIQAH TETAP KHILAF.

      Mereka-reka apa yang orang tidak katakan, bukanlah satu sikap yang menyatukan.

      Ironinya, ramai orang yang berdegar-degar terangkan HUJAH tapi tidak jelas bagaimana SIKAP yang Nabi ajar untuk melayani perkara khilaf sebegini.
      Tidak jelas apa maksudnya ulama muktabar.
      Tidak jelas sejarah hukum-hakam dan perundangan Islam.
      Tidak jelas apa yang boleh berubah dan apa yang tidak boleh berubah.

      lalu, apabila perkara khilaf cuba dilayani sama macam perkara yang disepakati, ummat ini akan terus bercakaran sampai bila-bila.

      Bersama fikrah Nabi tentang khilaf lebih menyatukan, "Kalau betul dua pahala, kalau salah satu pahala." semuanya dalam daerah pahala. ikutlah nak pakai yang mana lebih diyakini ketepatan ijtihadnya.

      Delete
  12. Saya juga telah jelaskan sebegaimana berikut.

    Perlu diperjelaskan juga...
    Ia bukan isu khilaf bagi orang yang belajar atau mengajar fiqah berpandukan pendapat-pendapat lama semata-mata. Iaitu berpandukan pendapat imam yang empat sahaja.

    Ia suatu isu khilaf bagi orang yang belajar dan mengajar fiqah dengan cara menghargai pendapat lama dan meraikan pendapat baru/kontemporari. Dengan cara kedua inilah, saya belajar dan diajar tentang fiqah.

    Untuk lebih jelas tentang kenyataan ini boleh beli buku PAKAR FIQH DAN USUL AL-FIQH MALAYSIA, Dato Paduka Professor Mahmood Zuhdi bertajuk TRANSFORMASI FEQAH SEMASA.

    ReplyDelete
  13. syukran ustazah...
    sebenarnya saya masih tak jelas tentang fiqh kontemporari ini...
    apa bezanya dgn fiqh waqi'iah? kerana guru saya selalu guna istilah itu...
    dan selalunya akan berlaku hujah yg jauh berbeza antara graduan syariah melaysia dan negara arab misalnya universiti al-azhar...
    saya tak tahu nak pegang yang mana satu kerana u.al-azhar sememangnya terkenal dalam apa jua bidang keagamaan terutamanya syariah...
    dan ulama al-azhar memiliki sanad yg banyak berbanding pensyarah2 di universiti tempatan...
    *sekadar pandangan peribadi dari sumber yg dipercayai

    seperti biasa, org lelaki lebih menguasai bidang syariah berbanding wanita walaupun bilangan antara kedua2nya tak jauh berbeza...

    sekarang terdapat terlalu banyak fahaman@pendapat sehinggakan masyarakat umum mahupun di kalangan pelajar sekolah agama sendiri susah nak bezakan kesahihannya...

    apa2pun syukran ustazah atas penjelasan masalah khilaf.. saya masih bergelar pelajar menengah dan masih banyak yg belum diterokai... harap ustazah faham minda pelajar yang selalu menjadi mangsa masalah khilaf sebegini kerana tidak didedahkan... akhirnya, kami hanya menjadi pak turut ja tanpa tahu hala tuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hormat.
      Pendapat di atas bukan pendapat peribadi saya.Bukan juga pendapat pensyarah Malaysia.
      Ia pendapat syuyukhul azhar, Profesor Syeikh al-Qaradhawi. Bekas pelajar terbaik universiti al-azhar, setelah beliau mengkaji banyak dalil.

      Ia juga pendapat Imam Bukhari, pakar hadis, Imam Ibnu Taimiyah dan lain-lain.

      Yusuf al-Qaradhawi berpesan, "Jadilah murid kepada pemikiran bukan hamba kepada pemikiran."

      Jika kita berguru dengan seseorang tak kira samada bertalaqqi atau melalui manhaj atau tulisannya, kita perlu muliakan guru kita.Ini suatu adab. Memetik tulisannya sudah tentu perlu menulis siapa pengkajinya.

      Misalnya anda berguru dengan Syeikh Nuruddin atau sesiapa, sudah tentu menjadi adab seorang anak murid untuk muliakan gurunya.

      Keilmuan al-Qaradhawi diiktiraf seluruh dunia. Beliau tidak mengajar taasub. Beliau menghargai dan berlapang dada dengan pendapat ulama berbeza. Fikrah beliau menyatukan. Tidak hairanlah kewibawan itu menyebabkan jumhur ulama kontemporari pada hari ini menjadikan beliau sebagai pengerusi ikatan ulama sedunia.

      Pesan Hassan al-Banna, jangan pertikai orang lain. Binalah diri kamu. Baru orang cari kamu.

      Delete
    2. Habes xkan,pendapat ulama' yg dekat dgn nabi kita nak ganti dgan pendapat ulama' kontemporari yg baru...memang2..kita kena muliakan ulama'..tap kena ingat ye...xsemua ulama' ble kita taat...tidak dinafikan ad je ulama' di zaman Dajal ini yg BETUL2 warak,muktabar ...tapu klo dh canggah ngan pendapat ulama' yg lebih dekat dgn nabi..mcm hukum hakam dalam solat semua tu..tutup aurat semua tu...klo hukum pasal maen facebokk blelah baru kita amek daripada ulama' yg ada pada zaman Dajal ni...cane lak ni? kena ingat akhir zaman ni 70 000 ulama' munafik akan ikut Dajal..sya xrujuk sesapelah...tap kita kena utamakn ulama' yg dekat dgn nabi seboleh yg mungkin dan belakang-belakngkan sebolehnya ulama' pad zaman Dajal ini...p/s:INI BUKANLAH PENDAPAT SAYA TETAPI APA YG SAYA FAHAM YG DISAMPAIKAN OLEH ORG ALIM ILMU AGAMA KEPAD SAYA ORG AWAM NIH...=D

      Delete
    3. Saya sangat setuju

      Delete
  14. Assalamualaikum. Maaf ye ustazah nk tumpang tnye. Sy nie student nurse, kami sbgai nurse bila pegi kje akan sinsing @ lipat lngan bju smpai ke bwh siku. Takpe ke kalo kat luar saya pkai tshirt lngan panjang+handsort sbb kdg2 kn bila angkat tgn lengan boleh nampak kn. Ustazah rasa saya hipokrit tak. Dlm wad saya sinsing lengan tp kat luar saya tak buat mcm tu. Mohon ustazah beri penjelasan supaya saya tak was-was dengan apa yang saya buat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. dalam keadaan darurat, yang tak boleh jadi boleh. Abdul Karim Zaidan pernah menjelaskan, harus bagi wanita membuka anggota kerja jika BENAR dia dalam keadaan darurat membukanya. Jika tiada keperluan, tak payahlah sinsing lengan. Bila adanya keperluan, baru sinsing.

      Delete
  15. alhamdulillah..sumenye terjawab..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Ustazah, ini saya ambil dari penulisan ustaz Muhammad Zakuan Faiz Bin Zainol, +27734178856
    -------------------------------
    Setelah 2,3 hari aku ulang ulang kaji dan muzakarah pasal haid dan masjid dengan syaikhul hadis disini,maka disimpulkan disini bahawa secara ijmak soreh(sepakat yang kuat) bahawa:

    -wanita yang haid itu haram secara mutlak untuk duduk,lepak2,dalam ruang solat masjid.

    -kat koridor,kaki lima dibenarkan,sebab ia dikira luar masjid,melainkan tanah yang diwakafkan untuk niat ruang solat masjid tu diorang buat koridor,maka koridor tu pun dikira masjid dan haram duduk kat situ,tapi kebiasaannya,tanah wakaf masjid hanya dijadikan ruang solat dan ditutup dengan dinding(bangunan masjid),maka koridornya tidak termasuk masjid,so kalau nak dengar ceramah,lepak la kat koridor,atau bilik asing macam bilik untuk kelas fardhu ain,tempat wudu,dapur,dewan dan lain2 asalkan bukan ruang solat masjid yang utama.

    -surau dan musollah bukan masjid jadi harus berada dalamnya,tapi lebih baik hindarkan sebab ia tempat suci yang khusus digunakan utk solat,wajib hormati benda suci dalam islam.

    -Harus untuk lalu dalam masjid dengan syarat tidak khuatir darah menitis dalam masjid.(perkara ni yang ramai salah faham,diorang fikir zaman dulu haram masuk masjid sebab tak de pad yang baik untuk tahan darah dari menitis dan kononnya sekarang dah ada macam2 pad ini,pad itu,i-pad pun ada,maka kononnya tak haram masuk masjid sebab tak menitis darahnya,ini satu bentuk kejahilan murokkab,sebab wanita haid haram masuk masjid bukan sebab takut menitis,tapi sebab diri mereka sendiri tu yang kotor dan berhadas besar,sama macam haram sentuh quran kalau kita berhadas kecil sebab quran lebih mulia dari masjid,jadi bukan perempuan haid je haram masuk masjid,orang berjunub,laki yang keluar mani dan belum mandi wajib pun haram masuk masjid juga sebab mereka semua BERHADAS BESAR,ayuh mari keluar dari KEJAHILAN!).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalilnya:

      Quran:

      "Janganlah kamu mendekati solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu perkatakan dan (jangan dekati masjid) dalam keadaan berjunub melainkan melintas sahaja sehinggalah kamu mandi wajib."

      (Suran an-Nisa: ayat 43).

      Ayat ini muhakamat,bukan mutasyabihat,jadi perintahnya itu solid,tiada khilaf dan tidak boleh timbulkan khilaf,jelas terang dan bersuluh bahawa seseorang yang BERHADAS BESAR haram untuk masuk masjid kecuali LALU sahaja.

      Aku check sababun nuzul kitab imam suyuti ayat ni merujuk kepada beberapa sahabat ansar yang pintu rumah mereka di sebalik masjid dan terpaksa masuk masjid untuk masuk ke rumah mereka,so di kalangan mereka ada yang berhadas besar dan takut nak keluar sebab masjid tempat suci,nak mandi wajib,air pulak tak da dalam rumah,jadi allah benarkan mereka lalu dalam masjid untuk pergi amek air untuk mandi wajib.

      Dalam tafsir ibn kathir lak dia tulis ayat ni untuk orang junub(keadaan selepas berjimak),tapi orang haid dan nifas juga termasuk sebab sama2 berhadas besar.

      Dalam tafsir tanwirul miqbas iaitu tafsir sepupu nabi yang bernama ibn abbas r.a pulak cakap "tempat solat" yang dimaksudkan dalam ayat quran tu memang masjid jadi jangan dekati kalau berhadas besar.

      Delete
    2. Dalil hadis:

      Dalam kitab iqna' dan tahzib(fiqh mazhab syafie) ada diorang bagi hadis riwayat abu daud,dari aisyah yang nabi bersabda " TIDAK HALAL bagi orang berjunub dan wanita haid untuk masuk ke masjid."

      Pastu ada lagi hadis sahih riwayat imam muslim yang nabi mintak aisyah r.ha ambil kan sejadah dari masjid(rumah aisyah dan masjid nabawi bekembar).

      Tapi aisyah jawab, "inni haaidh" yakni sesungguhnya aku sedang haid..jadi ibunda tercinta kita telah faham hukum bahawa haram masuk masjid kalau haid,sebab tu dia cakap camtu,tapi nabi jawab lebih kurang: "perkara haid tu bukan di tangan(kawalan) kamu" ,ulama hadis tafsirkan ini sebagai nabi suruh pergi amek juga sejadah dalam masjid sebab wanita haid harus lalu dalam masjid(dalil dari ayat quran tadi),bukannya nabi suruh dia pergi duduk dalam masjid lepak2.

      Aku lihat pula dalam kitab2 imam yang 4,nak cerita panjang susah,aku buat kesimpulannya iaitu:

      1. Imam Hanafi dan ribuan ulamanya: HARAM masuk masjid kecuali dalam keadaan darurat e.g: tiada air utk mandi.

      2. Imam Maliki dan ribuan ulamanya: Org yg junub TIDAK BOLEH masuk, samada berhenti atau lalu saja (masuk dr satu pintu dan keluar dr pintu yg lain). Ada pengecualian bagi yg dalam darurat seperti takut binatang buas, atau orang jahat , dan org yg rumahnya di dalam masjid- dgn syarat hendaklah bertayammum dahulu sbl masuk jika mahu stay lama utk sembunyi,tapi kalau nak lalu je tak perlu,tapi kalau darurat sangat dan tak sempat wudu,boleh terus sembunyi dalam masjid.

      3. Imam Syafie: Orang yg junub atau haid BOLEH masuk ke dalam masjid, sekadar LALU. Syaratnya, tidak boleh berhenti atau berpatah balik, dan tidak boleh sampai mengotorkan masjid.

      4. Imam Hambali: Orang yg junub atau haidz BOLEH sekadar LALU di dalam masjid, bahkan boleh berpatah balik (dgn syarat tidak mengotorkan), TETAPI TIDAK BOLEH BERHENTI di dalam masjid.

      Soalan: tapi ustaz saya cakap boleh masuk dalam masjid lepak dengar ceramah!!!sebab nak menuntut ilmu..guane ustad???

      Jawapan: samada yusuf qardawi,dr.maza,tok guru nik aziz,ulama umno,ulama pas,ulama tabligh,ulama sufi atau sapa saja yang cuba pandai2 buat fatwa baru yang khilaf dengan ayat quran dan hadis yang qat'ie serta ijmak yang soreh,maka pendapat mereka tertolak setolak2nya sebab:

      1)Mereka ustaz biasa dan bukan mujtahid seperti 4 imam mazhab,dan untuk layak jadi mujtahid imam ahmad rah cakap kena hafal PALING KURANG 400 000 hadis sohih berserta sanadnya kepada nabi,itu minimum dalam bidang hadis SAHAJA,belum lagi puluhan cabang ilmu yang lain seperti usul quran,usul fiqh,ifta,balaghah,mantik,nahu,sorof,bayan dan lain2.Jadi ulama2 zaman sekarang walaupun mereka diagungkan media dan ada ribuan pengikut,tapi hakikatnya mereka bukan mujtahid dan TIDAK LAYAK MENGUTARAKAN KHILAF TERHADAP PERKARA INI.

      2)Ijmak soreh dalam 4 mazhab ni sangat kuat,bayangkan dalam mazhab syafie je ada ribu2 ulama,campur lagi 3 mazhab,maka ada ratusan ribu ulama yang bersepakat,dan mereka bukan ulama biasa,tiba2 ada ustad kat universiti yang baca kitab arab tak de baris pun merangkak2 nak khilaf dengan mereka dengan menghalalkan orang haid masuk masjid,maka suruh ustad tu balik jaga anak je..lebih baik diam daripada menyesatkan umat.

      MUKTAMAD ! ! !

      Delete
    3. aku setuju..kita yg lemah tahap cap ayam ilmu ni baik berpengang pd ijmak ulama kita,tk payah nak ikut pdapat2 perseorangan dr dulu smp la ni..kbyakan ikut pdapat ulama yg tkde mahzab..dia da tentu lepas sebab dia alim pastu duk zmn salaf.orie.kita ni duk zmn ular dlm semak..bukan ulama...yg aku tahu la..yg nak mudah-mudahkan agama ni wahabi je..

      Delete
  17. Assalamualaikum semua...Saya berharap ustazah dan ustaz-ustaz sekalian dapat menjelaskan dengan lebih mudah untuk saya fahami..asiff jiddan...saya kurang paham penjelasan yang berdasarkan dalik-dalil tersebut..maafkan saya kalau yang saya sebut tadi salah...hamba ALLAH yang baru belajar dan memahami..takut nanti salah tafsiran..mohon pencerahan...syukran jazilan

    ReplyDelete
  18. As slm. Sy akan bernikah. Kebetulan sy dlm keadaan haid. Awlnye sy rncng utk bernikah d rmh tapi sb xdpt dielakkan sy kne bernikah di masjid.. Cmne ni.. Sy bole msuk atau tidak? Lpas mmbaca komen2 n pnerangan kt atas sy jd keliru plk..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ustazah,bagi pendapat Dr.Yusuf sangatlah saya hormati namun disini saya ada beberapa kemusykilan...mengenai wanita haid yang dibolehkan memasuki masjid,sememangnya kita mengetahui bahwa semua pendapat Dr yusof al- Qardawi berpandukan Alquran & Assunnah ...& mngikut maslahah suasana skrg ..bagaimana sekiranya wanita haid trsebut itu mengalami kebocoran ? adakah perlu bagi pihak masjid untuk membersihkan secara keseluruhan ? ( sekiranya karpet masjid bersambung2 )

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak fatimah.... jika ada masa terluang,,, hopefully kak fatimah dpt meringankan kemusykilan sy..... =)

    sebenarnya sy ada kemusykilan tentang wanita haid yang membaca al quran...
    sememangnya... menurut hukum syarak... wanita yang haid x boleh membaca al quran...
    tetapi... sy musykil ad beberapa pihak yang mengatakan dibolehkan perempuan haid membaca ayat al quran untuk belajar... dan niat untuk belajar bkn untuk dapat pahala.... dan ada pula pihak lain yg mengatakan boleh klu nk melindungi diri dgn membaca ayat2 quran wlupun dlm keadaan haid.... dan ada lagi pihak yg mengatakan x boleh perempuan haid membaca alquran ... wlupun untuk belajar...

    sebenarnya.... pengajian sy pada semester ini, sy ada mengambil subjek tarannum.... semasa di dalam kelas kami perlu belajar.... dan membaca ayat2 al quran secara bertarannum.... dalam masa yang sama ustaz saya berpesan,,, "sesiapa yg x boleh baca (haid)....jangan baca..." dan selepas itu sy menjadi semakin bingung nk berpegang kepada pendapat yg mana... sbb sy x tau hukum2 dan pendapat yg saya dengar itu rajih atau x...

    soalan saya: apakah pandangan ulamak tentang masalah ini? jika mmg terdapat khilaf di antara mereka..,, adakah terdapat pendapat yang rajih? yang boleh menjadi pegangan saya....=) terima kasih...

    ReplyDelete
  21. Muktamad wanita haid HARAM msuk masjid n lepak2 di dlm masjid walau majlis ilmu sekali pun,ikut lah fatwa ijmak mahzab kita yg 4 tu selamat dunia n akhirat...terutama bab ibadah,klau masalah fb ke tweter ke hp ke..tu bule degau fatwa ulama..komptarari ni yg kbykan cap ayam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulama mana yang menyatakan fatwa ulama kontemporari ni cap ayam??? ulama kontemporari juga mengnaqal ijtihad dan pandagan ulama dahulu....cuma ada setengah masalah yang pada zaman dahulu kurang diketahui dan maslahah dye x besar....tetapi bila datang pada zaman baru maslahah juga menjadi baru dan besar......misalnya hal berkaitan tempoh kandungan : imam syafie menyatakan tempoh mengandung adalah 2 tahun...tetapi bilamana zaman berubah dan teknologi berkembang maka dibuktikan tempoh kandungan hanya 9 bulan dan lebih..adakah kita masih nak pakai pandangan imam syafie itu...renung2kan dan selamat beramal....

      Delete
  22. Assalamualaikum, nampaknya masih ramai muslimah yang tak faham maksud khilaf. Masih ramai yang tampil dengan pelbagai pendapat ulama masing2. Ilmu fiqh memang banyak perbezaan pendapat. Ikut sajalah mana yang kalian yakin. Tak bermakna orang lain buat tak betul. Allah Musta'an.

    ReplyDelete
  23. pandangan ustazah bertentangan dengan sawadul a'zhom.... sedangkan nabi menyuruh kita mengikut sawadul a'zhom... nabi hanya mengiktiraf zaman nabi, tabi'in dan tabi' tabi'in... zaman kita tak ada mujtahid mutlak kecuali mujtahid mazhab.. ulamak juga merosakkan dunia, sebab itu perlu mengikut jumhur... inilah masalah bila zaman sekarang merasakan diri lagi bijak dari ulamak-ulamak dahulu kononya mereka tak rujuk hadis dan quran...

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Salam.. maaflah, bila membaca komen2 kat atas tu, bnyk yg komen dgn emosi, mencela mencaci ustazah, walaupun trnyata diri sendiri juga jahil, buruk akhlaknya... bnykkn brsabar sdra/i semua, hormatilah pandangan orglain, walaupun ilmu mungkin tak sehebat sdra/i...
    Adab brkhilaf kena jaga, jgn mengeji, mengecam, mencaci,menghina... itu bukan caranya, lagipun siapalah kita ni, ilmu seciput saja... amal pun mungkin nak bangun tahajjud pun msh susah... muhasabah diri masing2, bnyk sgt klemahan kita kan..
    Allahu Akbar... maaflah, sekadar sedikit teguran dari hamba yg jahil..
    Ustazah, teruskn usaha mulia anda, usah dilalaikan oleh kata2 mereka yg jahil atau akhlak yg msh perlu dibaiki... Allahu'alam.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum ustazah saya masih pelajar tapi saya ada persoalan yang nak tanya ustazah..
    gelak adalah menyebakan hati mati..
    tapi macam mana pulak dengan rancangan tv skrang yg mnjdi tarikan iaitu maharaja lawak dan sebagainya...
    soalan saya apakah hukum siaran tv trsbt dan hukum orang yang menontonnya??
    sebab saya tak tahan dengar ketawa yang sangat kuat oleh kawan kawan dan ahli keluarga saya apabila mereka menonton rancangan tersebut...
    mohon ada jawapan yang jelas daripada ustazah

    ReplyDelete
  27. nak tanya, kalau masih dalam keadaan hadas besar, masuk ke masjid untuk mandi junub, adakah dibenarkan, lagipun sekarang ni kan air dicatu

    ReplyDelete