FIQH KANAK-KANAK

Wednesday, 1 August 2012


Lihatlah.
Macam-macam cara orang dewasa melayan kanak-kanak, future leaders, di masjid.
Terutamanya sempena Ramadhan ini.

Pilu melihat anak kecil dijerkah oleh orang yang 'sedang' solat. Sehabis solat ibu si kecil itu pula dimarahi,
"Budak tu pakai 'pampers'. Bawa najis. Kalau sentuh, boleh batal wuduk."
Fiqah siapakah ini? Bukankah ia jelas sangat berat?

Membuak-buak rasa ingin melihat sendiri bagaimana cucu perempuan Nabi bernama Umamah, berada di atas kepala Nabi tatkala Nabi mengimamkan solat jemaah.

Sedih mendengar cerita suami. Ada anak lelaki yang masih kecil disebat oleh ayahnya sampai menggelupur di lantai kerana masuk ke saf dewasa. Kehadirannya dianggap boleh memutuskan saf.
Sukarnya fiqah sebegini....
Kata suami, inilah juga layanan orang dewasa kepadanya ketika kecil dulu. Tatkala dia ingin solat di tepi ayahnya, kerana budak-budak di belakang suka ajak bermain, pak-cik pak-cik di sebelah ayahnya akan 'halau',
"Kalau tak sunat lagi, duduk belakang."

Indahnya fiqh yang mudah lagi memudahkan.

Nikmatilah fikrah pertengahan ini dalam hukum-hakam berkaitan kanak-kanak.
Jom:)

7 comments:

  1. salam kak fatimah...
    saya nak tanya 1 soalan dekat akak.Apa hukum perempuan yg memakai stoking dan sewaktu menunggang motor,betisnya yang ditutupi stoking itu terdedah.
    Hukumnya haram ke akak?
    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. itu lah sedih juga.. masyarakat kita begitu sikapnya..bagaimana anak-anak nak seronok datang ke surau untuk beribadah di samping orang yang lebih tua..ditegur dengan cara yang tidak berhemah,didiskriminasikan pula...duduk disaf belakang..ibu bapa muda yang punya anak kecil pun serba salah nak ke surau sebab kalau dibawa takut jemaah lain marah jika ditinggal sapa nak jaga..tapi hati ingin berjemaah beramai2...sudahnya tinggallah yang tua-tua sahaja ke surau

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dengan Diana AR.. saya sendiri merindui untuk berada dibarisan jemaah terawih tapi tak dapat melakukannya kerana anak yang masih kecil dan bayi..

    ReplyDelete
  4. kesan jangka masa panjang....

    ReplyDelete
  5. salam ustazah, bagaiman fikrah pertengahan dalam melayan kanak2 itu ustazah?

    ReplyDelete
  6. saya pernah gak dengar ceramah tentang isu kanak2 bermain2 dlm dewan masjid, biasa la, nama pun kanak2, jika ditegur dgn cara x berhemah, tidak mustahil anak2 ini akan rasa diri terbeban dan x nak dtg lg ke masjid... Agak2 bila lak kanak2 ini akan dtg ke masjid utk beriktikaf?????? mungkin ketika usianya mencecah pangkat atok... :) itu pun kalu sempat... jadi fikir2lah sebelum nak marah kanak2..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak ha. antara permasalahan lain yg timbul time solat kt masjid juga, especially kt bhgian wanita ialah bila nk betulkan saf solat.utk wanita ,btlkan dgn bersentuhan bahu kan? kadang2 sy tak tahu dah nak bgthu mcm mana kt makcik2 supaya rapatkan saf, mereka lebih prefer rapatkan sjdah dan solat dlm sjdh masing2.hrap kak ha beri pencerahan mengenai masalah ni.

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions