Kenapa Pandangan Kita Berbeza?

Monday, 29 August 2011

INFO FIQH PEMBAHAGIAN IKHTILAF
Pembahagian ikhtilaf menurut Yusuf al-Qaradhawi[1]
IKHTILAF PUNCANYA SIKAP
IKHTILAF PUNCANYA PEMIKIRAN
Merasai diri hebat
Takjub dengan pandangan sendiri
Prejudis terhadap orang lain
Suka menunding jari menuduh kesilapan orang lain
Bersikap materialistik
Mengikut hawa nafsu
Tamak haloba
Mengejar pangkat dan darjat
Fanatik terhadap mazhab, kumpulan, kenegerian, kumpulan, jemaah, ketua.
Pengamatan dan persepsi yang berbeza samada terhadap teori akidah atau permasalahan fiqh
Strategi politik berbeza


Pembahagian ikhtilaf menurut Al-Alwani[2]
IKHTILAF DORONGAN HAWA NAFSU (TERCELA)
IKHTILAF DORONGAN KEBENARAN
(TERPUJI)
IKHTILAF YANG KADANGKALA TERPUJI DAN TERCELA
Takjub dengan pandangan sendiri
Taksub kepada individu, mazhab atau kumpulan
Melihat orang lain sentiasa salah
Ikhtilaf antara pendokong iman dan penegak kekufuran
(Ikhtilaf ini wajib namun jangan sampai menghalang daripada berbuat dakwah kepada mereka)
Furu’ fiqhiyyah
(Asalnya baik tetapi jika tidak diuruskan dengan baik,  ia boleh membawa kepada penyelewengan hawa nafsu, taksub dan prasangka)

Pembahagian ikhtilaf menurut Abdul Karim Zaidan[3]
IKHTILAF YANG TERCELA (MAZMUM)
IKHTILAF YANG TERPUJI (MAMDUH)
IKHTILAF YANG DIIZINKAN DAN DITERIMA (MAQBUL)
Ikhtilaf yang membawa kekufuran
Khilaf ahli bid’ah
Khilaf pengikut hawa nafsu
Khilaf dalam permasalahan fiqh yang tidak diuruskan dengan betul hingga membawa kepada perpecahan
Ikhtilaf orang Islam dengan  orang kafir
Ikhtilaf dengan kepercayaan tahyul, ibadat, perayaan, tradisi dan adat-adat jahiliyah
Perselisihan para mujtahid, fuqaha’, mufti, hakim dan ulama dalam perkara-perkara agama. Ia berlaku sejak zaman Rasulullah SAW lagi.


           



[1] Al-Qaradhawi, al-Sahwat al-Islamiyyah bayna al-ikhtilaf al-Masyru’ wa al-ikhtilaf al-Mazmum, Fiqh al-Ikhtilaf, 1989.
[2] Al-Alwani, Taha, Jabir, Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam, 1987.
[3] Abdul Karim Zaidan, al-Khilaf fi al-Syariat al-Islamiyyah, (t.t).

7 comments:

  1. Iktilaf & Kilaf dua perkataan yang berbezakan kak ha?

    nak tanya akak...kalau benda yang khilaf, boleh kita kerjakan walaupun sekirannya benda tu berbeza pendapat dgn org lain kan? sebab kita berpegagang pendapat yg kita yakini.

    ReplyDelete
  2. Ikhtilaf dan khilaf, beza pada penggunaan suku kata. Maksud lebih kurang sama. Ikhtilaf agak spesifik dan khilaf lebih umum.

    Ikhtilaf dalam bahasa arab membawa maksud : tidak sependapat atas sesuatu perkara. Dalam ertikata lain setiap orang mengambil yang berbeza samada dalam perkataan maupun pendapat.

    Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama. Oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. Sementara Khilaf ialah pertentangan atau berlawanan. Maka ia memberi makna sama dengan ikhtilaf walaupun maknanya lebih umum.

    ReplyDelete
  3. PERKARA YANG MENJADI PERHATIAN PENULIS DALAM BIDANG FIQH

    Berpegang kepada prinsip bahawa setiap perbezaan di dalam hukum fiqh selagi mana berlandaskan hujah dan dalil yang benar, ia berada dalam daerah pahala, sama ada betul atau salah, sama ada mendapat satu atau dua pahala, sebagai mana yang dijelaskan Rasul. Justeru, setiap pendapat wajar dihormati.

