Nota Ringkas Tentang Dandanan (Tabarruj)

Thursday, 28 July 2011

Ya Allah, kasihani dia dan kasihani kami dari murka-Mu. Kasih sayang-Mu jauh lebih luas daripada kemurkaan-Mu.
Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi
Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi di dalam bukunya Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi telah memuatkan gagasan besar Prof. Syeikh. Dr. Yusuf al-Qaradhawi tentang tema penting yang berserakan dalam berbagai buku, ceramah, khutbah, fatwa, tesis dan disertasi beliau.
Pandangan tentang Islam dan wanita disampaikan ke tengah-tengah masyarakat dengan pandangan yang moderat dan komprehensif, jauh dari sikap fanatik yang membabi-buta. Beliau berusaha menyeimbangkan antara ketetapan syariat Islam dengan perubahan zaman, mempertahankan hal-hal lama yang bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang maslahat.
Tabarruj Dalam Fiqih al-Qaradhawi
                Firman Allah SWT yang bermaksud: “…dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliah dahulu.” (Al-Ahzab: 33).
                Akhlak wanita muslimah berbeza dengan wanita bukan muslimah atau wanita pada masa sebelum Islam. Wanita muslimah mempunyai akhlak menjaga diri, menjaga kehormatan, dan mempunyai rasa malu. (Akhlak lelaki muslim juga seharusnya begini). Sebaliknya akhlak wanita non-muslimah dan wanita jahiliah berdandan tanpa batas dan tanpa aturan moral.
                Erti berdandan di sini ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
                Ilustrasi  makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  • 1.       Bercampur dengan lelaki
  • 2.       Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  • 3.       Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.
Wanita-wanita pada zaman ini ramai yang melakukan tabarruj ini sama dengan wanita-wanita jahiliah pertama dahulu sebelum datangnya Islam.
Tabarruj Pada Pandangan Ulama-ulama Lain
                Tabarruj pada pandangan ulama-ulama yang lain pula ialah:
Syeikh Az-Zamakhsyari: Hakikat tabarruj ialah sengaja menampakkan apa yang seharusnya ditutup. Untuk wanita, yang dimaksud tabarruj wanita ialah wanita yang menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahram.
Mujahid: Maksud tabarruj ialah, “Wanita yang keluar dari rumahnya berjalan di tengah kumpulan lelaki.”
Qatadah: Yang dimaksudkan dengan tabarruj ialah, “Jalan berlenggang-lenggok dan genit.”
Muqatil: “Tabarruj ertinya mengenakan  tudung penutup kepala tetapi tidak merapatkannya sehingga menampakkan kalungnya, anting-antingnya dan lehernya.”
Agar Tidak Disebut Tabarruj Jahiliah Yang Pertama
                Agar tidak disebut wanita mutabarrijah (wanita yang bertabarruj), wanita muslimah hendaklah melakukan hal-hal di bawah ini:
  • a)     Menundukkan pandangan. (Lelaki juga harus begini). Firman Allah SWT, “Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur: 31).
  • b)      Tidak bergaul dengan lelaki layaknya satu jenis, sebagaimana yang terlihat di filem-filem, di university, tempat-tempat pertemuan dan kenderaan-kenderaan umum pada masa sekarang.
  • c)       Pakaian yang dkenakan sesuai dengan syariat Islam iaitu:
a.       Menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
b.      Tidak nipis atau pendek sehingga menampakkan kulit di balik pakaian.
c.       Tidak ketat-walaupun ianya tebal-sehingga menampakkan lekuk-lekuk tubuhnya, sebagaimana yang dikenakan wanita-wanita Barat saat ini. Pakaian mereka tidaklah nipis tetapi ketat sehingga menampakkan hamper semua bahagian tubuh mereka. Seakan mereka telanjang bulat. Pakaian seumpama ini lebih menimbulkan fitnah daripada pakaian yang nipis dan pendek.
d.      Tidak mengenakan baju dan celana lelaki seperti yang suka dilakukan oleh wanita zaman sekarang. Rasulullah melaknat lelaki dan wanita yang menyerupai lawan jenisnya.
e.      Tidak mengenakan pakaian khusus orang-orang kafir, Yahudi dan penyembah patung.
  • d)      Hendaklah menjaga kewibawaannya, tenang dalam berjalan dan bersahaja dalam berbicara. Tidak dengan ‘sengaja’ menarik perhatian kaum lelaki dengan minyak wangi atau (sengaja melunak-lunakkan) suara. Wanita pada zaman jahiliah suka menarik perhatian lelaki dengan membunyikan gelang kaki yang dipakainya. Perbuatan ini haram sebagaimana dalam firman-Nya kerana ia membuatkan lelaki gelisah dengan khayalannya. Perbuatan ini juga menunjukkan wanita itu mempunyai niat buruk sengaja memancing ghairah seksual lelaki.



