Lebih Rela Menjadi Fatimah

Saturday, 20 August 2011

Kasih seorang ayah jelas terpancar dengan ungkapannya, "Fatimah sebahagian daripadaku. Siapa yang menyakitinya beerti menyakitiku." (HR Bukhari).
 Bersyukurlah Abi Haura' dan Thorfina mencontohi kewibaan Rasulullah SAW dalam mencintai puteri-puteri baginda.


Bibirmu terkunci,
Senyummu terpaksa,
Demi maruah suami,
Kau diamkan segala.

Tangismu hiba di malam gelita,
Batinmu mengadu pada Yang Esa.
Kau tak mahu mengaibkan sesiapa,
Agar orang melihat tiada apa-apa.

Meskipun rahsiamu kemas tersimpan,
Allah tak rela kau menangis sendirian,
Kisah keluarga Nabi, Allah dedahkan,
Sebagai tauladan sepanjang zaman.

Konflik para isteri Nabi menjelaskan,
Betapa perit mengurus kecemburuan,
Walaupun oleh wanita paling beriman,
Apatah lagi dirimu wanita akhir zaman.

Terima-kasih buatmu Nabi,
Atas kebaikan cara, kemuliaan tujuan,
Atas kelembutan dan keadilan,
Wujudkah lelaki kini sebaik Nabi?

Aku belajar dari kepahitan mereka,
Bukan memilih kepahitan untuk belajar,
Terima-kasih Tuhanku tidak memaksa,
Menjaga agamaku daripada tercalar.

Pernikahan bukan medan percaturan,
Poligami bukan cuba-cubaan,
Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
Hanya rukhsah ketika tiada jalan.

Syarat ta’liqku kukuh terpateri,
Kerana tiada lelaki sebaik Nabi,
Dan aku tak akan sebaik Aisyah,
Aku lebih rela menjadi Fatimah.

Fatimah Syarha Mohd Noordin

17 comments:

  1. subhanallah..indahnya puitis ini ustazah.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, kak ha.

    kenapa ni..? entri2 kak ha kebelakangan ni macam ada sesuatu :) moga Allah tabahkan muslimah yg menjadi inspirasi buat kak ha menulis, Allahumma ameen3x

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbt. Kak ha specialize dalam bidang Fiqh wanita dan kekeluargaan. Maka, isu-isu gender, nikah kahwin, cerai rujuk, suami isteri semuanya bidang yang kak ha tekuni. Jadi, kak ha selesa menulis apa yang kak ha tahu. Tesis Master kak ha tentang isu-isu gender.

    ReplyDelete
  4. Inspirasi itu datang daripada tesis itu sendiri. Bukan daripada masalah sesiapa. Menjelaskan ilmu kepada masyarakat dalam bentuk kreatif.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan buat ustazah! Tesis yang digubah dalam bentuk kreatif lebih mudah difahami dan dapat dihayati dengan penuh makna oleh semua..dan saya amat meminati karya-karya ustazah ^_^

    Ustazah, setelah saya membaca semua penulisan ustazah di sini yang berkenaan isu poligami saya ada beberapa kemusykilan.. Saya tidak pasti adakah benar atau tidak apa yang saya faham. Harap dengan berdiskusi di sini dapat merungkaikan serba sedikit kekeliruan saya..insya Allah ^_^

    Berkenaan kenyataan "poligami itu harus" dan "poligami itu cuma rukhsah, tidak digalakkan" dan juga bait ayat: "Tanpa keperluan ia bukan pilihan,
    Hanya rukhsah ketika tiada jalan".

    Kemusykilan saya ialah:
    1. Apakah hukumnya jika poligami dilaksanakan tanpa keperluan dan tiada sebab yang membolehkan rukhsah?
    2. Apakah sebab yang membolehkan rukhsah poligami?
    3. Jika ia hanya rukhsah, adakah kenyataan "poligami itu harus" hanya valid ketika wujudnya rukhsah?

    Terima kasih.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Mengikut Kitab al-Fiqhul Manhaji, Kitab Fiqh Mazhab Syafie menerangkan bahawa,
    hukum asal poligami adalah harus dan dibolehkan.

    Namun, hukum asal poligami boleh berubah menjadi sunat, makruh ataupun haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang mahu berpoligami, sebagaimana berikut:

    a. Makruh-Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya bagi menambahkan keseronokan semata-mata, dan dia meragui syak kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Ini disebabkan oleh perkahwinan itu boleh memberikan kemudaratan kepada isteri-isterinya. Sabda Nabi SAW: “Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.” Jika dilaksanakan, akad nikahnya adalah sah namun ia tidak disukai oleh Allah SWT.

    b. Sunat-Apabila seseorang lelaki sangat memerlukan isteri yang lain, contohnya isteri pertamanya sakit ataupun mandul sedangkan beliau amat mengkehendaki anak dan dia berasa yakin mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika itu adalah sunat.

    c. Haram-Sekiranya seseorang lelaki yang mahu berpoligami berasa zhan atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isterinya, mungkin disebabkan oleh kemiskinan ataupun kerana kelemahannya ataupun dirinya tidak yakin dia dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya. Hukum poligami ketika itu adalah haram kerana ia akan memberi mudarat kepada orang lain. Pelakunya adalah berdosa meskipun akad nikahnya dikira sah.
    Sabda Nabi SAW: “Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan.”

    ReplyDelete
  7. Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, poligami ditegah kecuali betul2 ada keperluan. Undang-undang ini mengambil asal hukum dari jumhur ulama. Sebab tu prosedurnya agak susah, kena turun naik mahkamah dulu.

    ReplyDelete
  8. Ok, dah faham.. Terima kasih ustazah ^_^

    ReplyDelete
  9. sy tersenyum senyum sendiri...


    p/s:nama sy juga fatimah...^^

    syg k.ha.. ^__^

    dulu sy pernah bergambar dgn k.ha time hari sambutan 20dekad matri :)

    ReplyDelete
  10. jeleSnye leh jUmpa kak ha-->maCam mana kaLaU di CampUs kiteOrang nak panggiL akak untUk apa2 event..::di keDah nih..agak jaUh dari tempat akak..bLeh akak bg taU mCm mana..::jeLes la campUs lain akak pegi<---

    ReplyDelete
  11. Tiada yang special pun jumpa kak ha, dik. Kak ha insan biasa je. bukankah lebih special jumpa 'fikrah' kak ha di sini. Kak ha sukakan 'fikrah' al-Qaradhawi dan ulama'-ulama' yang seangkatan dengannya dalam manhaj pertengahan. apapun, fikrah selain mereka juga turut diraikan.

    ReplyDelete
  12. mohon share di blog saya ya ustazah :)

    ReplyDelete
  13. Salam ustazah, syarat ta'liq juga menjadi pilihan saya dgn suami 7 tahun yang lalu :) alhamdulillah, bahagia dgn pilihan2 yg Islam hamparkan untuk umatnya khususnya para muslimat :) terasa bahagia dgn nikmat ketenangan dlm berumahtangga yg Allah janjikan, moga ianya berkekalan dan syurgalah sebaik-baik ganjaran..

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions