Apakah hukum wanita melakukan musafir tanpa mahram, jika dia tiada mahram yang dapat menemaninya?
Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, asal hukum ialah janganlah wanita melakukan musafir tanpa mahram. Tapi jika sukar mendapatkan mahram yang mampu menemani, para fuqaha' terbahagi kepada 4 kelompok:
1. Berpegang pada zahir hadis. Haram, samada untuk perjalanan haji atau perjalanan apa seka
lipun.
2. Mengkhususkan nas (dalil) yang brsifat umum. Kelompok ini mengecualikan perempuan tua yang tiada syahwat lagi.
3. Kelompok yang mengecualikan wanita yang bermusafir bersama wanita-wanita yang dapat dipercayai. Bahkan ada yang kata, jika ada teman seorang wanitapun sudah memadai.
4.Kelompok yang berkata wanita boleh musafir jika jalan yang ditempuhi aman dan tidak bahaya. Ini pendapat Ibnu Taimiyah.
Dalam Fiqh Maqasid Syariah al-Qaradhawi, beliau melihat pendapat keempat menjadi KUAT dalam realti hari ini.
Dalilnya:
1. Hadis riwayat Imam Bukhari menceritakan Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. keputusan ini disokong menjadi Ijma' sahabat.
2.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari A'di bin Hatim, rasul berkata tentang kegemilangan masa depan Islam, "Telah dekat waktunya di mana seorang wanita dari Harah di Irak akan menuju Kaabah dengan tidak disertai suaminya. Dia tidak takut kepada sesiapun kecuali kepada Allah..." Hadis ini diucapkan dalam bentuk pujian terhadap penyebaran Islam dan wujudnya rasa aman dalam dunia ini.
Perjalanan pada zaman moden ini adalah dengan kenderaan yang menghimpun sekian banyak orang dalam kenderaan itu, seperti kapal laut, kapal terbang dan bas. Maka, muncullah rasa aman.
2. Mengkhususkan nas (dalil) yang brsifat umum. Kelompok ini mengecualikan perempuan tua yang tiada syahwat lagi.
3. Kelompok yang mengecualikan wanita yang bermusafir bersama wanita-wanita yang dapat dipercayai. Bahkan ada yang kata, jika ada teman seorang wanitapun sudah memadai.
4.Kelompok yang berkata wanita boleh musafir jika jalan yang ditempuhi aman dan tidak bahaya. Ini pendapat Ibnu Taimiyah.
Dalam Fiqh Maqasid Syariah al-Qaradhawi, beliau melihat pendapat keempat menjadi KUAT dalam realti hari ini.
Dalilnya:
1. Hadis riwayat Imam Bukhari menceritakan Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. keputusan ini disokong menjadi Ijma' sahabat.
2.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari A'di bin Hatim, rasul berkata tentang kegemilangan masa depan Islam, "Telah dekat waktunya di mana seorang wanita dari Harah di Irak akan menuju Kaabah dengan tidak disertai suaminya. Dia tidak takut kepada sesiapun kecuali kepada Allah..." Hadis ini diucapkan dalam bentuk pujian terhadap penyebaran Islam dan wujudnya rasa aman dalam dunia ini.
Perjalanan pada zaman moden ini adalah dengan kenderaan yang menghimpun sekian banyak orang dalam kenderaan itu, seperti kapal laut, kapal terbang dan bas. Maka, muncullah rasa aman.





Fiqh Kontemporari tu apa ustazah?
ReplyDeletekiranya kalau perempuan keluar tanpa teman walaupun agak bahaya, itu haram lah?
Fiqh kontemporari ialah fiqh yang menghargai pandangan yang lepas, dalam masa yang sama meraikan perubahan realiti zaman ini.
ReplyDeleteSebaik-baiknya, wanita hendaklah bermusafir bersama mahram.
Jika susah nak dapatkan mahram, maka bolehlah mengambil kelonggaran dalam pandangan ini.
Agak bahaya...kenyataan ini banyak tafsiran.
Nak ke mana yang agak bahaya tu?
Mintalah fatwa dari hatimu.
oh, terima kasih ustazah...
ReplyDeleteinsyaAllah, walaupun ke tempat yang baik2 dan aman, rasanya tetap tak molek si gadis berjalan seorang diri kan?
moga Allah rahmati ustazah di bulan ramadhan ini... ameen..
terima kasih atas ilmunya..
saya lebih tertarik dengan penjelasan drpd kelompok 4. tambahan pula fatwa hati saya selalu membenarkan untuk berjalan tanpa mahram jika tiada yang ingin menemani. kerana saya yakin jalan yang saya lalui itu aman dan perjalanan itu didorong atas tjuan yang baik. jika berpegang kuat dengan Allah, pasti Allah melindungi. setakat ini kebergantungan saya yg tinggi kpd Allah benar2 membuatkan saya lebih selamat walaupun tiada mahram di sisi. :)
ReplyDeleteAssalammualaikumwarahmatullah. Terima kasih ustazah atas penjelasan yang sangat indah ini. Alhamdulillah.
ReplyDeleteRasa nak menangis, betapa indahnya islam(fikrah pertengahan) yang sentiasa memberikan ruang untuk penganutnya mengamalkan ajaran islam tanpa perlu rasa serba salah. ianya praktikal dan mudah.
Saya melihat kondisi saya sendiri yang lahir dari keluarga yang kurang berada. seandainya saya ingin bermusafir ke semenanjung contohnya, tentu ianya memerlukan perbelanjaan yang lebih jika bersama mahram.
Ustazah, saya sayangkan ustazah. Fikrah pertengahan yang ustazah ketengahkan membuatkan saya semakin berlapang dada dengan ajaran islam kita. semoga Allah membalas kebaikan ustazah sekeluarga dengan syurga. Amin Ya Allah.
Ustazah, doakan saya dan seluruh umat islam akan sentiasa berlapang dada dalam urusan agama.
Salam sayang,
Zarina
Saya yakin juga, jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita.
ReplyDeleteZarina.
Assalamualaikum ustazah..
ReplyDeletesyukran...sy dah lama tercari2 hukum ni...alhamdulillah pagi ni jumpa kt blog ustazah...syukran sgt..jzkk.
terima kasih atas sharing ustazah:)
ReplyDeleteassalamu'alaykum,
ReplyDeleteAlhamdulillah... syukron kastsiron atas ilmunya, ustadzah.....
smoga bermnfaat . fi dunya wal akhiroh.
amiin, ya Robbal a'lamiin.
^__^
Pencerahan yg melegakan hati.terutama bg petugas seperti guru yg tpisah jauh dr kluarga kerana tugas.bila balik kg,memang sorang2 tnpa mahram.lg2 yg bertugas d pedalaman sperti sy,3jam kereta pacuan 4 roda utk ke airport n 2x penerbangan tnpa mahram...
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeleteSaya adalah antara wanita yang terpaksa bermusafir ke seluruh dunia atas tuntutan tugas, seorang diri. kadang-kala berkumpulan, tetapi hanya saya sahaja wanita di dalam kumpulan tersebut. ada ketika melompat dari satu negara ke negara yang lain beberapa minggu lamanya... ada ketika juga perlu transit di 3 negara dalam penerbangan 40 jam, untuk ke destinasi mesyuarat.
Alhamdulillah Allah telah menempatkan saya di pejabat yang baru, yang saya kira kurang keperluan bermusafir sendiri, meninggalkan suami dan 3 anak kecil dalam tempoh yang lama. Alhamdulillah, pregnant anak ke-4 pula sekarang.
InsyaAllah, kalau kita tahu perkara itu tidak baik dan selalu berdoa supaya dijauhkan, Allah akan makbulkan. Walaupun peluang tersebut bukan mudah diperoleh oleh orang lain dan ramai yang menyatakan saya antara orang yang 'bertuah', namun, lebih banyak buruk dari baik sebenarnya. Saya bersyukur dikurniakan iman yang menemani dan membantu saya membuat percaturan apabila diuji dengan pelbagai ujian dari jantina yang berbeza, persekitaran dan makanan.
salam, ustazah.
ReplyDeleteapakah pendapat ustazah tentang penggunaan mushrif? saya kini sdg belajar di mesir, dan di sini, kami perlu guna khidmat mushrif bila keluar pd waktu malam. apakah penjelasan tentang perkara ini?
terima kasih ustazah. Jzkk.
wsalam wbt. bagi saya, ia sesuatu yang baik jika yakin mushrif itu tsiqah.
Deleteassalammu'alaikum w.b.t ustazah,
ReplyDeletesaya merupakan pelajar perubatan di luar negara, saya dan rakan-rakan berhajat untuk menghabiskan masa cuti akan datang dengan menunaikan umrah. Apa pendapat ustazah tentang masalah ini? Jikalau kami bergerak secara berkumpulan, yakni dalam kumpulan yang besar, kami masih memerlukan mahram untuk ke tanah suci?
waalaikumussalam wbt.
DeleteJika merujuk pendapat di atas, berbahagialah dengan kelonggaran yang ada. Islam datang untuk memudahkan urusan ummatnya.:)
Bissmillahirahmannirahim..
ReplyDeleteSesungguhnya kita lebih yakin, dan percaya atas keselamatan jika sudah ada ikatan suami isteri untuk bermusafir.. Lagi mudah dan bahagia.. (^_^)
assalamualaikum
ReplyDeleteAlhamdulillah,, terima kasih ustazah atas pencerahan..
sy juga kerap bermusafir seorang diri, atas tujuan kerja (tanggungjawab lillhi Taala)..
sungguh hanya meletakkan kebergantungan serta tawakkal semata kepada ALLAH yg Esa bilamana keadaan mendesak utk sy pergi seorang diri..
insyaallah...
(zulfa ahmad)
Saya amat berharap agar ustazah dapat memberikan teks hadis dan dalil yang menyatakan bahawa Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. serta dalil-dali yang menunjukkan Ijma' sahabat
ReplyDeletesalam ustazah, bagaimana karya2 fiqh kontemporari boleh berperanan dalam konteks pengukuhan mazhab syafie di malaysia?mohon penjelasan
ReplyDeleteassalamualaikum ustazah, saya mempunyai cita cita yang tinggi untuk mengembara dan meneroka dunia disamping meneroka ilmu di setiap sisi dunia.sebagai usaha saya untuk mengembara saya mantapkan ilmu-ilmu agama, ilmu2 akademik (dan bahasa),ilmu mempertahankan diri. saya cuba meminimumkan sebanyak mungkin kemungkinan untuk berlaku perkara2 diluarkan jangkaan pada saya. tapi segala usaha saya,saya kembalikan kepada ALLAH.(ALLAH adalah sebaik-baik perancang).sampai ke hari nie, saya ada bermusafir ke beberapa negeri, berkumpulan dan ad yg bersendirian.tapi saya mendapat kritikan yg hebat dari pelbagai pihak bila saya bergerak sendiri. insyaALLAH dalam masa terdekat saya ingin bermusafir lg. tapi saya ingin bergerak sendiri.agak sukar untuk mengumpulkan sekumpulan untuk merancang dan bergerak bersama.saya mohon pandangan ustazah. terima kasih ustazah
ReplyDelete