YA ALLAH, Sampaikan aku padanya...

Tuesday, 4 October 2011

"Sayang, dulu sebelum kahwin, Sayang tak ada pun ajak abang keluar makan sama-sama ke, 'dating' ke, Sayang takut Allah ye?"

"Mestilah cik abang sayang. Sayang nak bagi cinta kita 'meletup' selepas kahwin. Orang yang tidak biasa berpuasa syahwat tak akan menikmati debaran saat berbuka dan bertemu dengan-Nya. Best kan bang, ada kenangan cinta yang terpelihara? :)"

Mencari Jodoh?

Assalamualakum wbt semua...
Masyallah, Alhamdulillah, semakin ramai insan-insan yang baik ingin menikmati cinta selepas akad, bukan sebelum akad.

Ada yang mempunyai pilihan hati sendiri. Kemudian, mengkhabarkan hasrat hati atau menyunting si dia dengan perantaraan insan-insan yang baik di sekelilingnya. Silakan.
Ada yang lebih hebat, berjumpa terus dengan ibubapa si dia. Silakan.
Anda semua memilih jalan yang terjaga. Tahniah!
Ada kemenangan yang layak dijadikan kenangan indah dalam cinta anda.
Kesucian itu akan mewarnai cinta anda di alam rumah tangga hingga ke syurga, amin. Nikmatilah:)

 Persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup menjadi 'orang tengah'? Kasihan kepada sesiapa yang belum mempunyai pilihan... Semakin ramai insan yang sanggup menjadi orang tengah yang baik, insyallah semakin popularlah jalan mencari jodoh melalui orang tengah. Mudah-mudahan, insya-Allah, semakin ramailah orang yang akan selamat daripada jalan-jalan syubhah (meragukan).

Anda sudah setiap hari berdoa?
Anda sudah cuba-cuba merisik?
Anda tetap juga belum mempunyai calon?
Allah mengira setiap patah doa yang dipanjatkan. Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami.
Alhamdulillah, ada satu berita gembira ni. :)

Berita gembira ini istimewa buat mereka yang sudah bersedia mahu berkahwin khususnya muslimah. Muslimah yang masih belajar tu, saya nasihatkan belajar dulu sampai habis bagi meraikan hasrat keluarga...

"Berita apa? Tak sabar dah ni..."

Ada seorang Imam di salah sebuah masjid universiti tempatan memberitahu saya, beliau didatangi oleh ramai pelajar lelaki dari dalam dan luar negara yang minta dicarikan jodoh untuk mereka. Malangnya, beliau tidak begitu mengenali akhawat yang sedang mencari jodoh.

Jadi, jika anda ingin berusaha dengan cara ini pula, maka bolehlah menghubungi saya melalui email:
fs_loveislam@yahoo.com.

Prosesnya mudah.
1. Istikharah dan musyawarah untuk TAARUF.
2. Jika yakin, saya dan suami akan mempertemukan anda atau memberi nombor contact Imam masjid tersebut.
3. Bawa pengiring dan berjumpa dengan imam itu. Bincangkan ciri-ciri pemuda yang anda impikan. Insya-Allah imam itu akan mencadangkan nama seseorang.
4.Perjumpaan seterusnya ialah Majlis Taaruf dengan si dia bertemankan Imam dan pengiring anda.
5. Istikharah dan musyawarah untuk KHITBAH (bertunang). Jika dimantapkan hati rasa ada keserasian, maka teruskan KHITBAH. Jika hati tidak berkenan, maka anda ada hak untuk berkata, "Tidak."
6.7.8....Proses seterusnya anda lebih arif.

Moga makluman ini sedikit sebanyak dapat membantu mencapai impian anda membina MASJID dengan jalan yang terpelihara. Semuanya dengan izin Allah SWT jua.
Salam sayang.

Sila rujuk SAMPAIKAN AKU PADANYA 2...

56 comments:

  1. assalamualaikum ustazah..

    terima kasih atas 'pertolongan' ini..
    sy dah email..
    :)

    ReplyDelete
  2. Assamua'alaikum,

    Terima kasih atas usaha Fatimah. Mudah-mudahan usaha ini akan terus menggalakkan pernikahan dengan langkah kanan bukan langkah kiri.

    Fatimah sendiri menggunakan orang tengah atau bagaimana?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Mohon share di facebook ya ustazah. Syukran.
    Moga lebih banyak jiwa akan terpelihara. :)

    ReplyDelete
  4. Wah, dah jadi Unit Baitul Muslim online.... :)

    ReplyDelete
  5. saya tak berapa faham... boleh jelaskan lagi...

    ReplyDelete
  6. Satu lagi Sumbangan kepada masyarakat islam.
    semoga terus berjaya ustazah.

    dan satu lagi ustazah, harap boleh mencerahkan tentang persoalan cara/teknik/taktik untuk menegur mereka yang berpacaran ini.

    banyak persoalan dilontarkan.

    mungkin boleh singgah di http://khalifah1412h.blogspot.com/2011/09/itu-pakwe-saya.html

    semoga ustazah dapat membantu mereka.

    Alfun Syukran

    ReplyDelete
  7. salam. mohon share d facebook ya

    ReplyDelete
  8. sesungguhnya lelaki memerlukan byk info sebenarnya ttg menuju gerbang perkahwinan ni. Sebab kahwin ini bkn semata-mata u menjalankn sunnah Nabi tetapi ad sebab2 lain sperti kelangsungn tarbiah Islam yg sebenar. Namun pendedahan2 & ilmu2 spt dlm blog ustazah amat jarang u diperoleh...teruskn membloging dan memberi kefahaman kpd ummah terutama yg msh lagi takut, ragu2 menuju alam perkahwinan...syukran, jazakallah, barakallah ustazah

    ReplyDelete
  9. Semoga lelaki berkedaran tinggi seperti Abdul Fatah akan bangkit membimbing ramai lelaki yang dahagakan murobbi. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?;)

    ReplyDelete
  10. :) kak, akak ada mesej saya kat no. mana ye? nanti saya hantar no.fon sya kat email yg ada katt sbelah nie. boleh ke? atau itu untuk bisnes shaja?

    ReplyDelete
  11. Allah, syukran kak fatimah sbb sudi share tentang ini :)

    ReplyDelete
  12. saya suka membaca blog ustazah ni..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ustazah, ana mohon boleh ana minta email ustazah? ada yg perlu ana tanyakan soal peribadi, InsyAllah.
    Syukran ustazah...

    Barokallahu feik.

    ReplyDelete
  14. Waalaikumussalam wbt. fs_loveislam@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum Ustazah..adkah ia masih dibuka waktu sekarang ini?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum kak fatimah..boleh tak klu saya nak minta email akak...saya nak tya soal peribadi...boleh ye....:)

    ReplyDelete
  17. wah dah macam dalam cerita ketika cinta bertasbih tu haha,risau jadi macam watak lelaki dalam cerita tu je yang mana masa dia nak mengkhitbah perempuan tu pastu ustaz tu cakap kononya dia tak layak..aduh sedih gitu haha xD

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. kak fatimah.. saya da hantar melalui emel :) syukran kak.. :)

    ReplyDelete
  20. salam ustazah..
    mcm mana kalau ada org merisik..
    dengan tidak tahu siapa
    melalui usrah..
    tapi dalam keadaan muslimat tu x bersedia lg..
    apa perlu buat

    ReplyDelete
  21. salam ustazah..saya ada bg ustazah email... pelase check it out.... ASAP... i really need ur advice actually.... thanks ustazah.... :D

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum...sy dah emailkan...tq kak.....moga dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  23. slm...mintak copy entry ni..jazakillahu khair..

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum ustazah..
    Saya pun masih solo lagi, tapi umur dah makin meningkat.. saya ingin bertanya, apa yang ustazah inginkan maklumat daripada pencari jodoh ini?

    ReplyDelete
  25. Waalaikumussalam wbt. Terpulanglah. "Permudahkanlah jangan disusahkan."

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. salam akak...
    akak..sy ada sent email kat akak.. akak baca ek.. nak mntak motivasi ckt.. ok..syukran akak :)

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah..bagus cara yang dibuat ni..
    semoga Allah meredhai...
    hamba Ilahi recently post......mari belajar rahsia senyuman...

    ReplyDelete
  30. Salam..ana nak tnya.Klu keluarga kita tak prnh terdedah dan xpercaya dgn cara ini,macam mn? ana xbrani mencuba sbb tkt nt keluarga akn membantah..apa perlu ana lakukan?:/

    ReplyDelete
  31. Salam. sebaik-baiknya gunakan orang tengah yang telah mengenali orang yang ingin diperkenalkan kepada saudari.

    cara di internet ini sangat terhad kerana soal jodoh sangat misteri. jika ada 1000 permohonan, mungkin 5 permohonan sahaja yang berjaya disatukan. Alhamdulillah, lebih baik daripada tiada usaha langsung..

    Kepada mereka yang belum mendapat respon, harap gunakan 1001 lagi doa dan usaha lain kerana belum ada yang sesuai untuk anda di sini.
    Bagi yang sudah dalam proses, moga Allah bantu memudahkan segala yang terbaik. Amin.

    ReplyDelete
  32. avaible lagi ker sekarang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah skeru cari jodoh ke?

      Delete
  33. assalamualaikum w.b.t ustazah..
    saya sudah pun mghantar emel...
    tp masih bole lg ke? salam...

    ReplyDelete
  34. Salam..sukaaaaa sgt bca lembaran blog kak fatimah syarha.. :)
    ^jatuh hati pd akak kerana Allah^

    ReplyDelete
  35. sinuhaalkhansa16 May 2012 19:33

    salam.. blog akak sgt berguna pada saya:)
    syukran akak..

    ReplyDelete
  36. salam.....alhamdullilah,dgn kaedah sbgni insyaallah akn dpt mbantu para muslimin dan muslimah.... barakallah ukhti :)

    ReplyDelete
  37. salam kak......
    blh lg ke skrg nie????
    syukran jazilan...

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum akak... syukran sebab dtg uitm jengka hari tu.... sunggguh best ceramah yang disampaikn....

    ReplyDelete
  39. assalamu'alaikum ustazah, nk mintk kebenaran copy maklumat ni ke blog saya... halalkan yea...

    ReplyDelete
  40. assalamu'alaikum ustazah,saya nk tanya ni kalau x rapat sblum kawin mcm mane nk knl hati budi masing2..???pastu saya nk tanya adakah jodoh ni kite kene cari ataupun die datang bergolek..???

    ReplyDelete
  41. mabruk ukhti fatimah...syukran atas info ini....alhamdulillah ni la cara yang dituntut....insyaAllah saya juga akan gunakan cara ni...barakallah ya ukhti.....doakan saya juga dapat jodoh yang baik dan mampu membimbing saya...saya akui amalan saya x banyak tetapi mendpatkan imam yang mampu membimbing saya dan mujahid mujahidah saya kelak..insyaAllah iman tu akan bertambah lebih lagi...semoga bertemu di syurga Allah...syukran ukhti fatimah....ukhuwah fillah abadan abada

    ReplyDelete
  42. suka dgn usaha yg murni ini :)

    ReplyDelete
  43. assalamualikum kak fatimah syarha ...

    saya nak tanya, ada seorang laki kata nya serius dgn saya n dia pun saya nmpak baik agama dan akhlaknya n then dia pernah sekali dtg rumah sy sebab saya nk dia kenal dgn parents saya..sebelum saya terima dia , saya ada buat solat istikharah , hati saya tenang sangat walaupun saya tak kenal dia dngn lebih rapat ,
    adakah dia diciptakan untuk saya ??

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum Ustazah FS,
    Saya baru dapat tahu melalui twitter tentang Ustazah, dan bilamana saya melihat video Fitrah Wanita Anggun, saya tertarik dan menitiskan airmata kesyukuran kerana Allah dorong hati saya untuk melihat & mendengar ceramah Ustazah. Saya rasa sebagai isteri terpanggil untuk buat yang lebih baik kepada suami dan keluarga. Kerana itu saya ucapkan syukur kepada Allah kerana dipertemukan dgn cara begini, malah saya tidak pernah mengenali siapa ustazah dan tidak pernah tahu yg ustazah berkarya menghasilkan novel untuk berkongsi hasil karya ustazah. Syukran jazakillahhukhairan!

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum...saye bekerja Di qatar, Doha....saye selalu mendengar ceramah ustazah dari U tube...saye ingin sekali jadi seorang isteri n seorang ibu... tapi bukan senang nak cari seorang lelaki yang betul2 bertanggungjawab....dan saye ingin sekali bercinta selepas kawen....tapi tak salah kan saye dah pikir pasal kawen pada usia 21 tahun? sebab ramai orang kate saye masih mude...tak perlu pikir lagi..

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum.. saya ingin bertanya bolehkah saya berkongsikan segala karya penulisan saudari di blog saya?.. saya sangat tertarik dengan hasil penulisan saudari yang dapat membawa kebaikan kepada orang lain.. kalau boleh tolong emelkan kepada saya kerana saya tidak selalu online.. terima kasih..
    emel saya di shahrulizuan92@gmail.com

    ReplyDelete
  47. assalamulaikum..subahanaAllah ana sgt mengemari karya dan ceramah -ceramah daripada ustazah dan ustaz . Ana doakan semoga ustazah dan ustaz diberikan kesihatan tubuh badan untuk meneruskan dakwah ini..bersama memperjuangkan islam ..

    ReplyDelete
  48. salam ustazah masih dibuka tawaran ini? saya benar2 mencari jodoh..

    ReplyDelete
  49. salam ustazah masih dibuka lagi ke tawaran ini? saya benar2 mencari jodoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum. Sy pun benar2 mencari jodoh. Email saya hussinchemid@yahoo.com.my

      Delete
  50. assalamualaikum...ustazah,..sya nak tanya....tawaran di atas masih valid lagi atau tidak yer..

    ReplyDelete
  51. salam akak,saya ada memetik sdikit kata2 akak ke dalam blog sya,mntak dihalalkan juga ye :)

    ReplyDelete
  52. As salam =) klu keja kerani boleh ke ustazah?

    ReplyDelete
  53. assalam ustazah..

    adakah tawaran ini masih dibuka?

    saya sedang mencari jodoh. jika tawaran ini masih dibuka, Alhamdulillah..

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions