Tuesday, 20 September 2011

Tokoh yang kukagumi Asy-Syahid Imam Hassan al-Banna cukup jelas bahawa menyatukan pandangan dalam perkara cabang adalah suatu yang mustahil kerana khilaf itu lumrah. Antara slogan yang di bawa oleh tokoh ini ialah “Kami inginkan penyatuan saf (barisan), bukan menyatukan pendapat (pandangan)”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 153 Abdus Salam bin Salim bin Raja as-Suhaimi). Sama-samalah saling meraikan, saling menghormati pandangan dan usah cepat menghukum orang dengan kebatilan.

INFO FIQH


Hukum Asal dan Perubahannya.

Hukum asal poligami yang dipegang oleh jumhur ulama ialah harus. Syeikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i pernah ditanya tentang hukum poligami, apakah sunnah? Beliau menjawab: “Bukan sunnah, akan tetapi hukumnya jaiz (boleh)“.
Hukum Poligami Dalam Fiqah Syafi'e

Mengikut Kitab al-Fiqhul Manhaji, Kitab Fiqh Mazhab Syafie menerangkan bahawa
hukum asal poligami adalah harus (bukannya sunnah). Namun, hukum asal poligami boleh berubah menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami, sebagaimana berikut:

a. Makruh-Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambahkan keseronokan semata-mata dan dia meragui syak kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Ini disebabkan oleh perkahwinan itu boleh memberikan kemudaratan kepada isteri-isterinya. Sabda Nabi SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.” Jika dilaksanakan, akad nikahnya adalah sah namun ia tidak disukai oleh Allah SWT.

b. Sunat-Apabila seseorang lelaki memerlukan isteri yang lain, contohnya beliau tidak cukup dengan beristeri satu atau isteri pertamanya sakit atau mandul sedangkan beliau amat mengkehendaki anak dan dia berasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika itu adalah sunat.

c. Haram-Jika seseorang lelaki yang ingin berpoligami merasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isterinya mungkin disebabkan oleh kemiskinan atau kerana kelemahannya atau dirinya tidak yakin dia dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum poligami ketika itu ialah haram kerana ia akan memberi mudarat kepada orang lain. Pelakunya adalah berdosa meskipun akad nikahnya dikira sah.
Sabda Nabi SAW: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.”

Impak Hukum Asal Kepada Sesuatu Tindakan

            Menegakkan hukum Allah atau syariat Allah ialah dari segi asal hukum:
meletakkan perkara wajib pada kedudukan wajib,
meletakkan perkara sunnah pada kedudukan sunnah,
meletakkan perkara harus pada kedudukan harus,
meletakkan perkara makruh pada kedudukan makruh,
meletakkan perkara haram pada kedudukan haram.
Sesuatu yang perlu kita ketahui:
 Apakah kepentingan hukum asal sehingga ulama perlu menetapkannya?  Apa bezanya kalau ulama meletakkan hukum asal pogami itu sebagai sunnah disebabkan hukum sunnah juga boleh berubah mengikut individu? Apa bezanya hukum asal poligami sebagai harus atau sebagai sunnah?
Hukum asal poligami adalah harus menurut jumhur ulama'. Ulama bermati-matian mengkaji cabang ilmu Usul Fiqh untuk mengeluarkan hukum asal ini.

Hukum Harus
Hukum harus ini adalah suatu hukum yang elastik atau melentur. Ulama biasanya tidak suka berlebih-lebihan bahkan berhati-hati dalam perkara harus. Mereka sentiasa menyedari bahawa hak mengharamkan atau menghalalkan sesuatu adalah hak mutlak Allah SWT. Tidak boleh sewenang-wenangnya mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram melibatkan perkara harus.
Apapun, hukum harus ini sejak awal bersifat boleh berubah, terbuka kepada pilihan, terbuka kepada pandangan ulama dan pemerintah sama ada untuk dilaksanakan atau tidak, sama ada untuk diberatkan atau diringankan, sama ada untuk diharamkan dengan pengharaman yang bersifat sementara atau diharuskan dengan syarat-syaratnya. Ia bergantung kepada mana yang lebih banyak mendatangkan maslahat. Ini semua perlukan ijtihad ulama dan pandangan pemerintah.
Contoh-contoh yang banyak dapat dikutip pada zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab. Beliau pernah melarang rakyatnya menyembelih haiwan dalam satu tempoh waktu atas maslahah perlu memastikan haiwan itu tidak kehabisan. Haiwan itu diberi peluang mengawan dan membiak. Tindakan ini tidak dianggap mengharamkan yang halal kerana pengharamannya bersifat sementara, tidak abadi.

Hukum Sunnah
Hukum sunnah sebagai hukum asal pula, sejak awal bersifat digalakkan, dianjurkan dan pemerintah tidak patut menghalang sunnah secara umumnya. Sesuatu perkara yang hukum asalnya sunnah perlu diperjuangkan dan dimuliakan daripada luput dek zaman.
Hanya sebahagian kecil ulama menganggap hukum asal poligami adalah sunnah. Bagi mereka, poligami itu lebih asal berbanding menikahi satu. Pandangan ini antara lain menyebabkan sebahagian mereka menghukum bahawa isteri wajib menerima poligami  tanpa apa-apa bantahan. Jika tidak dia dianggap tidak beriman dengan al-Quran, batil, sesat dan sebagainya.
Ini konsep hukum asal bagi perkara harus dan sunnah secara umumnya.  Perbezaan ini menentukan bagaimana pandangan seseorang terhadap sesuatu isu dan bagaimana tindakan seseorang selanjutnya terhadap isu tersebut.
Ada beza yang ketara kan?

Salah faham Terhadap Maksud Poligami itu Sunnah dalam Masyarakat

Merujuk kepada hukum asal poligami daripada fiqah syafi'e dan jumhur ulama seperti Al-Qaradhawi, Wahbah Zuhaili dan lain-lain ini, jelas kepada kita bahawa berlaku salah faham dalam masyarakat. Realitinya, jika disebut poligami itu sunnah dalam masyarakat kita, ia difahami tidak sekadar merujuk kepada perbuatan harus bagi Nabi. Sebaliknya, mereka memahami bahawa poligami suatu galakan agama dan terpuji di sisi Islam.
Sedangkan, poligami yang hukum asalnya harus ini sama seperti perbuatan harus yang lain seperti Nabi bermusafir dengan unta, bukan kereta atau Nabi berinteraksi jarak jauh dengan surat, bukan dengan telefon. Cuma, poligami lebih kompleks perbahasannya kerana ia melibatkan hak orang lain. Hukum harus sebegini bukan suatu pemaksaan agama. Ia terbuka kepada pilihan individu.
Ulama tafsir mengatakan dalam sekian banyak tulisan mereka bahawa poligami itu bukanlah sesuatu yang terpuji dan bukan pula sesuatu yang tercela. Cuma harus.

Akibat Salah Faham Terhadap Hukum Asal Poligami Ialah Penyalahgunaan.
Ramai lelaki (bukan semuanya) yang menganggap poligami itu sunnah (dengan kefahaman ia galakan agama), biasanya akan bersegera, tergesa-gesa dan tetap berusaha melakukannya tanpa pertimbangan yang wajar, malah mencabar lelaki lain dan menggalakkan mereka agar segera berpoligami atau sekurang-kurangnya wajib menanam impian untuk berpoligami.
Minda mereka memotivasikan diri bahawa biar apapun yang terjadi dan biar apapun halangannya, menegakkan sunnah ini adalah baik. Perbincangan dan berfikir panjang dalam soal ini dirasakan tidak perlu. Mereka cenderung mengambil mudah. Inilah yang disebut penyalahgunaan poligami.
Sesuatu yang perlu difikirkan, menambah isteri atau anak tanpa memikirkan kepentingan akhirat mereka, telah diberi teguran oleh Allah SWT. Mereka mungkin boleh menjadi musuh kita di akhirat:
Allah Ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian isteri-isteri dan anak-anak kalian adalah musuh bagi kalian maka berhati-hatilah dari mereka“. (At-Taghabun: 14).
Ramai lelaki yang menganggap poligami itu sunnah juga biasanya (bukan semuanya) tergesa-gesa melakukannya walaupun tidak mampu memenuhi keperluan dan tidak mampu menjaga pendidikan anak dan isteri. Hal ini lebih cenderung kepada kerosakan, penzaliman dan pengabaian. Allah tidak menyukai kerosakan. Allah Ta’ala berfirman:
وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ
Hendaklah mereka yang belum mampu untuk menikah menjaga kehormatan dirinya hingga Allah mencukupkan mereka dengan keutamaan dari-Nya” . (An-Nur: 33)
(Dinukil dari “Fiqh Ta’addud Az Zawjaat”, hal. 5)

Walaubagaimanapun, demi kesatuan ummat ini, lebih bijak jika kita mengambil sikap meraikan saja pendapat golongan yang bertentangan dalam isu sensitif seumpama ini. Usah diperbedat-debatkan dengan mereka. Takut makin parahlah perpecahan ummat. Dalam masa yang sama, kita berhak mengkaji dan membuat pilihan. Serta kita berbahagia meneguk keadilan dan kejernihan fikrah para ulama' muktabar yang lebih pertengahan. Semuanya dalam daerah pahala, samada betul atau salah, bukan antara hak dan batil.

Biarlah mereka membuat pilihan,
tenanglah dengan pilihan kita,
apa yang penting...
kita tidak menanggung pilihan mereka,
dan kita bahagia dengan pilihan kita,
teruskan sayangku,
sebarkanlah bahagia...

Poligami Dalam Keadilan Salaf

Ibnu Abi Syaibah Rahimahullah berkata dalam “Al-Mushannaf” (4/387): Telah menceritakan kepada kami Abu Dawud Al-Thayalisi dari Harun bin Ibrahim ia berkata: Aku mendengar Muhammad berkata terhadap seseorang yang memiliki dua isteri: “Dibenci ia berwuduk hanya di rumah salah seorang isterinya sementara di rumah isteri yang lain ia tidak pernah melakukannya.” (Atsar ini sahih).
Selanjutnya beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Jarir dari Mughirah dari Abi Muasyir dari Ibrahim tentang seseorang yang mengumpulkan beberapa isteri : “Mereka menyamakan di antara isteri-isterinya sampai pun sisa gandum dan makanan yang tidak dapat lagi ditakar/ditimbang (kerana sedikitnya) maka mereka tetap membahagikannya tangan pertangan“. (Atsar ini sahih dan Abu Muasyir adalah Ziyad bin Kulaib, seorang yang tsiqah).
Reactions:

Tagged:

11 comments:

  1. salam ustazah.. saya ada bagi link ni kat seorang ustaz yang kata poligami itu sunnah...
    dia jawab... ustazah sekarang tak cukup ilmu dan tak layak...

    bnda khilaf tak nak panjangkan.. huhuhu..

    "ana tgk tulisan FS mcm bias, sebanrnya masalah sbeenr bukan malaah harus atau sunat, tp enakmen yg terlampu ketat dan bid'ah :))"

    ReplyDelete
  2. wsalam wbt.
    orang yang 'kekurangan hujah' memang suka menghukum dan melabel instead of berbincang dengan ilmiah...

    Semua orang boleh bias termasuklah ustaz tu.
    Orang yang paling kurang risiko bias ialah para ulama kerana mereka golongan yang paling takut kepada Allah.
    Rujuk surah Fatir: 28.

    Jika ustaz tu terus mengasak adik dengan 'hujah-hujah' yang layak dipertikaikan...
    adik kena rujuk sendiri buku ulama seperti CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN, karangan al-Qaradhawi atau Fathul Bari, Ibnul Hajar al-Asqalaani dll...

    Jika dia kata ulama tu semua 'bias', katakan padanya..."mungkin ustaz sorang saja yang tak bias dan maksum pada zaman ni ;)"

    Apapun, jangan lupa...
    tetap hormatinya sebagai ustaz adik.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enakmen yang terlampau ketat sangat 'rasional' dengan kedudukan asal poligami yang cuma 'harus' atau 'rukhsah' dan dekat kepada berbuat aniaya...

      orang yang tak faham kedudukan asal poligami (menganggapnya sunnah dan galakan agama) cepat menuduh enakmen ini bidaah. Lalu mengambil mudah dan mengakibatkan kehancuran keluarga sedia ada dan keluarga yang baru dibina. Inilah masalah sebenar :)

      Jika sudi, bacalah buku SEBARKAN CINTA-MU untuk lebih jelas terhadap perbincangan para ulama muktabar dalam masalah poligami...

      Delete
    2. wondering jika rasional tu di tanya nanti oleh Allah.. Allah.. Allah..

      Delete
  3. Assalamualaikum...ustazah sy nk bertnye...
    Apa hukum nyer apbila seorg lelaki ini ingin bernikah lbih dri 1....dye mmpunyai 3 calon yg mhu dijadikan isteri.Dye mahu mengambil ketiga2 nyer utk dijadikan isteri tp dlm wak2 yg berbeza shaja..
    Tp dye x lg bernikah....ngn yg ane2 pown
    Dye meletakkn syrat pda stiap calon nyer bhawa dye ingin bernikah 3...
    Katanya ia ingin mengikut sunnah...
    Apa yg harus dilakukan ustazah????
    Jasa baik ustazah amat dihargai :):)

    ReplyDelete
  4. hukum poligami adalah harus..tapi jika isteri kepada lelaki tersebut menentang dan tidak suka kepada poligami apa hukum nya ustazah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf jika menyampuk . sebenarnya sya ingin menjawab nyer . tapi sya takut jikalau jawapan sya salah . kalau anda ngin jawapan . anda boleh baca di nove sebarkan cinta-MU krya ustzh fatimah syarha . di situ mungkin anda boleh mendapat jawapan nye

      Delete
  5. Assalamualaikum ustazah.. Saya cetek dalam ilmu agama,namun saya suka membaca buku atau blog2 yang saya rasakan boleh menigkatkan kefahaman saya terhadap permasalahan agama dan panduan dalam menjalani kehidupan di dunia dan bekal diakhirat. Dalam pencarian saya mengenai poligami,saya menemui blog ini http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2012/03/ketika-suami-menikah-lagi.html yang seperti mengajak wanita menggalakkan poligami. Hujah-hujah yang dinyatakan amat umum dan tidak disertakan bukti hadis yang kukuh dan sebagainya. Namun begitu penulisannya amat menarik. Saya harap ustazah boleh menjenguk ke blog tersebut dan memberikan komen. terima Kasih..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Ustazah, boleh tak tolong perjelaskan lebih lanjut tentang hukum asal poligami adalah harus namun tak digalakkan seperti yang ustazah nyatakan dalam novel sebarkan cinta-Mu? -rohimah-

    ReplyDelete
  7. Poligami ada syaratnya bila mau ikuti sunnah Nabi

    Poligami Rasulullah

    Setelah tiga tahun menduda dan menguruskan kehidupan sendirian, Rasulullah s.a.w. akhirnya mengahwini Sawdah binti Zam'ah.
    Jadi Rasullah berpoligami setelah kematian Istrinya Khadijah dan berumur 51 tahun

    http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/2012/03/poligami-rasulullah-bukan-sunnah-untuk.html

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum , ustazah . Saya keliru sama ada hukum poligami itu sunnah atau harus ? Boleh ustazah terangkan kepada saya dengan lebih mendalam ?

    ReplyDelete