    Menyelongkar perbincangan dalil oleh keempat-empat mazhab fiqh yang unggul, iaitu mazhab al-Syafi’e, Maliki, Hanafi dan Hambali sebagai mana kaedah yang diambil oleh golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah (bukan Syi’ah) .

    Memanfaatkan perbincangan kepada dalil-dalil tersebut oleh ulama-ulama muktabar kontemporari dalam fiqh perbandingan.

    Meraikan Fiqh Waqi’ (Fiqh Realiti) untuk berpegang dengan mazhab tertentu agar memudahkan amalan seharian terutamanya dalam perkara yang setiap pendapat mempunyai dalil dan hujah yang sama-sama kuat seperti menentukan waktu solat.

    Mengakui bahawa mazhab pegangan penulis iaitu mazhab al-Syafi’e kadangkala tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah bergantung kepada keadaan, iklim, geografi dan sebagainya. Oleh itu, penulis bersikap terbuka kepada pandangan mazhab-mazhab lain pada perkara-perkara yang mereka memiliki dalil yang lebih sahih. Kekuatan dalil dan hujah menjadi pilihan sebagaimana pilihan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tanpa mencela para tokohnya semata-mata kerana mendaulatkan al-Qur’an dan al-Sunnah pada kedudukan paling tinggi.

    Bersetuju dengan golongan yang mengatakan setiap perbuatan talfiq (beramal dengan pelbagai mazhab) yang membawa kepada perungkaian ikatan dan keutuhan syarak (dengan membawa kepada perbuatan haram dan mempermainkan agama) adalah haram. Manakala, jika talfiq itu membawa kepada pengukuhan pengamalan syarak dengan mempermudahkan mukallaf (orang yang menanggung tanggung jawab hukum) untuk beramal dan menjaga maslahatnya dalam muamalat di bawah naungan hukum syarak, maka hukumnya harus.

    Menghayati satu kaedah syarak berbunyi, perubahan hukum boleh berlaku mengikut perubahan waktu dan tempat. Perbezaannya hanya pada adat perlaksanaan bukan pada syariat. Ia mengikut situasi, peristiwa dan suasana yang berbeza.

    Menghayati prinsip yang terkandung dalam Surah al-Baqarah: ayat 185 yang bermaksud, “Allah mahukan kemudahan bagi kamu dan tidak mahu kesukaran bagimu.”

    Memerhatikan rukhsah (keringanan yang mengharuskan perbuatan haram dalam situasi tertentu) tanpa menjejaskan hukum asal dalam situasi biasa (iaitu situasi yang tidak memerlukan keringanan).

    Memerhatikan perkara darurat seperti dalam kaedah syarak yang menyebut, darurat mengharuskan perkara-perkara yang diharamkan.

    Menjauhi kecenderungan hawa nafsu atau niat mempermain-mainkan hukum syarak. Mementingkan sikap berhati-hati dan mengkaji.

    Berhemah dan memberi penjelasan dengan hikmah (bukan menghukum) terhadap golongan yang taksub dengan segelintir ajaran-ajaran tradisi, yang berpegang buta tanpa mengkaji terhadap ijtihad peribadi tok guru mereka, yang tidak mahu menerima khilaf , yang cepat menolak pandangan orang lain tanpa mengkaji dengan adil, dan yang menolak mentah-mentah segala perbincangan ilmiah dan perbahasan fiqh.

    Sentiasa bersama dengan golongan yang cintakan kebenaran, mencari kebenaran, memperjuangkan kebenaran, belapang dada, berfikiran terbuka, mencintai syariat, mahu bertanya, mahu berfikir, mahu mengkaji dan mahu beramal dengan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

    ReplyDelete
  4. Salam, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. Izinkan saya share di blog saya yer....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ustazah yang Allah redhai insya Allah :)..

    Ustazah, ana nk tanya satu soalan, apakah salah jika ana menyukai seorang lelaki yang bergelar ustaz? Jika boleh, apa yang perlu ana lakukan? syukran ^^

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions