Sunday, 4 March 2012

Manhaj para ulama yang bijaksana: Kita mengambil kira hakikat di sebalik nama (bagaimana orang menguruskan cinta mereka) bukannya nama ('bercinta', berkapel, dsb).


“Ada yang kata ‘bercinta’ boleh. Ada yang kata tak boleh. Mana satu ni?”
“Ada yang kata ‘bercinta’ dengan niat nak kahwin, boleh. Betul ke?”
“Ada yang kata penting bercinta sebelum kahwin. Ada yang sebaliknya. Mana satu?”

Maksud ‘Bercinta’ Sebelum Nikah.

            Sebelum menjelaskan soalan-soalan ini, eloklah kita bincangkan sedikit maksud ‘bercinta’ dalam perbincangan ini. Boleh jadi, maksudnya pelbagai dalam fikiran kita semua. Perbezaan maksud ini lumrah berdasarkan maksud yang difahami oleh masyarakat setempat, pengalaman, realiti, pendapat, fikiran dan latar belakang yang berbeza-beza.
Biasanya, tulisan ilmiah lebih menekankan penggunaan bahasa Melayu tinggi. Segala makna akan dirujuk di dalam kamus. 
Manakala tulisan dakwah, lebih selesa menggunakan bahasa yang dekat dengan masyarakat sebagai sasaran dakwah. Di sini, kadang kala timbul dilema. Para ulama mempunyai manhaj yang istimewa dalam menangani dilema ini.
            Kamus Dewan, edisi keempat (2007) memberi definisi ‘bercinta’ itu ialah:
1.      menaruh rasa cinta atau berahi
2.      berasa rindu.
            Begitu juga Kamus Lisaanul Arab.
Masyarakat kita pula rata-rata memahaminya sebagai komitmen sepasang kekasih. Lebih terperinci, masyarakat akan menamakan seseorang ini sedang ‘bercinta’ apabila:
·         Terlalu kerap sms pasangannya walaupun tiada keperluan.
·         Selalu bergayut di telefon meskipun tiada urusan.
·         Selalu mengatur ‘dating’ walaupun tiada mahram.
·         Berpegangan tangan.
·         Membonceng motor bersama.
·         Menaiki kereta berdua-duaan kecuali teksi.
·         Keluar tengok wayang bersama-sama.
·         Keluar menyanyi dan menari.

Kamus Dewan mengistilahkan perbuatan berkasih-kasihan, bercengkerama dan bercumbu-cumbuan sebagai ‘bercinta-cintaan’. Istilah ini jarang disebut oleh masyarakat kita. Mereka lebih senang menyebutnya sebagai ‘bercinta’. Setuju tak?
Manakala perbuatan menjalin hubungan cinta kasih dengan teman lelaki dan wanita diistilahkan oleh Kamus Dewan sebagai ‘berpacaran’. Istilah ini juga kurang popular disebut dalam perbualan harian masyarakat umum di Malaysia. Dalam lagu adalah. Istilah ‘berpacaran’ lebih popular di kalangan masyarakat Indonesia. Orang Malaysia lebih suka menyebutnya sebagai ‘bercinta.’

Jadi apa sebenarnya makna ‘bercinta’?

Mengikut ‘manhaj’ para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasarkan hakikat atau intipati benda yang dinamakan itu. Kaedah menyebut, “Al-Ibrah bilmusammayaat laisat bil asma’.”Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.
Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkannya secara berlainan.
Contohnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti ‘hotdog’. Tapi hakikatnya baik iaitu daging yang enak. Maka ‘hotdog’ dikira baik sebab hakikatnya baik.
Contoh yang lain, andai sesuatu perkara itu lafaznya baik seperti ‘bunga’ atau ‘faedah’. Tapi hakikatnya buruk iaitu riba. Maka ‘bunga’ atau ‘faedah’ dikira buruk sebab hakikatnya buruk.
Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti ‘bercinta’. Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pengamatan kasar penulis, rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz ‘bercinta’ itu dengan memahami hakikatnya sebagai ‘berpacaran’.
Maka, ‘bercinta’ yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah. Jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah.
‘Bercinta’ yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah intipati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya, lebih menghampiri fitnah?
Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’, beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau,
“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.”
Sudah tentu, bercinta secara syubhah itu syubhah. Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram.

Fikrah Pertengahan
Islam agama yang memahami fitrah. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah cinta seperti merahibkan diri.
Islam juga mengutuk fitrah cinta yang disalur dengan menghampiri zina. Inilah yang sering diajar oleh kebanyakan media (tidak semua). Islam lebih-lebih lagi mengutuk fitrah cinta yang diumbar dengan nafsu syahwat seperti mana yang berlaku di Barat. Akibatnya, kecelaruan nasab begitu parah di sana.
Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah. Bercinta selepas nikah memang seronok. Usung ke hulu ke hilirpun, tiada siapa nak marah.

            Pernahkah kita  merujuk apa kata ulama muktabar tentang ‘bercinta’ sebelum nikah?

            Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya,
“Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa’ rashidun serta para sahabat baginda yang memperolehi hidayah, yang telah diarahkan oleh baginda SAW agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat.”

Tidak Bercampur Kecuali Atas Dasar Urusan
Mari kita teliti poin-poin penting yang boleh kita amalkan dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
1.      Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.
2.      Wanita tidak dihalang dari menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.
3.      Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang).
4.      Merasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan.
5.      Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.
6.      Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.
7.      Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang.
8.      Mengelakkan diri daripada khalwat.

Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia  Tentang ‘Bercinta’

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata,
1.      Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan 'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud 'bercinta'.)
2.      Ramai orang yang memulai cara bercinta ini dengan cara yang tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.
3.      Pacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.
4.      Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.
5.      Banyak situasi seperti ini berdampak kepada hal-hal yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.
6.      Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab keduanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.
7.      Lebih dari itu, kadang-kadang pacaran dilakukan oleh dua pihak yang tidak serasi dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga keduanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tanpa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-keping dan jiwa tertekan.
8.      Saya melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara yang dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.
9.      Perkara yang sesuai dirisik ialah: adakah sesuai antara keduanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika dilihat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya dari salah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain sebagainya.
10.  Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen) datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya, jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat di hatinya.
11.  Apabila kapak telah menancap di kepala, pada saat itu keluarga hendaklah melihatnya dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat mereka dan menolak orang yang melamarnya tanpa sebab.
12.  Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, “Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau nikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.
13.  Yang paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adalah agama dan akhlak, dan keduanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang muslimah. (Fatawa Mua’sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349).

Kesimpulan
Subhanallah! Luasnya skop kupasan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkenaan isu ‘bercinta’. Tidak terkurung dari kaca mata hukum fekah semata-mata. (Hukum fekah adalah soal batas minimum yang tetap ada kepentingannya). Bahkan memberi panduan terhadap aspek perlaksanaan hukum secara ideal. Ini yang seringkali kabur di mata masyarakat.
Kupasan sebegini lebih membumikan kita kepada amal dan perlaksanaan dalam realiti hari ini. Tidak lagi tersepit dalam kekeliruan antara hukum dan perlaksanaan hukum. Perlaksanaan hukum mestilah mengambil kira hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia untuk mendapat impak yang lebih hebat, di dunia dan di akhirat.
Lebih istimewa, Pengerusi Majlis Ulama Sedunia ini memberikan pandangan yang pertengahan antara golongan yang memberat-beratkan dengan golongan yang bermudah-mudah.
Batasan pergaulan yang Islam gariskan banyak kebaikannya. Ia bukan sahaja memelihara kehormatan bahkan juga melindungi daripada punca-punca keruntuhan, keretakan dan kebimbangan. Lebih jauh daripada itu, batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan.
Barat dan segelintir orang Islam sendiri menuduh batasan-batasan ini sebagai konservatif. Apa sanggahan syeikh terhadap dakwaan mereka? Kita kupas dalam artikel akan datang, insya Allah.


Reactions:

Tagged:

28 comments:

  1. assalamualaikum , kaka fatimah pernah datang uitm segamat . cakap pasal cinta jugak ! ana mintat sangat kat akak dan semua ilmu yang dikongsikan oleh akak . syukran akak untuk semua pengetahuan dan ilmu yang dikongsikan akak kepada kami semua . moga ALLAH sentiasa redha akak dan keluarga .

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg menjelaskan...
    terima kasih mak cik Ha..

    ReplyDelete
  3. Da baca tadi d Majalah Solusi sebelum masuk blog ini~ Terima kasih. Agak jelas, saya nantikan artikel akan datang~

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.
    ustazah, saya ada kirimkam emel..
    mohon ustazah sudi meluangkan sedikit masa untuk membacanya.
    terima kasih ustazah.=)

    ReplyDelete
  5. salam, ustazah ade cadangan tak kitab ape yg sudah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu yg sesuai dijadikan panduan, rujukan selain 2 sumber agung iaitu Al-Quran dan Sunnah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinta dan Rindu dalam al-Quran dan al-sunnah karya al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah.

      Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan, al-Qaradhawi.

      Delete
    2. baiklah terima kasih ustazah..

      Delete
  6. hati manusia selalu tafsir ikut keinginan sendiri..

    ReplyDelete
  7. syukran kak... makin lebih faham tentang cinta sebelum nikah

    ReplyDelete
  8. moga2 dapat manfaat dari penulisan ini

    ReplyDelete
  9. Ramai kata ulama Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, fatwanya banyak kontroversi. Benarkah ustazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulama mana yang tidak mencetuskan kontoversi pada zamannya? Para ulama yang diberi kelebihan 'berijtihad' (keluarkan hukum dengan kerja keras yang tinggi), biasanya akan ditentang oleh golongan yang suka mentafsir secara negatif.

      Namun begitu, golongan ulama ini akan tetap dihormati dan disanjung oleh golongan yang bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan mereka tetapi mempunyai akhlak dan adab yang tinggi.

      Contohnya, imam kita sendiri al-Imam Syafi'ie, beliau pernah berijtihad anak zina boleh nikah dengan ayah biologinya. Fatwa ini mencetus kontroversi hingga hari ini. Tapi, golongan yang positif menganggap ia cuma suatu pendapat yang tidak kuat, kerana ada pendapat lain yang lebih kuat. Semua pendapat dalam daerah pahala kerana para ulama berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu.

      Delete
    2. Oo patut le pernah dengar anak zina boleh nikah ayah biologinya dan hukum tu digunapakai sehingga sekarang. x pasti. ingat-ingat lupa. dah lama orang bagitahu. ingatkan khabar2 angin. rupanya betul.

      Delete
  10. slm kak,
    sy nak bli buku duhai teman sejatiku, ade stok xlgi?
    sy dh hntr email kat email dr.farhan dan akak tp, still xder reply..
    kalau akak bace ni\tolong reply kat email sy geniuslowpro5@yahoo.com

    PLEASE!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum :)
    Saya ingin bertanya sedikit.

    Seandainya bercinta sebelum nikah, namun hati terlalu rindu untuk tidak bertemu, bagaimana untuk buang perasaan tersebut? Kalau boleh, memang ingin bernikah, sebab si dia memang sudah mengubah saya jadi insan yang lebih baik daripada sebelum ni. Tapi atas dasar ekonomi, usia dan masyarakat, keadaan memang tak mengizinkan kami bernikah.

    Jadi bukankah jika rindu merindui itu zina hati? Pandang memandang itu zina mata? Apa yang harus saya lakukan? Takkan harus putuskan hubungan? Walhal saya memang cintakan dia dan sebaliknya. Seandainya kami akan berkahwin dalam 5 tahun lagi, adakah pertemuan kami sebelum bernikah itu berdosa walaupun kami tak bersentuhan dan lain lain? Kami tak pernah bersentuhan secara sengaja semenjak berkenalan. Jika ya berdosa, maka kami perlu berhenti bertemu?

    Keadaan memang tak mengizinkan kami bernikah, namun saya takut saya akan kehilangan dia. Tolonglah jawab ustazah, saya tak tahu bagaimana lagi untuk menangani masalah ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang.

      Rindu merindui itu FITRAH. Semua insan akan mengalaminya.

      Namun, jika rindu-merindui itu DILAYAN-LAYAN (selalu sms tanpa urusan, selalu call tanpa urusan, dengar lagu-lagu cinta, tengok drama2 cinta), ia boleh bertukar menjadi FITNAH SOBWAH (rindu yang cenderung kepada kebodohan).

      Uruskanlah rindu yang fitrah itu dengan jalan MUJAHADAH iaitu dengan memperbanyakkan ISTIGHFAR. Bukan kerana rindu itu dosa tapi kerana ISTIGHFAR itu ubat yang berkesan bagi melemahkan tipu daya syaitan yang memang suka kita berlalai-lalai.

      Pay now play later.

      Jika saudari mahukan malam pertama itu membosankan, hambar dan penuh curiga, maka nikmatilah segala-galanya sekarang. Semakin banyak 'dirasa' sebelum bernikah (yang sepatutnya dirassai oleh orang yang bernikah), semakin tawarlah erti pernikahan. Apa beza nikah dengan couple?

      5 tahun sangat panjang...apakah agaknya 'pengisian' cinta selama 5 tahun itu?
      dengan mujahadah?
      dengan pembaziran sms dan call?
      dengan apa?

      Bertemu boleh tapi mestilah di hadapan mahram. Tapi jangan lupa, tempoh ini sangat dekat dengan fitnah masyarakat, fitnah anggota, fitnah hati. Berwaspadalah. Hubungan yang terbina tanpa memperolehi 'hablu minannas' ada impak negatifnya pada keharmonian rumah tangga kelak.

      takut kehilangan yang dicintai itu lumrah...dapatkanlah si dia dengan 'jalan' yang menghampiri redha Allah, bukannnya menghampiri zina...
      Pesan Nabi, "Tiada yang lebih layak bagi dua orang yang saling mencintai kecuali BERNIKAH."

      Jika keluarga belum merestui, pilihlah jalan 'berbincang', berkomunikasi secara baik...memang ia agak pedih tapi natijahnya hebat, luar biasa. nikmatilah...

      Delete
  12. salam,
    saya ada masalah yang memang berkaitan dgn pwrkataan CINTA ni..sahabat karip saya berusia 27 tahun dan sudah bekerja..sebelum ini dia ada kenal dgn beberapa orang lelaki yang dicari oleh adik dan keluarganya..tetapi adakala kelakuan mereka yang sedang bertakrufan ini sangat pelik dan buat saya jelak melihat..sahabat saya seorang yang telus dan menjaga tetapi semenjak dia mengenali ajnabi yang bukan2 ni sedikit sebanyak perangai dia berubah dan kami sering kali berselisihan pendapat.


    dalam beberapa lama dia ada menunjukkan perubahan yang positif dimana dia kurang melayan ajnabi tersebut..tetapi baharu2 ini dia Dperkenalkan dgn seorang ajnabi oleh rakan sekerjanya..malang bagi saya baharu 3hari perkenalannya dgn ajnabi tersebut mereka sudah boleh keluar dan seminggu berkenalan mereka pernah balik jam 12.00 t/mlm..sbg sahabat yang degil saya tetap protes lelaki yang dia sedang kawan walau saya tidak pernah berjumpa dgn ajnabi tersebut kerana terdapat perbualan yang berlarutan hingga jam 3.20 mlm, sms yang berpanjangan..hingga pada satu ketika saya dengan sengaja membuka msg sahabat saya dan saya berasa amat sedih apabila dia menerima mms Dawal pagi sekitar jam 4.00 pg dengan text hai bucuk..hati saya hancur dan kerana terlalu marah saya menegur sahabat saya.

    ReplyDelete
  13. effect dari kesalahan yang saya lakukan saya Dhukum tidak Dtegur dalam 5 hari dan sahabat saya ada memanggil 4 orang kawan saya yang pernah berurusan dan bercouple dgn ajnabi tersebut untuk memberi keterangan kepada saya bahawa ajnabi tersebut adalah lelaki yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan dan seorang orang tengah untuk mendengar masalah kami. org tengah kami telah menetapkan beberapa syarat kepada sahabat saya dan saya akan permasalahan ini seperti jika nak keluar mesti ajak org ketiga atau saya, kurangkan bermsg, call kalau boleh jika ada masalah berkaitan urusan kerja ajnabi tersebut adalah orang yang terakhir untuk berurusan..untuk satu tempoh tertentu. sahabat saya juga menegaskan bahawa setiap orang akan dapat dgn orang yang setaraf dgn dia dan ajnabi tersebut perlu Dberi peluang untuk berubah dan sahabat saya akan menegur atas apa yang ajnabi itu telah buat sepanjang 3minggu mereka berkenalan. say amerasa sangat sedih kerana saya telah menegaskan bahawa orang laki2 adalah pemimpin kepada wanita, bukan wanita memimpin lelaki seperti yang tercatat di dalam surah an Nisa':34

    malangnya saya lihat tiada apa2 berubahan dan ajnabi tersebut masih memanggil kawan saya dgn perkataan yang saya jijik dgr..semalam saya ada urusan dan meminta dia pulang ke kg saya sendiri dgn menaiki bus tapi terdapat sedikit masalah untuk kami balik ke rumah sewa maka saya ajukan agar dia tidak balik ke kg saya. akhirnya kami bertegang dlm sms dan dia pulang ke kg saya dgn ajnabi tersebut tanpa memberitahu saya dan memberikan alasan dia dan ajnabi tersebut nak ke arah yang sama dan mereka sama2 kenal dan nak pergi ke kenduri kahwin bekas pelajar sahabat saya dan kawan kepada ajnabi itu. alasan itu saya tidak dapat terima kerana saya tidak rasa ajnabi tersebut nak pergi berkunjung ke rumah kawannya di daerah sebelah daerah saya selepas dia menghantar sahabat saya di kg saya..

    mungkin saya seorang yang terlalu berfikiran negatif tetapi minggu lepas kami ada berjumpa dan saya kurang senang dgn cara ajnabi tersebut memandu kerana seperti hendak melanggar lampu isyarat merah dgn menekan pedal minyak, bawa kereta tidak smooth,tidak memakai tali penggang keledar semasa memandu, membuat berjenaka yang tidak logik dgn pelayan restoran dan kalau dgn ajnabi yang sebelum ini sekurang2nya saya ada mendengar kalimah bismillah semasa dia nak hidupkan enjin kereta berbanding ajnabi sekarang ini.

    harap akak dapat bagi sedikit pendapat apa yang saya perlu lakukan..kerana dia seorang pendidik, di zaman belajarnya selalu menyertai usrah, aktif ABIM, menjaga aurat sangat2 tetapi mungkin atas desakan keluarga dia jadi cam ni..saya tahu dalam diri dia tetap ingin melahirkan zuriat yang soleh seperti sultam muhammad al fath walau dia menafikan sekarang ini. saya rindu dia yang dahulu..saya hanya mampu berdoa sahaja sekarang ini agar dia kembali kepada diri dia yang dahulu dan Dkurniakan seorang suami yang takut, patuh dan taat kpd suruhan dan larangan Allah serta yang boleh memimpin sahabat saya dgn ilmu didunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum ustazah...
    apakah hukum bercinta sebelum kahwin jika ia boleh memudaratkan? adakah hubungan itu perlu ditamatkan? dan bagaimana untuk memutuskan hubungan tersebut tanpa menyakiti hati insan yang lain.
    mohon beri pandangan dan nasihat
    terima kasih

    ReplyDelete
  15. ustazah.. ape hukum bercinta tanpa membuat perkare-perkare yang melalaikan.. dalam erti kate lain, kami menjaga adab dan tidak melanggar hukum islam..
    boleh tolong jelaskan persoalan saye??

    ReplyDelete
  16. salam....saya ada sedikit kekeliruan mengenai beberapa perkara...harap ustazah dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah hukumnye kalau seorang perempuan bermalam di rumah seorang lelaki yg bukan mahramnya ditemani oleh kedua ibu bapa si lelaki..??

      Delete
  17. Assalamualaikum, sy nak tanya sikit.
    Sy ade terbaca yg females kena rendahkan pandangan mata.... Sebab nk avoid menggoda?!
    Kenapa bile issue ni dibincangkan, ade je points yg seksual sikit. Dasyat sngt ke smpai blh buat org bernafsu? It's just eye contact, it's normal. It's just that sy x suka rasa rendah. Kalau tengok negara lain, mereka biasa je, x tergatal2. Kalau kat sini, nmpk lengan je sibuk2 nk gatal, tengok2. Kenapa mentality org kat sini based on sex shj? Sorry klu sy ni mean, rasa mcm nk rage.

    And nikah sblm kapel....? Bukan love ni benda yg mutual ke? Bukan ke kena kenal betul2 dulu, tengok kalau dia treat kita dgn baik. Saya rasa love ni sstu yg buat kite gembira, org tu baik, doesn't treat us like crap, buat kite rasa disayang & bukan sekadar perkahwinan.

    And again, sy mintak maaf kalau sy offensive.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum. saya seorang remaja.. saya ingin bertanya apakah hukum bercouple jika kita berniat untuk mengubah seseorang tersebut? dan bagaimanakah kita nak beritahu si ajnabi tersebut bahawa couple itu haram sedangkan kita tak mampu untuk mengatakan perkara tersebut terhadapnya. harap ustazah dapat membantu

    ReplyDelete
  19. salam ustazah.. mnta izin untuk share ye..

    ReplyDelete