34 comments:

  1. Assalamualaikum, mohon share article ini demi memberi pemahaman kepada semua wanita islam akan erti aurat sebenar. situasi sekarang dilihat amat menyedihkan.terima kasih

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum kak fatimah :) mohon share juga..manfaat bersama..semoga ALLAH memberkatimu ukhti :)

    ReplyDelete
  3. Aslmualaikum wbt kakak..
    Alhamdulillah,sekarang saya lebih jelas berkenaan tabaruj ni =) tapi kan kak,bagaimana dari segi pemakaian make-up dan dari pemilihan warna pakaian.Bolehkah kalau wanita2 muslimah mengenakan pakaian yang cerah dan terang warnanya?Ada juga yang saya lihat seseorang wanita itu berpakaian menutup aurat tetapi mengenakan make-up secara berlebih-lebihan.Mohon akak jelaskan lagi..Maaf sebab terlalu banyak bertanya..>_<

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum??..alhamdulillah....kini saya lebih memahami pasal tabaruj..(^.^)..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh..

    Syukran ukhti, dlm kesibukan ukhti berperanan sebagai isteri, ibu dan pendidik, amsih sempat berkongsi 'ilmu dgn kami disini..Moga Allah memberkati kehidupan ukhti di dunia lebih2 lagi di akhirat sana..

    Ukhti,
    Jika tak memberatkan, sy ingin mencadangkan agar ukhti dapat menyertakan maksud bagi perkataan2 bahasa Arab yg digunakan dlm artikel bagi memudahkan para pembaca dlm memahaminya secara menyelutuh..contohnya dlm artikel kali ini, perkataan 'Wanita Mutabarrijah' mungkin sedikit asing bagi sesetengah individu..

    Syukran ukhti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Assalamu'alaikum, ukhiti..mohon untuk share artikel..barakallah fik..

    ReplyDelete
  7. salam kak ha,ada yg saya tak faham, yg d) tu; tenang dalam berjalan..bagaimana mksudnya?tak brjalan laju atau mcm mana?

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam wbt. apa yang kak ha faham tenang dalam berjalan ialah tidak berjalan secara genit dan melenggang-lenggok. Rujuk makna tabarruj oleh sebahagian ulama tafsir yang merujuk kepada cara berjalan. Berjalan laju tiada masalah kerana Rasulullah SAW sendiri digambarkan berjalan laju bagaikan menuruni bukit. Rujuk balik buku Syamail Muhammadiyah. wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum ustazah, saya sebenarnya dah lama tertanya-tanya fasal ni. saya nak tanya, adakah cara berjalan macam model tu (cat walk), tergolong dalam kalangan mereka yang berjalan secara genit dan berlenggang-lenggok jugak? kalau ya, macamana pula bagi wanita yang memang sejak awal, sejak semulajadi lagi dia memang dah berjalan macam tu? bukan sebab dia buat2 (bahkan dia tidak perasan pun yang gaya berjalannya seakan-akan model), malahan apabila ada ramai yg menegurnya.. dia sudah cuba untuk mengubah cara berjalannya, tapi tetap jugak tak dapat.. masih juga sama..perkara ini sangat mengganggu emosi perempuan tu, sebab ramai yang menegur mengenai cara berjalannya, termasuklah lelaki.. boleh dikatakan hampir semua orang yang mengenalinya mengatakan hal yang sedemikian. bagaimana Islam memandang akan hal ini ustazah? mohon sangat ustazah dapat merungkai persoalan yg menjadi tanda tanya saya sejak sekian lama ni.. segalanya didahului dengan ucapan berbanyak2 terima kasih daripada pihak saya.. ^_^

      Delete
    2. waalaikumussalam wbt. Allah tak menghukum kita apa yang di luar kuasa kita.

      Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalanNya.
      (Al-Isra:84)

      Delete
    3. alhamdulillah.. jazakillahu khoiron jaza' ustazah.. =)

      Delete
  9. terima-kasih atas cadangan bernas Summayyah. Insyallah, ana akan improve.

    ReplyDelete
  10. tentang make up, tiada hukum yang qati'e (pasti) berkenaan dengannya. Dr Yusuf al-Qaradhawi tidak menggalakkan muslimah memakai make up. Pakai make up untuk berhias di dalam rumah tiada masalah.

    Berkenaan warna pakaian, rujuk kaedah syarak menyebut, al-adat muhakkamah. Adat boleh memberi hukum. baju kurung yang berwarna-warni di Mlaysia adalah suatu yang 'biasa'. Maka tiada masalah dengannya. Namun dalam budaya negara Arab, ia mungkin boleh menarik perhatian.

    Pendapat pertengahan dalam soal ini meraikan apa jua fesyen pakaian dalam tradisi budaya yang berbeza-beza. Islam tidak mengongkong fesyen dan warna pakaian, Islam cuma datang menggariskan syarat dan aturan moral dalam berpakaian yang mesti lulus mengikut piawaian syariat. Oleh sebab itulah, Islam sesuai menjadi agama yang a'lami atau sedunia dan tak lapuk dek zaman.wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berjubah hitam dalam kalangan masyarakat berpakaian warna warni mengundang perhatian seperti "pelik" di kalangan masyarakat moden Malaysia, adakah dikira Tabarruj pula ustazah?

      Delete
  11. assalamualaikum ustazah....
    ustazah..saya ade 2 soalan...apa pendapat ustazah bg akhawat yg menutup aurat contohnya bertuduh labuh(bidang 60),berbaju @ blaus labuh tp berseluar....sama ada seluar jeans @ seluar slack...adakah itu dilarang???
    soalan saya yg kedua....
    bg akhawat yg belajar di mesir....biasanya kami memakai baju kurung ke kuliah...dan kebiasaannya baju kurung yg kami pkai tu mmg berwarna warni....perlu ke kami elakkan??

    p/s:maaf ustazah sbb terlalu byk soalan..^.^

    ReplyDelete
  12. waalaikumussalam wbt.

    1. berkenaan wanita berseluar dengan bajunya yang labuh, jujurnya ustazah tidak berani menghukum terhadap pakaian seumpama ini kerana tiada nas yang qat'ie berkaitan dengannya.

    Muslimah yang berseluar seumpama itu mungkin berijtihad bahawa fesyennya berseluar tidak sama dengan fesyen lelaki berseluar. Pakaiannya seumpama itu tidak sama pakaian lelaki. Maka, ia tidak termasuk dalam golongan yang dilaknat sebagaimana sabda Nabi. Samada betul atau salah ijtihadnya, mudah-mudahan Allah memandangnya sebagai seseorang yang ada hujah bukan mengambil mudah.

    2. Ketika ustazah menghadiri satu seminar wanita, seorang pensyarah yang membentangkan kertas kerja berkata, jika dia ke negara Arab, dia akan tetap memakai baju kurungnya kerana orang asing yang memakai baju kebudayaannya dianggap 'biasa', bukannya untuk menarik perhatian. Mudah-mudahan ijtihadnya betul, amin.

    Malah, jika zaman berubah dan cross-cultural (silang budaya) psychology makin difahami oleh masyarakat sedunia seperti yang mungkin berlaku pada hari ini, memakai baju daripada budaya lain dianggap 'biasa'. Asalkan ianya menepati syarat syariat maka hukum asalnya adalah harus.

    Terima-kasih kepada para ulama' yang bermanhaj pertengahan kerana ijtihad mereka benar-benar membuatkan muslimah berasa Islam itu mudah, bukan ekstrim dan bukan mengambil mudah. Mereka menyebarkan bahagia buat kita semua dengan lebih memahamkan kita terhadap apa yang tersirat daripada Al-Quran dan hadis. Mari kita doakan kebaikan buat golongan ulama'. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  13. terima kasih ustazah...jawapan2 ni cukup membantu^.^

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum....asif ya ustazah...apa hukumnya kiter tgk citer korea ya ustazah....

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam wbt.
    Pendapat ustazah yang sederhana...

    Kaedah syarak mengatakan:
    Al-aslu fil asya' al-ibahah.
    (Asal sesuatu perkara ialah HARUS).

    Selagi tiada dalil yang mengharamkan sesuatu maka asal hukum bagi sesuatu ialah HARUS.

    Berkait dengan cerita Korea, jika merujuk kaedah ini ianya adalah HARUS.

    Namun adikku sayang, perkara HARUS ini jika mula melekat di hati dan tidak dipandu dengan petunjuk (Al-Quran dan al-Sunnah) ia boleh menjadi perkara lagho. Perkara lagho banyak bahayanya pada hati.

    Nak tengok cerita Korea boleh, tapi janganlah sampai lewatkan solat fardhu, tinggalkan majlis ilmu yang ada ketika itu,dan sebagainya.

    Sebaik-baiknya jika adik nak tengok juga cerita Korea, adik berbincang dengan kawan adik mana yang syarak dan mana yang tidak syarak dalam cerita itu agar 'keasyikannya' tidak memfitnah hati.Agar adik jelas mana akhlak islami dan mana bukan. Dalam situasi ini, adik telah mengenal jahiliah untuk mematahkan jahiliah itu bukan untuk terpengaruh dengannya.Moga Allah sayang kita!

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum ukhti, mohon dikongsikan artikel ini...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..mohon share..=)

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum ...dik ustazah..bagaimana pula hukum mengenai mencukur kening?bulu roma muka..memakai kasut tumit tinggi.minta pencerahan...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, ukhti.
    Terima kasih atas artikel ni.
    Bagaimana pula dengan wanita-2 yg kini lebih gemar memakai selendang. Jika selendang itu tebal dan labuh menutup dada, adakah dibenarkan.
    Mohon dijawab soalan ana. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak Fatimah Syarha..
    Terima kasih ilmu yg diberi semasa di UKM KL,Forum: Sampaikan Aku Pada Dia..Sangat bermakna kak...Alhamdulillah bnyak ilmu yg saya dapa drpd akak..Terima kasih juga signature akak..saya sayang akak kerana Allah..saya harap dapat belajar banyak untuk menjadi muslimah yg solehah..sya nk topup lg amalan2 saya..akak doakan saya ye ^^..akak mohon singgah blog saya..harap2 akak dpt betulkan apa yg saya silap di blog saya..InsyaAllah...avenueimtiyaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kak fatimah,,sy cme nak tnye tntg satu keadaan,,cth polis wanita,peserta plkn yang diarahkan untuk 'masukkan' tudung kedalam baju,,mcm mne ye kak..? sy musykil sikit tntg nie,,syukran wa jazakallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. rasanya baju polis dan plkn tu bukan jenis membentuk macam baju kurung. jika masukkan tudung ke dalam baju, ia tidak terlalu membentuk rupa perhiassan di dada, maka tak jadi masalah. Bentuk sikit-sikit tu di luar kuasa kita, Islam tak memberatkan apa yang disebut ma zoharo minha (apa yang biasa nampak).

      Delete
  22. terima kasih kak fatimah syarha..semoga ALLAH memberkati akak and sekeluarga..jazakallah..:)

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum usztazah... nk tnye...

    1. mcm yg kita taw, bju2 org pompuan kt pasaran skrng bnyk dihias dgn perhiasan yg dpt menarik perhatian org lain ( mcm manik,labuci dll ). adakah tukang jahit juga turut berdosa jika bju seperti itu menyebabkan timbulnye perasaan riak dan menunjuk2 dlm diri pemakainye?? adakah tukang jahit juga dikira bersubahat??

    2. klu pakai brooch tu dikira tabbaruj ke??? sbab sye tgk skrng design2 brooch sumanya nmpk cam over...

    ReplyDelete
  24. salam hormat.Terima-kasih atas soalan yang sangat baik daripada insan yang baik, amin. :)

    Al-Imam Ibnu Taimiyah ketika menghuraikan maksud 'libasu syuhrah' (pakaian untuk tujuan menunjuk) tidak hanya mengkategorikan 'baju cantik-cantik' sebagai pakaian yang boleh jadi dipakai untuk menunjuk-nunjuk.

    bahkan 'baju lusuh dan pudar serta tidak menarik' jika dipakai atas tujuan nak menunjuk zuhud juga termasuk 'pakaian untuk menunjuk'.

    Maka, 'maksud menarik perhatian orang' itu sangat SUBJEKTIF bukan?
    Maksud itu hanya diketahui oleh NIAT si pemakai, bukan oleh insan di luar yang melihatnya. Ia soal hati. Sebagai mana kita tak boleh menghukum seseorang itu sedang riyak, ujub, takbur dan sebagainya. Kita hanya boleh bagi peringatan tanpa melabelnya begitu.

    Manik, labuci dan sebagainya...dalil mana yang mengharamkannya? Adakah dalil 'tabarruj'? Cuba kaji sekali lagi maksud tabarruj oleh al-Qaradhawi.
    "Mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup". Ini maksud tabarruj. Manik dan labuci tidak termasuk dalam taarif ini.

    Apabila tiada dalil yang mengharamkannya, kita kembali pada kaedah, asal sesuatu adalah harus. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Allah jadikan semua yang ada di langit dan di bumi sebagai satu KEMUDAHAN bagimu.

    Islam tidak mengongkong kreativiti tukang jahit. Jahitlah baju bagaimana sekalipun. Ramai isteri perlukan baju seksi untuk dipakai di hadapan suaminya. Ramai isteri perlukan baju bermanik dan berlabuci untuk menyedapkan pandangan suaminya.

    Jika ada yang menyalahguna untuk membuka aurat, maka dosa itu adalah dosa si pemakai. bukan dosa tukang jahit. Seseorang tidak menanggung dosa orang lain.

    Saya tidak menjumpai sebarang dalil yang mengharamkan brooch. Ia harus dipakai.

    sebagai wanita muslimah, kita 'BEBAS' memakai apa saja pakaian yang menutup aurat tanpa perlu terikat sangat dengan 'nanti apa kata orang...'(kata orang penting juga jika ia berlandaskan ilmu yang benar).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,ustazah terima kasih ataa penerangan du atas..sgt2 berguna utk saya.. :)

      Delete
  25. Assalamualaik... alhamdulillah, pencerahan minda yang baik dari ustazah. Saya ada soalan, harap ustazah yang lebih arif jawab. Saya rasa alhamdulillah setakat ini aurat dijaga dengan baik, dari segi cara pakaian, warna, berhias, tidak terlalu menarik perhatian. Namun, apa yang saya ingin satu perjelasan, harap ustazah dapat jawab.

    "pakaian yang boleh dizahirkan oleh wanita muslimah adalah pakaian seperti dalam solat" ertinya jika kita dalam wuduk, boleh terus solat tanpa memakai telekung. Adakah DAGU wanita perlu ditutup setiap masa? Adakah dagu termasuk dalam bahagian aurat wanita?
    Sah atau tidak, jika solat tidak menutup dagu?

    kesian, wassalam. Moga selalu dalam kasih sayang Allah. =)

    ReplyDelete
  26. *maaf, bukan kesian, tapi sekian... Allah =)

    ReplyDelete
  27. assalaamu'alaikum..kak fatimah,mohon share article ni..sangat bermanfaat untuk saya dan muslimah-muslimah yang lain..syukran :)

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions