Wednesday, 26 October 2011

Monday, 17 October 2011


Wanita, jom cantikkan diri dengan ilmu...

            Adakah anda seorang wanita yang suka menuntut ilmu?
Adakah anda seorang wanita yang terpaut ke masjid ketika tiada kerja rumah atau anak-anak kecil yang lebih memerlukan komitmen anda?
Adakah anda seorang pendakwah wanita?
Adakah anda ingin menjadi pendakwah wanita?
Adakah anda sering dicerca sesetengah masyarakat kerana mencari ilmu dan menyampaikan ilmu, hanya kerana anda seorang wanita? 

Saya juga wanita. Saya rasa terbela dengan pencerahan al-Qaradhawi yang sangat jernih fikrahnya. Moga anda juga terpujuk sama. 

Terima-kasih suamiku kerana tergolong di kalangan lelaki yang memuliakan wanita, memahami wanita, menyayangi wanita dan memberikan hak-hak wanita. Cayang Abang:) Moga lebih ramai lelaki sepertimu, amin. Maka, buat kaum lelaki, anda juga sesuai membaca artikel ini.

                Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanya; 

“Adakah suami berhak melarang isterinya ke pengajian agama?”

                Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjawab:

                “Banyak kerosakan yang dilakukan oleh kaum muslimin yang ke-Islamannya daripada warisan semata-mata. Di antara kerosakan itu ialah:
  • Mencampur adukkan pemikiran dan perasaan peribadi ke dalam ajaran Islam.
  • Menyangka seseorang yang berhati keras, kaku dalam berinteraksi sosial samada dalam keluarga atau masyarakat, itulah yang dianggap ajaran Islam.
  • Menyangka seseorang yang berhati sempit, suka mengata orang dan sukakan permusuhan, itulah yang dianggap ajaran Islam.
  •  Pandangan sempit seorang lelaki terhadap wanita. Lalu menghasilkan sikap keras, anti toleransi, mudah berprasangka buruk dan merendah-rendahkan wanita. Lelaki itu juga memandang wanita hanya sebagai alat pemuas nafsu dan pelayan kaum lelaki sahaja.

Ironinya…

  •  Sumber-sumber literatur Islam yang mereka baca belum mampu mengubah cara pandang mereka.
  • Pergaulan mereka dari satu lingkungan ke lingkungan yang lain, belum juga mampu membawa akal mereka kepada pencerahan.
  • Mereka mungkin telah menyelesaikan program ‘master ‘dan doktor falsafah dalam pelbagai disiplin ilmu, tetapi semua itu masih tidak mampu membawa mereka kepada kesedaran dan kemajuan.
  • Mereka masih tidak mengetahui betapa agama Islam sangat memuliakan wanita, sebagai anak perempuan, isteri, ibu dan sebahagian dari anggota masyarakat.”

Allah SWT menjelaskan secara tersirat bahawa wanita bukan makhluk ‘double standard’, tetapi makhluk yang melengkapi kekurangan lelaki, sebagaimana lelaki diciptakan untuk melengkapi kekurangan wanita. Masing-masing unik dan istimewa.
·         فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لأكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ (١٩٥)
195. Maka Tuhan (Allah SWT.) mereka mengabulkan permohonannya (dengan berfirman): “Sesungguhnya aku (Allah SWT.) tidak menyia-nyiakan amal (perbuatan) orang-orang yang beramal di antara kamu sekalian, baik laki-laki maupun perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain….”.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata lagi, “ Makna firman-Nya yang bermaksud “…sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lainadalah…
·         Lelaki sebahagian daripada wanita dan wanita sebahagian dari lelaki.
·         Satu sama lainnya saling melengkapi dan saling menyempurnakan.
·         Wanita tidak boleh hidup tanpa lelaki dan lelaki tidak boleh hidup tanpa wanita.
·         Kedua-duanya sama di mata syariat.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 71:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Rasulullah SAW bersabda, “Wanita itu adalah belahan kaum lelaki.” (HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Daruquthni).

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian melarang wanita-wanita Allah dari masjid-masjid-Nya.” (HR Al-Bukhari).

Persoalan??? 
Berhakkah kita sebagai anggota masyarakat melarang wanita keluar rumah untuk belajar agama dengan mengumpat dan mencaci-maki mereka?
Berhakkah kita melarang pendakwah wanita  keluar rumah untuk mengajar agama?

Bersambung….

Friday, 14 October 2011



"Mari muhasabah..."

            “Dia dah tak ada…”
Habis usia, seolah-olah habislah kehidupan. Hakikatnya, kematian bukanlah penghabisan hidup manusia. Manusia perlu melalui sekurang-kurangnya tujuh fasa kehidupan. Syurga atau neraka, itulah destinasinya.
Sama-sama muhasabah amalan hari ini. Adakah dipersiapkan untuk fasa alam dunia semata-mata atau turut merangkumi persiapan untuk fasa-fasa lebih getir seterusnya? Ya Allah, bantulah kami beringat selalu.

1. Fasa Alam Roh

Dari unsur tanah kita diciptakan. Di alam roh, Allah memberitahu bahawa kita telah mempersaksikan ketuhanan-Nya. Kita hadir ke dunia daripada setitis air yang tiada erti untuk membuktikan kesaksian itu.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kami telah menciptakan kamu, maka mengapa kamu tidak membenarkan (hari berbangkit)? Maka terangkanlah kepada-Ku tentang nutfah (air mani) yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya? (Surah al-Waqi'ah: 57-59).

2. Fasa Alam Dunia

Ketika ini, roh ibarat pemandu dan jasad adalah kenderaan. Kadangkala, kehebatan sesebuah kenderaan, BMW contohnya, menyebabkan pemandunya lupa diri lalu memandu sesuka hati tanpa menghiraukan peraturan jalan raya atau keselamatan diri sendiri.

Roh yang lupa Tuhan akan memandu jasad berbuat dosa. Hidup di dunia hanyalah seketika. Hari akhirat itu tiada batas masa. Firman Allah SWT.:

“Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu siang atau pagi hari. (Surah al-Naziat: 46)

3. Fasa Alam Barzakh

Barzakh bererti sesuatu yang terletak di antara dua benda atau penghalang. Kubur adalah permulaan alam akhirat, sempadan antara alam dunia dan alam kebangkitan. Alam barzakh akan memperlihatkan destinasi akhir kita nanti. Itulah yang diterangkan oleh Rasulullah SAW sebagai azab kubur. Firman Allah SWT.:

“Kepada mereka diperlihatkan neraka, pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat.” (Surah al-Mu’min: 46)

Saat telah diwafatkan, jasad kita ke kubur dan roh kita pergi ke alam barzakh. Tiada satu roh pun boleh terlepas daripada soalan malaikat walaupun dia tidak mempunyai kubur seperti mati ditelan ular sawa atau lemas di laut.

Firman Allah SWT.:


“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak! Sungguh itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.” (Surah al-Mukminun: 99-100)

             Kisah: Perbualan 2 orang Profesor

Prof. Chea: Prof. Faris, cuba lihat mayat ini. Saya dah buat observation selama dua hari, tiada langsung bukti saintifik yang boleh membuktikan ada malaikat yang datang menyoalnya seperti yang anda dakwa. Jelas, itu tidak berlaku kepada orang yang mati.
Prof. Faris: Prof. Chea, cuba lihat dia. (menunjukkan isyarat tangan kepada seorang pembantu makmal yang sedang tidur lena di atas sebuah kerusi di salah satu sudut makmal)
Prof. Chea: Kenapa dengan dia?
Prof. Faris: Prof. pernah bermimpi?
Prof. Chea: Dah tentu.
Prof. Faris: Prof. dapat melihat mimpi orang itu sekarang?
Prof. Chea: Tidak.
Prof. Faris: Lihat, observation kita semata-mata tak mampu menjangkau ke dalam mimpi orang yang tidur. Apatah lagi nak mengjangkau ke alam orang mati.

4. Fasa Dibangkitkan

Malaikat Israfil akan meniup sangkakala untuk membangkitkan kita dari alam barzakh.
Firman Allah SWT.:
“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti datang, tiada keraguan padanya, dan sungguh Allah pasti akan membangkitkan sesiapapun yang di dalam kubur.” (Surah al-Haj: 7)

5. Fasa Alam Mahsyar

Alam Mahsyar mengumpulkan umat manusia dari zaman Adam a.s. hinggalah  Muhammad SAW untuk menanti saat pengadilan terbuka oleh Allah SWT. Firman Allah SWT.:

 “Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan kami tidak lemah. Untuk menggantikan kamu dengan orang-orang seperti kamu (di dunia) dan membangkitkan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. (Surah al-Waqiah: 60-62)

6.Fasa Dihisab dan Menerima Buku Catatan Amalan

Hisab Allah SWT. merangkumi sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Amalan kita takkan terlepas dari perhitungan meskipun sebesar biji sawi. Firman Allah SWT.:

Maksudnya: Maka adapun orang yang diberi surat (perhitungan) di sebelah kanannya, akan berkata: Marilah bacalah suratku (ini). Sesungguhnya (memang) aku percaya, bahawa aku bertemu perhitungan ku (yang baik). Maka (adalah) ia dalam penghidupan yang diredai. (Surah al-Haaqah: 19 )

Kisah:

Lelaki A: (Sambil memegang telefon bimbit) Alah Celcom ni, hantar mesej tulis ‘ok’ aje pun dikira. Habis satu sen.
Lelaki B: Itu baru kiraan Celcom. Kiraan Allah nanti lagi dahsyat. Tak ada satu detik lintasan hati pun yang tak dikira.
(Lelaki A bercucuran air mata)

Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 24)

7.Fasa Syurga atau Neraka

Nama-nama Syurga

Syurga Firdaus
Surat Al Mu'minuun, ayat 9-11.
"Dan orang-orang yang memelihara solat: Mereka itu adalah orang - orang yang akan mewarisi (yaitu) yang bakal mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya".

Syurga Adn
Firman Allah SWT di dalam surat Thaaha, ayat 76.
"(Yakni) syurga 'Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, didalamnya mereka kekal. dan itulah (merupakan) balasan bagi orang yang ( dalam keaddan ) bersih ( saat didunianya dari berbagai dosa )".
Surah Shaad, ayat 50 :
"(Yaitu) syurga'Adn yang pintu - pintunya terbuka bagi mereka".

Syurga Na'iim
Surah al Hajj, ayat 56. Allah SWT. berfirman :
" Maka orang - orang beriman dan mengerjakan amal shaleh ada di dalam syurga yang penuh kenikmatan".
Firman-nya lagi dalam surat Luqman, ayat 8 :
"Sesungguhnya orang - orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh, bagi mereka bakal mendapat syurga yang penuh kenikmatan".

Syurga Ma'wa
Surat As Sajdah, ayat 19 Allah berfirman:
"Adapun orang - orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh. maka bagi mereka mendapat syurga - syurga tempat kediaman, merupakan pahala pada apa yang telah mereka kerjakan".

Syurga Darussalam
Dalam surat Yunus, ayat 25 :
"Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (yakni syurga),
dan memimpin orang yang dikhendaki-Nya kepada jalan yang lurus".

Syurga Daarul Muqoomah
Surah Faathir, ayat 34-35:
"Dan berkatalah mereka : Segala puji bagi Allah yang telah menghapus (rasa) duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami adalah Maha Pengmpun lagi Maha Mensyukuri: Yang memberi tempat kami di dalam tempat yang kekal (syurga) dan kurnia-Nya".

Syurga Maqoomul Amiin
Surah Ad Dukhan, ayat 51:
"Sesungguhnya orang - orang yang bertawakal tinggal di dalam tempat yang aman (syurga)".

Syurga Khuldi
Surah Al Furqaan, ayat 15:
"Katakanlah : "Apa (siksa) yang seperti itu yang baik, atau syurga yang kekal, yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, sebagai balasan dan kediaman kembali mereka".

Nama-nama Neraka

Huthamah
Surah Al-Humazah (104) ayat 4-5.
Di dalamya ditempatkan orang-orang Yahudi.

Hawiyah
Surah Al-Qori'ah (101) ayat 9-10.
Di dalamnya ditempatkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir.

Jahannam
Surah al-Hijr (15) ayat 43.

Jahim
Surah As-Syu'araa (26) ayat 91.
Di dalamnya ditempati orang-orang musyrik.

Saqar
Surah Al-Muddatstsir (26) ayat 26-27,42.
Di dalamnya ditempati orang-orang penyembah berhala.

Sa'ir
Surat An-Nisa' (4) ayat 10; Surat Al-Mulk (67) ayat 5,10,11 dan lain-lain.
Di dalamnya ditempati orang-orang Nasrani.

Wail
Surah Al-Muthaffifin, ayat 1-3.



Tuesday, 4 October 2011

"Sayang, dulu sebelum kahwin, Sayang tak ada pun ajak abang keluar makan sama-sama ke, 'dating' ke, Sayang takut Allah ye?"

"Mestilah cik abang sayang. Sayang nak bagi cinta kita 'meletup' selepas kahwin. Orang yang tidak biasa berpuasa syahwat tak akan menikmati debaran saat berbuka dan bertemu dengan-Nya. Best kan bang, ada kenangan cinta yang terpelihara? :)"

Mencari Jodoh?

Assalamualakum wbt semua...
Masyallah, Alhamdulillah, semakin ramai insan-insan yang baik ingin menikmati cinta selepas akad, bukan sebelum akad.

Ada yang mempunyai pilihan hati sendiri. Kemudian, mengkhabarkan hasrat hati atau menyunting si dia dengan perantaraan insan-insan yang baik di sekelilingnya. Silakan.
Ada yang lebih hebat, berjumpa terus dengan ibubapa si dia. Silakan.
Anda semua memilih jalan yang terjaga. Tahniah!
Ada kemenangan yang layak dijadikan kenangan indah dalam cinta anda.
Kesucian itu akan mewarnai cinta anda di alam rumah tangga hingga ke syurga, amin. Nikmatilah:)

 Persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup menjadi 'orang tengah'? Kasihan kepada sesiapa yang belum mempunyai pilihan... Semakin ramai insan yang sanggup menjadi orang tengah yang baik, insyallah semakin popularlah jalan mencari jodoh melalui orang tengah. Mudah-mudahan, insya-Allah, semakin ramailah orang yang akan selamat daripada jalan-jalan syubhah (meragukan).

Anda sudah setiap hari berdoa?
Anda sudah cuba-cuba merisik?
Anda tetap juga belum mempunyai calon?
Allah mengira setiap patah doa yang dipanjatkan. Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami.
Alhamdulillah, ada satu berita gembira ni. :)

Berita gembira ini istimewa buat mereka yang sudah bersedia mahu berkahwin khususnya muslimah. Muslimah yang masih belajar tu, saya nasihatkan belajar dulu sampai habis bagi meraikan hasrat keluarga...

"Berita apa? Tak sabar dah ni..."

Ada seorang Imam di salah sebuah masjid universiti tempatan memberitahu saya, beliau didatangi oleh ramai pelajar lelaki dari dalam dan luar negara yang minta dicarikan jodoh untuk mereka. Malangnya, beliau tidak begitu mengenali akhawat yang sedang mencari jodoh.

Jadi, jika anda ingin berusaha dengan cara ini pula, maka bolehlah menghubungi saya melalui email:
fs_loveislam@yahoo.com.

Prosesnya mudah.
1. Istikharah dan musyawarah untuk TAARUF.
2. Jika yakin, saya dan suami akan mempertemukan anda atau memberi nombor contact Imam masjid tersebut.
3. Bawa pengiring dan berjumpa dengan imam itu. Bincangkan ciri-ciri pemuda yang anda impikan. Insya-Allah imam itu akan mencadangkan nama seseorang.
4.Perjumpaan seterusnya ialah Majlis Taaruf dengan si dia bertemankan Imam dan pengiring anda.
5. Istikharah dan musyawarah untuk KHITBAH (bertunang). Jika dimantapkan hati rasa ada keserasian, maka teruskan KHITBAH. Jika hati tidak berkenan, maka anda ada hak untuk berkata, "Tidak."
6.7.8....Proses seterusnya anda lebih arif.

Moga makluman ini sedikit sebanyak dapat membantu mencapai impian anda membina MASJID dengan jalan yang terpelihara. Semuanya dengan izin Allah SWT jua.
Salam sayang.

Sila rujuk SAMPAIKAN AKU PADANYA 2...

Sunday, 2 October 2011



INFO

Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin, Ibnul Qayyim al-Jauziyah selaku seorang ahli hukum dan psikologi yang pakar berkenaan cinta berkata, antara hukum cinta yang sejati ialah cinta menuntut penunggalan kekasih tanpa memadunya dengan yang lain. Bak kata pepatah Arab, “Di dalam hati tidak ada ramai kekasih dan di langit tidak ada ramai sembahan.”
Sekiranya cinta diagih ke beberapa tempat, tentu sahaja kekuatan cinta itu akan melemah. Dinukilkan sebuah syair,
Dusta orang yang mengaku memiliki dua cinta
Laksana kedustaan al-Manawiyah dalam dasar agama
Tidak ada tempat bagi dua kekasih dalam satu hati
Satu urusan tidak boleh dituntun dari dua sisi
Allah SWT sendiri berkata, Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya. (Surah al-Ahzab: 4).


INFO

Berdasarkan kajian yang dipetik daripada buku Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu, karangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili dan beberapa lagi buku karangan ulama, statistik berikut diperolehi bagi menggambarkan angka perlaksanaan poligami oleh masyarakat Islam sedunia:

Suami beristeri dua                 :3% .
Suami beristeri tiga                 :1: 1000.
Suami beristeri empat              :1: 15 000.
Di Mesir                                  : 4%.
Di Syria                                   : 1%.