Cinta High Class dalam pembikinan

Sunday, 8 January 2012



Sedikit petikan daripada buku CINTA HIGH CLASS, karya Fatimah Syarha Mohd Noordin bakal terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd, gandingan buku CINTAKU KERANA AGAMAMU, karya Dr. Farhan Hadi Mohd Taib.
Tangisan puteri kedua menggoncang ibunya. Bagaikan jam loceng yang setia. Dalam mamai, Qani’ah Syumaila menyuakan susu ibu.
Qani’ah Syumaila membelai dan mencium ubun-ubun si kecil. Tidak lupa menghembus doa kasih seorang ibu. Moga menjadi penyejuk mata dan pemimpin orang-orang bertakwa. Si kecil terlena semula dengan mulut menyunyut.
            Lampu meja menyimbahkan sedikit cahaya. Detikan jam menyanyi ceria. Jarum panjang menunjukkan angka 12. Jarum pendek menunjukkan angka 5. Ini saatnya bercinta dengan Yang Esa!
Qani’ah Syumaila menoleh sedikit ke kiri. Puteri sulung lena memeluk Abi. Gerak bibir Qani’ah Syumaila ternaik ceria pada hujungnya. Tidak tahan melihat wajah comel itu sedang menutup mata. Tangannya menyapa pipi.
Puteri sulung terjaga. Mata masih terpejam. Dia merengek meminta susu dalam pelatnya.
“Yu…yu…”
Qani’ah Syumaila cuba melepaskan nguluman si adik untuk bangun membancuh susu. Si kecil itu kesedihan. Tangisannya berleretan.
Dr. Muslih lincah bangun dari pembaringan. Qani’ah Syumaila mengunci kaki suaminya dengan betis.
“Abang, ini tugas sayang,” kata Qani’ah Syumaila.
“Tugas sayang menyusu. Bukan buat susu. Ini tugas siapa yang mahukan pahala lebih,” balas Dr. Muslih.
“Sayang mahu,” pinta Qani’ah Syumaila.
“Cop! Abang bangun dulu,” ujar Dr. Muslih sambil melepaskan ‘kunci’ isteri.
“Tapi sayang jangan risau. Pahala ini abang sedekahkan untuk sayang sekali,” kata Dr. Muslih dengan senyuman nakal.
Dia bingkas ke dapur di tingkat bawah.
“Abang ni…”
Qani’ah Syumaila mendukung bayi lalu mengejar suaminya ke dapur.
“Sayangpun mahu pahala lebih,” katanya manja.
“Oklah kita buat sama-sama. Biar abang bahagikan tugas.”
Dr. Muslih mengisi lima sudu susu tepung. Menuangkan air panas. Kemudian menuangkan air kosong.
“Ok. Tugas sayang tolong goncang.”
Dr. Muslih menyerahkan botol kepada isterinya. Qania’h Syumaila terhibur diraikan penglibatannya.
“Baiknya abang. Setiap malam berebut mahu buatkan susu. Abang sudah banyak pahala mencari nafkah di luar rumah. Biarlah sayang pula kumpul pahala dengan tugas ini,” kata Qani’ah Syumaila.
“Izinkan abang ikut cara Nabi. Bukankah Saidatina Aisyah memberitahu kita, baginda sangat rajin menolong urusan rumah tangga. Padahal, baginda jauh lebih banyak pahala,” balas Dr. Muslih.
Qani’ah Syumaila hanya mampu bertasbih dan bertahmid mengenangkan kebaikan makhluk Allah di hadapannya itu. Terusik rindunya kepada Rasulullah SAW. Baginda sungguh berjasa besar memberikan tauladan yang terbaik.
Tatkala pemimpin besar seperti Rasulullah SAW merendahkan diri menjahit pakaiannya sendiri, akhlaknya dipandang bertambah tinggi. Tatkala seorang suami merendahkan hati menolong isteri, peribadinya tambah dihormati dan disegani.
Hati Qania’h Syumaila berbisik,
“Abang terlalu istimewa. Sayang akan kongsikan tips abang kepada dunia. Biar para suami tahu rahsia untuk membahagiakan isterinya. Apabila wanita bergembira, seluruh dunia akan ceria.”

20 comments:

  1. :) ^_^ semoga di kurniakan,semoga kuat menjadi qaniah terlebih dahulu...

    terima kasih kak ha atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. akak, bile kedua-dua novel ni ade di pasaran? karya akak tak ubah seperti habiburrahman el shirazy, cume penyampaian sahaja yang berbeza..:-)

    ReplyDelete
  3. sweet nyer.. nk suami cam tu gak.. hee

    ReplyDelete
  4. sambungan dr DENYUT KASIH MEDIK?

    ReplyDelete
  5. harap2 novel nie cepat ada dekat pasaran..:)

    ReplyDelete
  6. kiranya novl-novel ni sambungan cintaku selepas Allah dan Rasul kan :)

    ReplyDelete
  7. subhanallah! jujur air mata sangat murah bercucuran sekarang. sangat sangat sangat menyentuh dan terharu! bertambah semangat untuk benar-benar serius mencari cinta Allah.

    mohon doanya ka syarha kusayang.

    ReplyDelete
  8. Salam
    Akak Fatimah Syarha, boleh tak kita letakkan patung perhisan bagi menghiaskan bilik? Saya peminat Gundam, sejenis patung robot yang semestinya mengindahkan lagi kawasan bilik saya.
    Adakah ia dibolehkan ataupun tidak? Harap dapat berikan penjelasan :)

    ReplyDelete
  9. sambungan dari cintaku slepas Allah dan rasul & denyut kasih medik kan.. :-)
    Harap dapat cepat berada di pasaran..xsabar nk sambung membaca

    ReplyDelete
  10. Ustazah,nanti hebahkan ya kalau dah keluar novel terbaru:)

    ReplyDelete
  11. Waalaikumussalam wbt. Patung tidak boleh dijadikan perhiasan. Tapi, patung boleh berada dalam bilik jika ia untuk dibuat main dan tempatnya dihinakan.

    Maksud tempatnya dihinakan ialah kadang kita buat bantal, kadang kita buat main hingga ia terguling di lantai, dan seumpamanya.

    Saidatina Aisyah mempunyai patung permainan berupa kuda bersayap. Rasulullah SAW meraikannya.

    ReplyDelete
  12. Thanks Akak Fatimah Syarha
    Semoga Akak Fatimah Syarha akan terus berjaya dan dilimpahi Rahmat-Nya :)

    ReplyDelete
  13. ustazah,sy ada sdkt kemusykilan, bolehkah langsir rumah yang ada gambar kartun cnthnya mickey mouse atau princess digunakan?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Soalan Nas ini boleh dirujuk langsung pada buku Fiqh Kontemporari, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

    Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar-gambar antaranya;
    "Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa Rasullulah saw bersabda bermaksud' Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar". Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: " Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia",. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun baginda tidak pula menyuruh membuang gambar itu.

    Yusuf Qardhawi merumuskan dengan menyatakan: ... kemungkinan yang nampak pada hadis-hadis yang berkenaan dengan masalah gambar dan pelukisnya, iaitu bahawa Rasulullah saw memperkeras persoalan ini apa masa pertama dari kerasulnyanya, di mana waktu itu kaum muslimin baru saja meninggalkan syirik dan menyambah berhala serta mengagung-agungkan patung. Tetapi setelah aqidah tauhid itu mendalam ke dalam jiwa dan akar-akarnya telah menusuk dalam hati dan fikiran, maka beliau memberi perkenan dalam hal gambar yang tidak berjasad, yang hanya sekadar ukiran dan lukisan. Yusuf Qardhawi memberi hujah, kalau Rasulullah tidak suka pada langsir tentu beliau mengharamkan terus, namun tidak begitu.

    ReplyDelete
  16. salam..kak fatimah syarha...sy sgt meminati novel2 akk....
    hope sgt novel niyh cept brada di pasaran...=)
    moga Allah permudahkn urusanmu dlm berdakwah..

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum,,,,wah!tak sabar nak baca karya terbaru akak,,

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions