Friday, 22 July 2011

Kumencintai para ulama muktabar kerana kejernihan fikrah mereka menyebarkan bahagia. Mari cintai ulama'. Hmm, cuba teka, siapakah syeikh ini?

ANALISIS PANDANGAN SYUYUKHUL AZHAR BERKENAAN POLIGAMI

Pada zaman moden ini, di saat amalan poligami secara realitinya tidak lagi memperlihatkan faktor keadilan, moral dan kemampuan ekonomi sebagaimana yang digariskan Al-Quran, akibatnya kaum wanita menjadi mangsa. Ia menjadi perhatian ulama moden  seperti Abduh, Syaltut, Al-Ghazali dan Al-Qaradhawi. Kesemuanya adalah syuyukhul azhar (Syeikh-syeikh lepasan Universiti al-Azhar).

Poligami Menurut Muhammad Abduh

 Poligami Dilarang Kecuali Sangat Terpaksa
      -Menggunakan pendekatan normatif keagamaan, psikologi keluarga, sosiologi dan budaya.
      -Beliau lebih cenderung kepada berlakunya teori struktur peranan dalam keluarga, iaitu adanya kedamaian yang jauh daripada konflik antara anggota keluarga. Bagi mewujudkan hal itu, keadilan perlu menjadi common value (nilai yang biasa).
      -Atas kepentingan faktor keadilan inilah, Abduh melarang amalan poligami apabila menjawat jawatan sebagai mufti Mesir, kecuali dalam situasi yang sangat terpaksa, seperti si isteri mandul (infertility).
      -Poligami menurutnya adalah tradisi masa lampau sebelum Islam. Ia berhubung kait dengan kedudukan wanita yang dipandang sebagai satu hubungan antara manusia dan haiwan, atau manusia tidak sempurna.
      -Bagi Abduh juga, poligami tanpa sebab adalah satu bentuk merendahkan maruah wanita.

Memahami Psikologi Wanita

-Pada dasarnya, tidak ada seorang isteri pun yang rela sekiranya ada wanita lain yang hendak merebut cinta suaminya. Demikian pula, seorang suami tidak akan menerima sekiranya ada lelaki lain yang hidup bersama isterinya. Itulah fitrah manusia. Seandainya ada seorang isteri ataupun suami yang redha sekiranya pasangannya memberikan cintanya kepada yang lain, bererti ada sesuatu yang tidak normal.
-Abduh juga mengumpamakan kehidupan berpoligami itu seperti kehidupan seekor ayam jantan dengan sepuluh ekor ayam betina. Di mana si jantan tidak boleh membahagikan cintanya secara adil dengan sepuluh ekor betina itu atau dengan kata lain, kecenderungan berlebihan akan selalu ada terhadap salah seekor betina yang ada.
-Setiap isteri yang diduakan akan menghadapi dua kemungkinan:

1. Mereka akan berasa sakit kerana dibakar rasa cemburu apabila suaminya terikat dengan wanita lain.
2. Tidak kisah kerana ada pelbagai sebab yang mengiringi.
-Jika ada yang mengatakan, dalam sesetengah situasi, suami menikahi dua ataupun lebih dengan dorongan isteri pertama, maka Abduh memberi pandangan dengan dua sudut:

1.Ianya jarang berlaku. Maka sudah tentu sesuatu yang jarang berlaku tidak boleh dijadikan pegangan bagi dilaksanakan di tengah-tengah umat. Orang yang mengatakan isterinya tenang suaminya menikah lagi sebenarnya ada sesuatu yang tidak wajar.
2. Di kalangan isteri-isteri, kerelaan seperti itu memanglah jarang berlaku, namun di kalangan wanita ‘penghibur’ yang suka berganti-ganti lelaki, tentu rasa sukarela seperti itu sudah menjadi kebiasaan.

-Bagi Abduh, soal keadilan dalam poligami bukan hal remeh-temeh. Benar, syariah bersikap tolak ansur kepada suami bagi memiliki empat isteri, sekiranya dia melihat dirinya mampu untuk berbuat adil. Namun sekiranya tidak, maka mereka perlu istiqamah dengan satu isteri sahaja.

Ketidakadilan Bukan Hanya Berlaku Kepada Orang Miskin

-Abduh menolak sekiranya dikatakan bahawa: Ketidakadilan yang sering berlaku hanya terhad di kalangan orang miskin dan kurang pendidikan sahaja. Lain halnya dengan golongan kaya dan bekerja di pejabat, mereka sudah tentu menafkahkan hartanya secara berlebihan terhadap isteri-isteri yang diceraikan dan anak-anaknya. Begitu juga terhadap isteri-isterinya yang di rumah. Dalam hal ini, maka tiada halangan baginya berpoligami selagi berada dalam batas-batas syarak. Bahkan poligami adalah sunnah Rasul. Ketidakadilan di kalangan orang miskin tidak boleh dijadikan dasar  melarang poligami. Bahkan ayat 3, Surah al-Nisa’ tidak pernah mansukh.
-Menjawab kenyataan di atas, Abduh berkata: Pernyataan itu tidak benar. Kes yang berlaku di kalangan orang kaya berkenaan pengusiran isteri-isteri berserta anak-anak cukup banyak. Tidak sedikit golongan seperti itu yang mengusir anak-anak mereka demi isteri barunya. Nafkah dan hak suami isteri yang mereka lakukan belum mencapai peringkat keadilan seperti yang diinginkan syarak. Sekiranya demikian, orang kaya itu sama sahaja dengan orang miskin dalam melakukan pelanggaran agama.
-Bahkan pelanggaran syarak yang dilakukan oleh orang  kaya lebih teruk sekiranya dibandingkan dengan si miskin. Kes seorang isteri yang tidak digauli sampai setahun, dua tahun bahkan sepuluh tahun kerana adanya kecenderungan cinta terhadap seorang isterinya adalah satu contoh. Sementara si isteri tidak berani menuntut cerai kerana takut akan keselamatan dirinya yang terancam oleh suaminya yang kaya dan berkedudukan itu. Maka, dalam terpaksa, mereka terjebak dalam kehidupan yang teruk seperti itu.

Memahami Psikologi dan Pendidikan Anak-anak

-Dalam kes lain, situasi pendidikan anak-anak yang membesar di tengah-tengah kedengkian saudara-saudaranya dan permusuhan bapanya sendiri sering berlaku di kalangan orang kaya yang berpoligami. Kes seperti ini, tegas Abduh banyak kita saksikan di dunia Timur, termasuk Mesir. Mereka seakan-akan tidak memahami hikmah Allah dalam hal ini. Bahkan menjadikannya sebagai jalan memuaskan nafsu seksual semata-mata. Perkara seperti inilah yang ditolak oleh agama dan akal yang sihat.
-Menurut Abduh, hanya ada dua pilihan bagi seorang suami:

1. Berkahwin dengan seorang isteri, sekiranya takut tidak mampu berlaku adil. Dalilnya: Ayat mengisyaratkan “fa in khiftum… “. Sedangkan ayat ”fa ankihu…” yang menyusulinya adalah terikat (muqayyad) oleh ayat sebelumnya.
2. Berfikir kembali dan meneliti berkenaan keadilan yang menjadi syarat mutlak agama, keutuhan dan kasih sayang antara anggota keluarga, beban yang akan ditanggung isteri dan anak-anak sekiranya berlaku perceraian, serta perlindungan mereka daripada hal-hal yang bakal berlaku. Semua itu perlu diberi pertimbangan sebelum melakukan poligami.

-Sekiranya itu yang dilakukan oleh para suami mereka termasuk daripada para suami yang takut kepada Allah iaitu mereka yang menghormati undang-undang keadilan, melindungi kehormatan dan hak-hak isteri, berinteraksi dengan cara yang ramah, lembut dan baik, tidak melakukan diskriminasi terhadap isteri, maka itulah suami yang mulia.
-Sekiranya suami berpoligami secara adil, maka tidak mengapa. Namun, ia sangat jarang ditemui. Sekiranya dia melanggar ketentuan syarak, hakim berhak menghukumnya. Apa hukumannya? Agama tidak memberikan ketentuan khusus. Masalah ini bergantung pada situasi dan tradisi setempat.

Kerja Keras Rasulullah Bagi Melaksanakan Keadilan

-Orang yang tidak mampu memberikan hak-hak mereka (isteri), atau sekiranya si suami cenderung kepada seorang daripada isterinya, bererti dia melanggar hak yang lain. Dengan demikian dia  menghancurkan sistem kekeluargaan, sedangkan asas pembinaan keluarga yang baik adalah kesatuan dan kasih sayang antara anggota keluarga.
-Rasulullah SAW melakukan giliran yang adil antara isteri-isterinya walaupun seorang daripada mereka dalam keadaan sakit demi menjaga keadilan.
-Baginda tidak hanya tinggal menetap di rumah  seorang isterinya sahaja tanpa persetujuan dan kerelaan daripada isteri-isterinya yang lain.
-Baginda tetap meminta izin daripada isterinya yang lain apabila hendak tinggal di rumah Aisyah selama beliau sakit.
-Dalam wasiat terakhir Rasulullah, baginda pernah berwasiat berkenaan tiga perkara yang selalu diulang-ulang sehingga suaranya habis iaitu: Solat, hamba/pembantu, dan isteri yang dinikahi dengan amanah Allah dan menjadi halal kehormatannya dengan menyebut kalimat-Nya.
-Riwayat lainnya adalah, “Siapapun yang beristeri dua lalu lebih cenderung kepada salah satunya, (dalam satu riwayat dengan penambahan: tidak berbuat adil), maka pada hari Kiamat, kakinya akan tempang.”
-Rasulullah SAW juga mengadu, “Ya Allah, keadilan dalam melakukan giliran antara isteri-isteriku dan nafkah adalah kerja kerasku yang mana aku sanggup melakukannya. Namun, aku tidak berkuasa untuk melakukan apa yang menjadi milik-Mu (kecenderungan hati).”
-Apabila Rasulullah hendak musafir, Baginda selalu mengundi giliran isteri-isterinya, siapa yang dapat bersamanya.
-Abduh mengingatkan, adakah selepas adanya amaran syariah yang tidak boleh ditawar itu (berkaitan beratnya melaksanakan keadilan), seseorang itu akan tetap berpoligami sedangkan dia tahu dia tidak mampu?
-Rasulullah cenderung kepada Aisyah melebihi isteri-isterinya yang lain, namun itu hanya dalam soal hati dan perasaan. Baginda tidak pernah mendiskriminasikan isteri-isteri yang lain dalam masalah apa pun.

Poligami dalam Islam Terlalu Berat

-Abduh menegaskan, orang yang merenungi dua ayat iaitu al-Nisa’, ayat 3 dan al-Nisa’, ayat 129 nescaya akan faham bahawa poligami dalam Islam adalah perkara yang sangat berat, tidak boleh dilakukan kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa.
-Malah orang yang mahu melakukannya disyaratkan memiliki keyakinan yang sangat kuat dengan kemampuannya menegakkan keadilan.

Analisis Muhammad Imarah Terhadap Pandangan Abduh

Poligami Boleh Lenyap Bersama Lenyapnya Pendukung

Tradisi berkahwin lebih daripada satu isteri pernah berlaku kepada orang Timur seperti Tibet dan Mongol. Bahkan di negara Barat seperti Jerman juga tradisi itu pernah wujud. Sebahagian biskop pernah membenarkan berkahwin lebih daripada seorang untuk para raja selepas masuknya agama Kristian ke Eropah. Faktanya, aturan ini mengikut situasi dan kontekstual, bukan hanya milik orang Timur apatah lagi milik Islam. Ia akan lenyap bersama lenyapnya pendukungnya.

Tradisi Poligami Menyusuli Perang

Berkembangnya sistem poligami berkait rapat dengan pertumbuhan jumlah wanita yang melampau jumlah lelaki dalam beberapa komuniti akibat perang pada masa lalu, antaranya masyarakat awal Arab. Biasanya, mereka yang menyokong sistem ini adalah mereka yang memiliki kekuasaan dan harta.

Islam Bertujuan Menghapuskan Sistem Poligami Jahiliah Secara Bertahap

Islam berbeza dengan apa yang dituduh oleh para orientalis bahawa, agama ini mengambil sistem   tradisi jahiliah. Islam sebaliknya mengambil sikap kritis dalam masalah ini. Tujuannya jelas, iaitu menghapuskan sistem ini dengan pendekatan bertahap (tadarruj). (Sebagaimana Islam berjaya menghapuskan sistem perhambaan secara bertahap walaupun ia masih disebutkan dalam Al-Quran). Oleh itu, apabila ada yang masuk Islam dengan sepuluh isteri, Rasulullah SAW hanya membatasinya dengan empat orang .  (Jelas, Rasulullah pernah menyuruh mengurangkan isteri namun tidak pernah menyuruh menambah lagi isteri). Kesalahan orientalis itu bertitik tolak daripada pandangan mereka terhadap fenomena atau tradisi umat Islam yang mereka teliti, kemudian dengan mudah memberikan kesimpulan bahawa tradisi-tradisi yang berlaku itu termasuk sebahagian daripada agama.

Poligami Bertujuan Sebagai Jalan Keluar Daripada ketidakadilan Yang Menimpa Anak Yatim

Batasan poligami bertujuan memberikan jalan keluar daripada ketidakadilan yang menimpa anak yatim. Lazimnya anak yatim menjadi mangsa para penjaganya. Mereka mengahwininya kerana rakus terhadap hartanya. Oleh itu Islam menegur kaum lelaki yang menjadi penjaga agar tidak seperti itu. Perumpamaannya perlu dilihat begini, “Daripada kamu nikahi anak yatim yang menyebabkan kamu berbuat zalim (dengan mengambil hartanya), baik kamu kahwin dengan wanita baik dan berharta yang lain, 2, 3 atau 4. Itupun payah juga mengelakkan daripada berbuat zalim, baik kamu nikah satu sahaja. Nikah satu itulah yang terbaik kerana paling jauh daripada berbuat zalim.”

Poligami di Dalam Al-Quran  Bukan Satu Dorongan (Targhib) Tetapi Satu Ancaman/ Tidak Disukai (Tarhib)

Menurut Abduh, Islam memberikan syarat berlakunya keadilan mutlak. Seandainya seseorang memiliki sangkaan sedikit sahaja mengenai ketidakmampuannya berpoligami, maka dia perlu berkahwin satu sahaja. Poligami yang disebutkan dalam ayat itu tidak bererti memberikan dorongan (targhib) tetapi menunjukkan sikap yang tidak disukai (tarhib). Sekiranya orang yang hendak berpoligami itu berfikir berkenaan syarat keadilan itu, nescaya dia akan berkahwin satu sahaja.

Sistem Poligami dan Perhambaan

Menurut Abduh, amalan poligami serupa dengan amalan perhambaan. Islam tidak mengajarkan seperti itu. Fenomena seperti itu menurut Abduh adalah tradisi jahiliah, tidak ada hubung kaitnya dengan Islam.

Boleh Melarang Poligami

Menurut Abduh, boleh untuk melarang berpoligami sebagaimana bolehnya melarang perhambaan. (Ia tidak dikira melarang hukum Allah). Pernyataan ini diungkapkan semasa menjawab pertanyaan berkenaan boleh tidaknya menegah poligami. Ini kerana menurutnya keadilan adalah syarat mutlak yang perlu dipenuhi, sedangkan berlakunya keadilan seperti itu boleh dikatakan 'tidak ada' dalam masyarakat hari ini. Sesungguhnya, orang yang boleh berlaku adil, sangat-sangat jarang, dan sesuatu yang jarang tidak boleh dijadikan pegangan dalam hukum. Di samping itu, berpoligami secara realiti boleh mengundang pertelagahan antara isteri, begitu juga antara anak-anaknya. Atas dasar ini, Abduh menganjurkan agar poligami dilarang, kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa, misalnya isteri mandul. Sekiranya berlaku demikian barulah hakim perlu membantunya.

            Poligami Menurut Syaltut

Poligami Terikat Pada Syarat Keadilan

-Dalam mengambil kesimpulan (istimbat) hukum poligami, Syaltut seperti mana Abduh mensyaratkan berlakunya keadilan.
-Perbezaan terletak pada prosesnya. Abduh melarang poligami kecuali kerana terpaksa. Manakala Syaltut membahaskan lagi berkenaan kebolehan poligami menurut kemahuan individu tanpa sebab-sebab yang memaksanya.
-Persoalan ini, kata Syaltut, banyak mengundang perdebatan antara pengkaji keagamaan dan sosiologi.
-Para pengkaji agama apabila merespons teks-teks ayat poligami berpendapat, asalnya poligami terlarang kecuali terpaksa. Segelintirnya berpendapat poligami pada asalnya harus dilakukan kecuali ada kekhuatiran bahawa negatifnya lebih banyak daripada positifnya, maka ia menjadi haram dan terlarang.
-Bagi pakar sosiologi, poligami adalah suatu tindakan jenayah sosial yang berlaku dalam wilayah keluarga. Maka ia sedapat mungkin mesti dibatasi.
-Menurut Syaltut, Islam dan bangsa Arab adalah antara agama dan bangsa yang pernah mengesahkan harusnya poligami. Poligami pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia termasuk sebahagian nabi-nabi sebelum Muhammad.
-Dua surah al-Nisa’, ayat 3, dan 129 di atas menurutnya sentiasa relevan dengan hikmah berlakunya syariat (hikmah al-tasyrik) dalam masyarakat. Sekiranya dua ayat ini difahami secara utuh,  ini akan menghasilkan pemahaman bahawa ‘keadilan’ dalam ayat 3 adalah satu kewajipan yang tidak boleh ditawar-tawar.
-Perkara yang dilarang dalam ayat 129, menurut Syaltut adalah kecenderungan yang berlebih-lebihan kepada seorang isteri, kemudian mengabaikan yang lain.
-Syaltut berbeza daripada Abduh dengan tidak meletakkan syarat keterpaksaan dalam masalah poligami. Dia menyerahkan kepada individu bagi menentukan keadaan dirinya sama ada mampu berlaku adil ataupun tidak, kemudian dia jawab sendirilah depan Allah.
-Syaltut melihat bermulanya poligami disahkan adalah bagi memberi jalan keluar kepada pengasuh anak yatim supaya tidak terjebak dalam kezaliman akibat perbuatannya yang tidak adil terhadap mereka. Oleh itu menurut Syaltut, apa yang penting dalam poligami adalah keadilan bukan keterpaksaan.

Desakan Masyarakat Melarang Poligami

-Pada tahun 1945, desakan masyarakat yang meminta poligami dibataskan atau dilarang memang bergelombang, seperti yang datang daripada  Urusan Sosial Mesir.
-Antara tuntutannya adalah kebenaran daripada Pengadilan Agama (syariat) selepas adanya penelitian terhadap mereka yang mahu berpoligami, dengan mengambil kira moraliti, kemampuan, dan tanggungjawab nafkah yang bukan hanya untuk orang yang berada dalam tanggungannya tetapi untuk keluarga terdekat.
-Realiti menunjukkan poligami berbahaya terhadap kehidupan berkeluarga.
-Malah, hal ini membebankan pemerintah kerana ramainya orang yang terpinggir dan terbiar daripada keluarga, memutuskan silaturrahim dan cenderung mengabaikan pendidikan anak.
-Syaltut meminta menimbangkan antara kebaikan dan kejahatan poligami, mana yang lebih banyak dengan kajian sosial yang lebih mantap. Apabila ia diharuskan, menurutnya, kebaikannya daripada sudut sosial lebih banyak.
-Syaltut berpendirian poligami biarlah terus diharuskan tanpa melarangnya.
-Manakala keluarga yang sudah berpoligami tetapi ternyata dia tidak mampu daripada sudut nafkah maka ia perlu dibantu.
- Menurut pengkaji Zulkifli Haji Mohd Yusuff dan Aunur Rafiq, idea Syaltut ini sekiranya direalisasikan tanpa pengawasan cermat terhadap pelaku poligami, maka ia juga tidak akan membina. Bahkan mungkin poligami menjadi 'wadah' pemuas nafsu lelaki, dan lahirnya keluarga yang penuh konflik, persaingan tidak sihat, khususnya di kalangan isteri yang dimadu. Biasanya faktor penting yang menjadi permulaannya adalah merebut cinta dan perhatian suami, bukannya merebut harta.

Poligami Menurut Imam Al-Ghazali.

Isteri Berhak Menerima Ataupun Menolak Dimadu

-Imam Ghazali terkenal sebagai ulama yang sering membela kaum wanita.
-Beliau kurang membicarakan persoalan poligami.
-Dalam bukunya, Nahwu al-Tafsir al-Maudu’I li Suwari Al-Quran, beliau membahaskan isu poligami dengan amat terhad. Menurutnya poligami dalam Islam mempunyai aturan khusus, tidak seperti di Barat yang lelakinya mempunyai satu isteri tetapi isteri haramnya sampai sepuluh.
-Dalam Islam, lelaki bujang yang tidak mampu berkahwin dianjurkan berpuasa, soalnya bagaimana pula lelaki yang tidak mampu berpoligami? Menurutnya orang seperti itu tidak boleh dibiarkan, dia tidak akan mampu berlaku adil.
-Ghazali melihat dalam perkahwinan tidak boleh ada paksaan. Oleh itu, wanita bebas untuk menerima ataupun menolak bagi dimadu.
-Sekiranya seorang isteri khuatir dimadu oleh suaminya, dia boleh mengajukan syarat itu dalam perjanjian perkahwinannya. Si suami perlu berpegang teguh dengan perjanjian itu. Sekiranya tidak, dia hendaklah menceraikannya. Ini perlu kerana hubungan keluarga perlu dibina atas dasar takwa, keadilan dan kedamaian.
-Menurut Ghazali, perkahwinan adalah ibadah, dan keluarga adalah jambatan menuju sebuah kehidupan yang mulia, dan tempat pembinaan iman dan budayannya.  Itu juga harapan ibad al-Rahman iaitu rumahtangga yang damai dengan isteri dan anak cucu yang menyejukkan pandangan mata. Bagi mewujudkan hal itu perlu kerjasama orang tua.
-Ghazali menekankan bahawa perkahwinan bukan tujuan tetapi hanyalah wasilah. Ia jalan bagi berlakunya pertumbuhan keluarga yang beriman, adil, tenteram, cinta kasih, dan penuh rahmat terpulanglah sama ada dengan cara poligami ataupun tidak.

 Poligami Menurut Yusuf al-Qaradhawi

Asal Perkahwinan Muslim Adalah Berkahwin Satu

-Para gerakan Kristian dan orientalis menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan-galakan Islam. Ini adalah sesat lagi menyesatkan.
-Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim adalah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya yang itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumahtangga, tempat menyimpan rahsia. Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-Quran.


Bukan Keharusan Secara Mutlak


Berkata Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Malamih al-Mujtama' al-Muslim allazi nansyuduhu...

"Para ulama berkata, adalah dilarang lelaki yang mampu mencukupkan dirinya dengan satu isteri untuk bernikah lagi kerana hal itu dikhuatiri akan menjebakkan dirinya kepada yang HARAM."



Fiqh Prioriti: Bernikah Satu Lebih Utama


Berkata Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Malamih al-Mujtama' al-Muslim allazi nansyuduhu lagi bahawa tidak dapat dinafikan BERNIKAH SATU lebih baik daripada BERPOLIGAMI.
Poligami akan membuatkan seseorang menimpa kesulitan di dunia serta di akhirat.

Memerhati Kemaslahatan Semua Pihak

-Yusuf al-Qaradhawi walau bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat yang menyeru kepada mengharamkan poligami. Biarlah hukumnya kekal harus, bukan haram kerana melihat kepada maslahat yang pelbagai.
-Orang yang mahu melakukan poligami perlu berkeyakinan mampu berlaku adil tanpa khuatir terjatuh dalam kezaliman seperti keterangan surah al-Nisa’, ayat 3.
-Isteri pertama memiliki kemaslahatan agar tiada yang mengganggu suami dan keluarganya, maka dia ada hak menolak untuk dimadu.
-Suami memiliki kemaslahatan takut terjebak ke dalam zina dan kemaslahatan bagi mendapatkan zuriat, maka dia ada hak dalam isu poligami.
-Isteri kedua memiliki kemaslahatan untuk tidak hidup menjadi anak dara tua ataupun menjanda, maka dia juga ada hak dalam isu poligami.
-Begitu juga masyarakat, mereka memiliki kemaslahatan bagi melindungi warganya, maka mereka ada hak menyokong pernikahan yang bertanggungjawab dan sebaliknya.

Tidak Setuju Mengharamkan Terus Poligami

Berkata Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Markaz al-Mar’ah fi al-Hayat al-Islamiyyah: “Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebahagian daripada penyeru-penyeru kepada sistem Barat yang ada di tanah air Arab dan umat Islam mengambil kesempatan apa yang berlaku kepada sesetengah muslimin yang menyeleweng. Lalu mereka ini bangkit menyuarakan agar ditutup pintu poligami sama sekali. Mereka ini pagi dan petangnya hanya membicarakan berkenaan keburukan poligami. Padahal dalam masa yang sama mereka mendiamkan diri seperti diamnya orang di dalam kubur berkenaan keburukan zina yang dengan dukacitanya diharuskan oleh sistem perundangan manusia yang menghukum negara-negara umat Islam hari ini."(hal 31, cetakan Maktabah Wahbah, Mesir).

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi lagi, “Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat, ia adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: “Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ia tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan sudah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ia tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat. Inilah yang digambarkan oleh al-Quran dengan ungkapan yang indah lagi padat ketika menyifatkan Rasulullah SAW, seperti yang dikhabarkan oleh buku ahli kitab, iaitu: (maksudnya) " (Sifat-sifatnya di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka). Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka." (Surah al-`Araf :157).

Al-Qaradawi menyambung, “Inilah apa yang diraikan oleh syariat Islam dalam persoalan poligami, ia menimbang antara segala kebaikan dan keburukan, segala manfaat dan mudarat, kemudiannya ia mengizinkannya kepada sesiapa yang perlu dan dikawal dengan syarat, bahawa pengamalnya percaya terhadap dirinya bahawa dia dapat menjaga keadilan dan tidak takut berlakunya kezaliman dan berat sebelah. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 30: (maksudnya), “Jika kamu takut tidak berlaku adil maka (nikahlah) hanya seorang isteri. (hal. 133-134).

Reactions:

Tagged:

130 comments:

  1. Hurm, tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa ana suka masukkan isu-isu wanita yang sensitif. Sebenarnya, ana mengambil pengkhususan dalam bidang isu-su wanita dan kekeluargaan dalam kajian 'Master' ana. Insyallah, akan diteruskan lagi kajian dalam PHD. Sekarang, sedang mengumpul banyak isu dan masalah ummat yang berkaitan dengannya. Hajat doa semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ukht,

      ada baiknya jika rujukan diambil mengikut hierarki ummat generasi terbaik para sahabat, kemudian para tabiin , lalu diikuti kepada tabiut tabiin berkenaan isu2 seperti ini.

      perlu dihuraikan juga kenapa poligami merupakan amalan para solehin, para penggiat dakwah dan para sahabat yg diantaranya dijamin syurga.

      mengambil contoh2 & dalil semata drpd ulama2 yg hidup di zaman 'fitnah akhiru zaman' boleh menjadikan maksudnya jauh terpesong drpd hakikat poligami sebenar.

      methodology ilmu islam telah banyak rosak dan menjadi serabut bermula drpd fitnah yg didatangkan drpd Nejd sepertimana yg telah dinaqal oleh Rasulullah s.a.w.

      jzkk....

      Delete
    2. setiap zaman ada para ulama pewaris Nabi. Mereka lebih menekuni sirah dan lebih mencintai para salafussoleh berbanding kita. merujuk mereka lebih selamat daripada merujuk 'kefahaman diri kita sendiri' dan 'orang kebanyakan' yang mengajar kita.

      Allah menjamin, " Aku yang menurunkan az-zikr, Aku yang akan memeliharanya." Dengan 'sebab' siapa Allah memelihara az-zikr ini? sudah tentu dengan sebab ulama pewaris Nabi yang ikhlas setiap zaman...

      Delete
  2. tahniah ustazah....alhamdulillah....maklumat dan ilmu yang berkesan....kalau ustazah nk taw lg..bab poligami ni banyak diperuntukkan dalam undang2 negara kita mengikut perspektif undang2...suami trlalu banyak ujian dan prosedure yg perlu dia lepasi taw...hehe...

    ReplyDelete
  3. manfaatnya kembali kepada ummah.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, terima-kasih buat jumhur ulama' yang berpandangan jernih dan pertengahan dalam isu sensitif ini. Meraikan hak dan kemaslahatan semua pihak. Memahami waqi', tuntutan zaman dan sejarah. Ummah meneguk manfaat yang besar dari kejernihan fikrah mereka.

    ReplyDelete
  5. Ustazah, saya minta izin untuk ambil artikel2 dlm blog ini untuk disebarkan. TQ

    ReplyDelete
  6. paling bersetuju dengan al-Ghazali dan Dr Yusuf.. Dr Zakir Naik juga daam tulisannya menyebut bahawa poligami boleh selesaikan banyak masalah, kenapa perlu tolak?? Selama ini kita melihat kepada kegagalan poligami sbb itu kita tarus dimomokkan dengan keburukan poligami.. Menutup terus poligami adalah langsung tidak praktikal.. wallahua'lam..

    ReplyDelete
  7. Maka, kita bukan mahu mengharamkan poligami. Kita cuma mahukan kedudukan poligami dalam Islam itu difahami dengan benar seperti mana yang dijelaskan oleh jumhur ulama. Agar tiada yang menyalah guna lalu menjadi fitnah kepada Islam.

    Jumhur ulama menjelaskan...Poligami bukan perintah syariat. Poligami bukan galakan agama. Poligami cuma rukhsah untuk menyelesaikan masalah tertentu.

    Jika ada isteri yang menolak suaminya ingin berpoligami kerana suaminya tiada apa-apa rukhsah yang perlu diraikan, maka wajarkah kita mencela si isteri itu?

    ReplyDelete
  8. Masyarakat Islam kebanyakannya sudah jelas, dalam isu: antara mengharuskan dengan mengharamkan poligami, mengharuskan poligami untuk masalah tertentu lebih membawa manfaat.

    Tapi dalam isu: samada mengharuskan poligami sebagai rukhsah atau menggalakkannya atas nama sunnah, ramai lagi masyarakat kita masih keliru. Jom kaji, apa kata jumhur ulama'.

    ReplyDelete
  9. oo.. poligami cuma rukhsah untuk menyelesaikan masalah tertentu.. tp kenapa ALLAH benar kan kahwin 4.. ada ke ke tiga2 isteri bermasalah? sehingga dibenarkan sampai 4? agak terkejut kalau ada.. huhu

    ReplyDelete
  10. Ada dijelaskan dalam novel Sebarkan Cinta-Mu jika mahukan penjelasan lanjut. Islam meletakkan angka 4 itu adalah suatu had yang bersederhana dalam konteks menghadapi zaman Rasul ketika itu, ramai orang mengumpul sampai berbelas dan berpuluh orang isteri.

    Begitu juga ketika Islam haruskan perhambaan pada zaman Rasul untuk meraikan adat yang telah lama berlaku. Sedangkan Rasul sebenarnya cuba bebaskan manusia dari perhambaan dengan cara tadarruj, bertahap-tahap.

    4 itu mengenai kurangkan, bukan tambahkan...

    ReplyDelete
  11. Kekadang apabila melihat perangai lelaki zaman ini...rasa patut TIDAK digalakkan POLIGAMI... tetapi apabila aku melihat perangai perempuan pada zaman ini... LAGI TIDAK PATUT lelaki berpoligami... :)

    *sekadar pandangan hamba yang jahil ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa ke tak boleh nak poligami? hahahaha. Jangan la melatah... kat atas tu hanya cakap poligami tu tidak digalakkan. kenapa sampai nak hamburkan ayat begini, "tetapi apabila aku melihat perangai perempuan pada zaman ini... LAGI TIDAK PATUT lelaki berpoligami... " Artikel di atas tak serang mana2 pihak pun. Awak nak serang perempuan pula kenapa?

      Delete
  12. Pandangan yang kritis. Lelaki lebih ramai di Malaysia mengikut bancian terkini. Para lelaki baik, bantulah lelaki menjadi beragama agar layak menjadi seorang suami. Perjuangkan hak lelaki untuk beristeri.(Joke aje) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah pulak tau ada bancian? bancian ma ustazah...saya ragu ragu dgn bancian ini kecuali diberikan FAKTA... :)tapi saya dapati LAZIMnya RAMAI WANITA memulakan topik POLIGAMI dgn NEGATIF komen dan sedikit POSITIF..entahlah wallahu'alam...

      itu bukan joke...sesungguhnya saya tengah berkempen supaya ramai perempuan bersangka baik pada POLIGAMI.. DAN SAYA DOAKAN JIKA ada didalam hati hamba ALLAH perasaan yang negatif kepada POLIGAMI maka saya doakan mereka diPOLIGAMIKAN oleh LELAKI ADIL supaya mereka medapat hikmah poligami dan MOGA RAMAILAH PEREMPUAN DIPOLIGAMIKAN DAN MAKA Lahirlah anak-anak UMAT NABI MUHAMAD SAW yang berkualiti.... ya ALLAH makbulkan doa hambaMu ini..

      Sesungguhnya Ya ALLAH Engkaulah lebih mengetahui hakikat hati hamba-hambaMu

      Delete
    2. Positif atau negatif....apa-apa sudut pandang berkenaan HUKUM ISLAM, kenalah meletakkan sesuatu secara adil. Kena pada tempatnya.

      Yang wajib di tempat wajib.
      Yang sunnah di tempat sunnah.
      yang harus di tempat harus.
      Yang makruh di tempat makruh.
      Yang haram di tempat haram.

      Contohnya: Bila cakap pasal arak, meskipun arak ada positifnya, tapi bila mana Islam meletakkan hukum HARAM, maka kita diberi 'sudut pandang' agar banyak bercakap soal arak secara NEGATIF.

      Berkenaan poligami, jika akhi ingin MENGGALAKKAN POLIGAMI, itu bermakna akhi sedang cuba meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya, jika akhi bersama pendapat jumhur ulama sedunia termasuk para imam mazhab.

      berkenaan bancian, saya ada post faktanya di sini. Cuba rujuk. Yang saya tulis joke itu ialah tentang cadangan agar lelaki memperjuangkan hak mereka untuk beristeri.

      Delete
  13. Sila google: Bancian Terkini (2010): Lelaki di Malaysia Lebih Ramai Daripada Wanita.

    ReplyDelete
  14. Berdasarkan kajian yang dipetik daripada buku Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu, karangan Prof. Dr. Wahbah Zuhaili dan beberapa lagi buku karangan ulama, statistik berikut diperolehi bagi menggambarkan angka perlaksanaan poligami oleh masyarakat Islam sedunia:

    Suami beristeri dua :3% .
    Suami beristeri tiga :1: 1000.
    Suami beristeri empat :1: 15 000.
    Di Mesir : 4%.
    Di Syria : 1%.

    ReplyDelete
  15. Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: Para orientalis dan missionary suka menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan-galakan Islam. Ini adalah sesat lagi menyesatkan. Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim ialah BERKAHWIN SATU, yang mana isterinya yang itu menjadi penenang dirinya, pelembut hati, pengurus rumah tangga, tempat menyimpan rahsia. Dengan itu, terbinalah atas keduanya ketenangan, kasih sayang dan kerahmatan yang menjadi teras kehidupan perkahwinan dalam pandangan al-Quran. (Markazul Mar’ah fil hayati Islamiyah, h.118).

    ReplyDelete
  16. Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin, Ibnul Qayyim al-Jauziyah selaku seorang ahli hukum dan psikologi yang pakar berkenaan cinta berkata, antara hukum cinta yang sejati ialah cinta menuntut penunggalan kekasih tanpa memadunya dengan yang lain. Bak kata pepatah Arab, “Di dalam hati tidak ada ramai kekasih dan di langit tidak ada ramai sembahan.”
    Sekiranya cinta diagih ke beberapa tempat, tentu sahaja kekuatan cinta itu akan melemah. Dinukilkan sebuah syair,
    Dusta orang yang mengaku memiliki dua cinta
    Laksana kedustaan al-Manawiyah dalam dasar agama
    Tidak ada tempat bagi dua kekasih dalam satu hati
    Satu urusan tidak boleh dituntun dari dua sisi
    Allah SWT sendiri berkata, Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya. (Surah al-Ahzab: 4).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah SWT sendiri berkata, Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya. (Surah al-Ahzab: 4).

      Jadi kalau "Allah tak jadikan dua buah hati dalam rongganya" maka kenapa Allah membenarkan poligami dalam surah an-nisa ayat 3?

      pelik..dua ayat yang bertentangan...

      Delete
    2. Ayat ini tidak bertentangan. Poligami disyariatkan sebagai alternatif bila ada keperluan mendesak seperti isteri gila, sakit dan tidak bernafsu.

      Tapi ramai lelaki suka menjadikannya sebagai pilihan utama dan senjata mengancam isteri, sikap mereka itulah yang nyata bertentangan dengan fitrah cinta.

      Contohnya, Islam melarang kita membunuh. Dalam situasi jihad (keperluan mendesak), kita disuruh membunuh musuh.Tapi bila orang mahu membunuh musuh dalam situasi yang tidak mendesak (contohnya Obama datang sini bukan dalam keadaan perang, ada orang nak bom dia) maka wajarlah SIKAP orang ini ditegur, sebab nak ambik rukhsah membunuh tidak kena pada tempatnya.

      Delete
    3. rasanya tidak begitu...

      mcm kurang tepat tentang "hanya keperluan mendesak"...kalau tak terdesak pon ALLAH BENARKAN...takdak DALIL yang KHUSUS dalam polgami dibenarkan dalam keperluan mendesak..

      poligami Allah benarkan kerana Allah tahu apa keperluan setiap hambanya...dan ada dua jenis je manusia...lelaki dan perempuan... dan ALLAH sediakan lelaki yang soleh itu ramai bidadari disyurga... sbb ALLAH tahu... keperluan dan kehendak lelaki... maka ALLAH membenarkan dgn HAD 4 orang untuk didunia ini kerana ia FITRAH lelaki yang Allah berikan kepada kaum lelaki...tapi PEREMPUAN sehebat mana ilmunya susah untuk MENGAKUI hakikat lelaki.....sama ada kurang atau tambah yang PENTING jangan MELEBIHI 4..kerana ALLAh tahu tahap kemampuan walaupun ia boleh berlaku ADIL...

      kenapa Allah tak jadikan ramai bidadara untuk perempuan solehah, wahai ustazah?

      Delete
    4. Jika kita ingin menjadi masyarakat yang MALAS membaca dan MALAS merujuk buku-buku karangan ulama muktabar, maka silakan terus merujuk tafsiran rasa-rasa hati kita sendiri.

      Tapi saya yakin, akhi tidak begitu.Jika akhi sudi dan berkelapangan, cuba rujuk buku-buku fikih yang dipercayai seluruh dunia dan renungilah perbahasan ulama yang lebih panjang lebar berkaitan soal ini.

      Syurga tidak boleh dibandingkan dengan dunia sebagai dalil. Sistem hidup di syurga berlainan.boleh bermewah-mewah! boleh bersenang-senang. tidak perlu bersusah-payah.
      DI syurga arakpun boleh minum...adakah kerana arak itu fitrah kita semua di dunia? Tidak bukan!

      Antara buku yang mengatakan poligami cuma RUKHSAH dan harusnya SYARAT TA'liq, yang akhi boleh rujuk sendiri kerana ada terjemahan Bahasa Melayu ialah:

      Fiqh perundangan Islam, Wahbah Zuhaili.
      Tafsir Fi zilalil Quran, Syed Qutb.
      Fiqh Sunnah, Syed Sabiq.
      dan baaaaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Syurga tidak boleh dibandingkan dengan dunia sebagai dalil. Sistem hidup di syurga berlainan.boleh bermewah-mewah! boleh bersenang-senang. tidak perlu bersusah-payah.
      DI syurga arakpun boleh minum...adakah kerana arak itu fitrah kita semua di dunia? Tidak bukan!

      - Dari Pemahaman saya dalam Islam...
      asal HUKUM SEMUA BENDA adalah HALAL/HARUS sehingga ada dalil mengatakan ia HARAM...Arak hukum asalnya Harus sehingga ia diharamkan oleh ALLAH dgn berperingkat(sila rujuk al-quran)...

      Allah tahu manusia sukakan ARAK lalu menjadikan satu nikmat didalam syurga...tetapi Allah mengHARAMkan didunia untuk ujian serta rahmat bg manusia dalam kontek kontek tertentu..

      begitu jugak bidadari syurga...Allah tahu lelaki berkehendakkan wanita dan suka kepada wanita dan kadang kadang lebih dari seorang sukanya..maka Allah jadikan ramai bidadari syurga bagi lelaki soleh di akhirat kelak...didunia hukum asalnya boleh berkahwin ramai...sehingga zaman rasulullah SAW, ALLAH hadkan kepada 4orang dgn syarat ADIL... dan dianjurkan berkahwin 1 sahaja(bahkan wajib kahwin sekurang-kurangnya 1 bg yang mampu)...dan jika terlebih mampu dan ADIL boleh lebih dari satu...dan dalam ada beberapa situasi jika tidak mampu secara zahir tapi BOLEH BERLAKU ADIL maka dibenarkan jika kesemua isteri dan suami sanggup berdepan dgn situasi tersebut(iaitu isteri membantu suami dalam pencarian nafkah)...ISLAM tak mengharamkan POLIGAMI untuk orang MISKIN...tak ada dalil pon....semuanya perlu dilihat dalam kontek kesemua belah pihak.. sama ada sanggup menerimanya atau tidak dan SELAGI TIDAK MENZALIMI dan MEMUDARATKAN pasangan...

      apapon wanita lazimnya tidak senang kepada poligami kerana perasann emosinya...dan itu lumrah sifat wanita dalam perkara cemburu...sedangkan isteri nabi jugak tidak dikecualikan(rujuk hadis muslim tentang kecemburuan aisyah)

      SAYA cenderung kepada pendapat al-qardawi tentang poligami...ia merangkumi kemaslahatan semua pihak...

      InsyaAllah saya akan cari buku tersebut..terima kasih

      *tapi memang saya tak setuju bila ustazah kata "Poligami disyariatkan sebagai alternatif bila ada keperluan mendesak seperti isteri gila, sakit dan tidak bernafsu. " bagaimana jika saya mencintai seorang wanita dan ingin mengahwininya sedangkan isteri pertama saya tidak gila, tidak sakit dan masih bernafsu..adakah dalam kondisi itu HARAM bagi saya untuk mengahwini wanita tersebut?

      Delete
    7. Berkata Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya Malamih al-Mujtama' al-Muslim allazi nansyuduhu...

      "Para ulama berkata, adalah dilarang lelaki yang mampu mencukupkan dirinya dengan satu isteri untuk bernikah lagi kerana hal itu dikhuatiri akan menjebakkan dirinya kepada yang HARAM."

      Jika akhi peka dengan perkembangan zaman, realitinya ada beberapa alasan Poligami yang Masih Boleh Diterima Masyarakat...

      Menurut Abdul Aziz Ahmad, seorang pakar motivasi terkenal di Indonesia, dalam bukunya Fiqh Cinta, alasan-alasan berikut masih boleh diterima masyarakat bagi seseorang lelaki yang mahu berpoligami
      1. Isteri pertama tidak mampu memberikan keturunan.
      2. Isteri pertama tidak mampu melayani hajat seksual suami kerana sakit dan terdapat sebab-sebab lain.

      Sedangkan orang yang berpoligami di luar alasan ini, bersiap-sedialah dihukum masyarakat samada dengan celaan, pemboikotan bisnes atau tidak dipercayai.

      Delete
    8. Arak itu suatu FITRAH di dunia? manusia tidak dapat hidup tanpa arak?
      ummat Islam benci arak!

      Sejak ia belum diharamkan lagi, para sahabat seperti Saidina Umar menunjukkan kebencian yang sangat kepada arak sehingga beliau merayu kepada Allah agar menunjukkan hukum yang jelas tentang arak.

      Sistem dunia tak sama dengan syurga!Tiada satu hatipun akan terluka dan disakiti di syurga.

      Delete
    9. pasal ARAK atau benda selain arak.. dah jelas dah..."asal sesuatu HUKUMnya itu adalah HARUS/HALAL sehingga ada DALIL mengatakan ia HARAM"... sama ada fitrah atau tidak wallahu'alam...tapi terpikir jugak kenapa Allah ciptakan arak kat dunia ini...adakah hanya untuk mengHARAMkan sahaja...wallahu'alam..

      pasal arak tu...saya cerita dari zaman nabi ADAM A.S ....tak ke pelik ALLAH tak HARAMkan sebelum zaman Muhamad SAW kan ustazah kan........? sehingga la saya tahu cukuplah ALLAH yang MENGHARAMkan dan MENGHALAL mengikut kehendakNYA...kerana ALLAH lebih ketahui apa yang baik untuk kita semua...bukan hanya untuk ustazah dan saya sahaja bahkan manusia sejagat..

      *saya ulang lagi sekali...saya punya tujuan adalah taknak sehingga masyarakat terutamanya perempuan MEMANDANG serong terhadap poligami....sehingga mereka cenderung kepada negatif sahaja apabila disebut hal poligami...

      *pendapat ulamak itu baik....tapi saya pasti pendapat al-qardawi ada lagi yang lebih baik bunyinya selain yang ustazah sharekan dalam komen diatas..dan SAYA AMAT PASTI(bersangka baik) bahawa al-qardawi dalam hal poligami "tidak melarang dan tidak pula menganjurkan" kerana itulah ADIL apa yang Allah ingin nyatakan dalam HUKUM POLIGAMI....ADIL bagi LELAKI dan ADIL bagi WANITA...

      saya pasti apa yang qardawi kata yang disharekan oleh ustazah itu hanyalah dalam kontek kontek tertentu sahaja bukannya perkara HUKUM ASAL...... janganlah kita asyik quote kan ayat-ayat ulamak "larang sana, larang sini" semua nya larang je...dan sesetengah manusia ni kadang kadang salah faham bila sebut LARANG je dikatakan HARAM pulak....sampai ada seorang cina buddha pernah kata kat saya "waaa ini HARAM, ITU HARAM...apa benda yang tak HARAM?" herm...takpa lah ustazah...saya dah nyatakan dgn jelas tujuan saya...

      sesungguhnya ALLAH lebih tahu akan hati hambaNya samada yang terluka atau PENTINGKAN DIRI sahaja

      *UMAT ISLAM membenci apa yang ALLAH HARAMkan...bukan arak sahaja termasuk segala perlbagai perkara HARAM yang ALLAH dah nyatakan...dan ALLAH membenarkan POLIGAMI dan tetap ALLAH membenarkan POLIGAMI dan tak mengharamkan secara qatie ....

      wallahu'alam..

      Delete
    10. Saya yakin dengan kebaikan niat saudara.

      Sistem poligami memang baik, apabila Islam menjadikannya 'rukhsah' dalam masalah tertentu.Tiada hati akan terluka apabila 'rukhsah' diambil kena pada tempatnya.

      Isteri yang sakit teruk, gila dan tidak bernafsu, masih ada suami yang mampu menjaganya tanpa perlu menceraikannya jika dia perlukan isteri lain. INI RAHMAH POLIGAMI!

      Janda yang ramai khususnya dalam situasi perang, masih ada yang sudi menafkahinya dalam situasi kurangnya lelaki. INI RAHMAH POLIGAMI!

      Tapi hari ini....

      Perlaksanaan poligami yang sering disalahguna menyebabkan masyarakat tidak menghormati perlaksanaan oleh pelakunya.

      Akhi ingin tahu kenapa masyarakat (terutamanya wanita) sukar hormat kebanyakan (tidak semua) lelaki yang berpoligami pada hari ini?

      1. Main kayu tiga di belakang isteri. Kemudian, mahu nikah lagi dengan alasan takut berzina. awal-awal lagi dekati zina.

      2. Asyik peralatkan poligami sebagai 'hukum Islam' dan 'sunnah' tanpa faham apa sebenarnya kedudukan poligami dalam Islam.

      3. Selalu mengancam isteri dengan pooligami, kononnya gurau. Adakah Rasulullah bergurau untuk melukakan atau untuk menggembirakan?Ini tak ikut kaedah.

      4.Nikah senyap-senyap di Siam sebab tak BERANI berdepan dengan MAHKAMAH SYARIAH yang boleh jadi akan menyingkap banyak kelemahannya ketika ada satu isteri, mungkin banyak yang tidak adil sudah berlaku.

      5. Banyak tipu, temberang, bohong, tipu muslihat.

      6.Tiada syura, tiada perbincangan, mendera perasaan.

      7.Tak berusaha jihad lawan nafsu dan TAK MAMPU bendung syahwat.

      Jadi, bagi lelaki yang 'tulus' ingin berpoligami, perlaksanannnya juga mestilah 'tulus' dan terhormat, barulah layak DIHORMATI. bAGAIMANA?
      bincang dengan komunikasi berkesan.
      berani berdepan dengan mahkamah syariah.

      Delete
    11. Ya POLIGAMI adalah RAHMAH dari ALLAH apabila kita mengunakan pada tempatnya...dan Ia tidak hanya boleh dilakukan apabila, ISTERI GILA, ISTERI SAKIT, menyelamatkan JANDA keseorangan, MALAHAN poligami dibolehkan walaupuan tiada alasan-alasan seperti ustazah katakan itu...selagimana ia tidak mezalimi pasangan dari segi rohani dan jasmani..

      Delete
    12. Ini pandangan saya yg kerdil ini terhadap situasi yang ustazah berikan...

      1. Main kayu tiga di belakang isteri. Kemudian, mahu nikah lagi dengan alasan takut berzina. awal-awal lagi dekati zina.
      - adakah ustazah menyamakan SEMUA ORANG SUAMI? ini tak ADIL...inilah perkara negatif yang menyelembungi masyarakat sehinga mereka tak sedar mereka sendiri yang menyalakan api negatif itu..

      2. Asyik peralatkan poligami sebagai 'hukum Islam' dan 'sunnah' tanpa faham apa sebenarnya kedudukan poligami dalam Islam.
      - Bagi saya ini adalah sangkaan sangkaan buruk... JIKA dia benar telah melakukan sunnah sunnah yang lain...apa salahnya dia melakukan sunnah poligami.."tetapi jika ada perempuan yang "teruk" memilih lelaki yang "teruk"(tak solat inikan pula nak lakukan sunnah) maka memang la dia mengunakan alasan sunnah tak kena tempatnya...itu masalah pasangan itu sndiri(AWAT YANG PILIH PASANGAN YG TERUK) ...dan jangan samakan dengan lelaki dan perempuan yang baik yang lain2... awal awal lagi kena lihat akhlak masing2...JANGAN USTAZAH samakan dgn semua orang lelaki yeeee..

      3. Selalu mengancam isteri dengan pooligami, kononnya gurau. Adakah Rasulullah bergurau untuk melukakan atau untuk menggembirakan?Ini tak ikut kaedah.
      - TIADA kaedah yang TETAP...tiada kaedah yang TETAP... itu depend kepada pasangan masing masing...jika yang boleh bergurau mcm tu rasanya takdak masalah....sesungguhnya jika ada pasangan suami isteri yang memahami HUKUM ALLAH maka mereka mereka tiada masalah tentang itu...

      4.Nikah senyap-senyap di Siam sebab tak BERANI berdepan dengan MAHKAMAH SYARIAH yang boleh jadi akan menyingkap banyak kelemahannya ketika ada satu isteri, mungkin banyak yang tidak adil sudah berlaku.
      - itu LEBIH BAIK DARI DIA MELAKUKAN ZINA...(alasan no 1)...
      - kadang kadang urusan mahkamah ni makan MASA.... menyebabkan perkara yang senang menjadi susah...
      - taktahu plak ada DALIL dari al-quran dan SUNNAH kena P mahkamah dulu untuk minta izin berkahwin lagi....????

      5. Banyak tipu, temberang, bohong, tipu muslihat.
      - teringat 3 bohong yang dibenarkan oleh rasulullah.. herm...
      - kebanyakkan temberang tu hanya kerana ingin menjaga hati isteri...bahkan tak pernah ada dalil perlu meminta izin isteri untuk berkahwin lagi.
      -ISTERI ISTERI perlu menyedari HAKIKAT mereka boleh dipoligami apabila cukup syarat(kecuali mereka mencari lelaki yang "teruk")...maka persediaan awal dalam menerima KEMUNGKINAN BERPOLIGAMI perlu disemai sebelum berkahwin(kemungkinan lelaki YANG TERUK pon BOLEH BERUBAH BAIK)

      6.Tiada syura, tiada perbincangan, mendera perasaan.
      - PERSEDIAAN AWAL DALAM MENERIMA HAKIKAT "wanita boleh dipoligami" perlu disemai...jangan tunggu masalah datang baru nak cari penyelesaian..sebelum kahwin kalau boleh tanya SUAMI dgn toleransi berkenaan POLIGAMI...

      7.Tak berusaha jihad lawan nafsu dan TAK MAMPU bendung syahwat.
      - Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
      (Al-Baqarah 2:286)

      "bAGAIMANA?" tentang soalan ustazah
      - apabila ALLAH telah menetapkan suatu perkara, adakah ada yang mampu menghalangNYA?

      Delete
    13. “Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).

      Delete
    14. mari kita jelaskan suatu perkara penting, iaitu beza antara 'HUKUM' dan 'PERLAKSANAAN HUKUM'. Masyarakat kita ramai yang tidak jelas soal ini.

      Mudahnya, kita jelaskan dalam bentuk soalan.

      Apakah hukum bagi perkara-perkara berikut?:
      1. Seorang imam nak pakai kain pelikat tutup pusat ke lutut sahaja dan imamkan solat di masjid. Boleh tak boleh?

      Yes, boleh! Solatnya sah. Tapi jika dia 'MELAKSANAKAN'nya, apa impaknya?

      2.Seorang ayah ingin menikahkan bayinya yang baru lahir dengan kawan baiknya. Boleh tak boleh?

      Yes, boleh! Sah nikahnya. tapi jika dia 'MELAKSANAKAN'nya, apa impaknya?

      3. seorang yang ingin mengambil hamba dan memperdagangkan orang. boleh tak boleh?

      4. Seorang yang ingin menceraikan isterinya ketika haid. boleh tak boleh?
      Yes, boleh. cerainya jatuh. tapi apa impaknya? apa hukumnya? dia berdosa.

      perlaksanaan hukum mesti melihat KEADAAN ZAMAN yang BERUBAH.

      jika akhi ingin menikah lagi di luar 'sebab-sebab' yang dipandang positif, maka nikahlah. kami semua tidak menanggung IMPAK yang bakal akhi hadapi nanti.

      Delete
    15. Berpoligami lebih baik daripada berzina. Namun, bertaubat dan tetap berkahwin satu LEBIH baik daripada berpoligami.

      Cuba rujuk fiqh prioriti ini dalam buku-buku ulama muktabar seperti al-Qaradhawi.

      Delete
    16. Bukan BERPOLIGAMI sahaja boleh disebut TAQDIR.
      BERCERAI juga boleh disebut TAQDIR bila ia berlaku.
      :)

      Delete
    17. 1. Seorang imam nak pakai kain pelikat tutup pusat ke lutut sahaja dan imamkan solat di masjid. Boleh tak boleh?
      FS:Yes, boleh! Solatnya sah. Tapi jika dia 'MELAKSANAKAN'nya, apa impaknya?
      p: kalau saya mungkin rasanya nampak janggal gitu....

      2.Seorang ayah ingin menikahkan bayinya yang baru lahir dengan kawan baiknya. Boleh tak boleh?

      FS:Yes, boleh! Sah nikahnya. tapi jika dia 'MELAKSANAKAN'nya, apa impaknya?
      P: tak tahu plak boleh nikah mcmni.... apakah ada nas dan dalil perkara ini pernah dibuat oleh rasulullah dan para sahabat?...agak meragukan...

      3. seorang yang ingin mengambil hamba dan memperdagangkan orang. boleh tak boleh?

      P:wallahu'alam... saya belum jumpa hadis/al-quran yang mengharamkan....tapi byk hadis nabi memerdekakan hamba...

      4. Seorang yang ingin menceraikan isterinya ketika haid. boleh tak boleh?
      FS:Yes, boleh. cerainya jatuh. tapi apa impaknya? apa hukumnya? dia berdosa.
      P: owh ...baru sy tahu....

      perlaksanaan hukum mesti melihat KEADAAN ZAMAN yang BERUBAH.
      P:TAPI ADAKAH POLIGAMI ITU TELAH BERUBAH....adakah ayat quran boleh diUBAH? saya tak nampak apa yang ustazah nak sampaikan disini...adakah ustazah ingin mansuhkan poligami?

      jika akhi ingin menikah lagi di luar 'sebab-sebab' yang dipandang positif, maka nikahlah. kami semua tidak menanggung IMPAK yang bakal akhi hadapi nanti.
      P:hahaha InsyaAllah jika yakin mampu ADIL saya nikah lah nanti ustazah.... siapa kata kamu semua tidak menanggung IMPAK yang mungkin saya hadapi nanti...(masa depan siapa boleh agak....mungkin SUAMI ustazah akan berpoligami nanti MUNGKIN INSYAALLH....siapa boleh menentukan....hanya ALLAH saja yang tahu)

      Delete
    18. FS:Berpoligami lebih baik daripada berzina. Namun, bertaubat dan tetap berkahwin satu LEBIH baik daripada berpoligami.
      P:ish....konpius tgk ayat USTAZAH ini...ADAKAH ustazah mengesyorkan LELAKI(suami org) berzina lalu bertaubat dan cukuplah dengan ada seorang ISTERI sahaja...dan jika dia terlanjur lagi maka dia pon bertaubat lagi dan berulang-ulang perkara tersebut kerana LEBIH BAIK DARI POLIGAMI...ustazah kalau pon ustazah suka MONOGAMI tapi jgn lah keluarkan ayat sebegini...saya tak pernah kata poligami itu lebih baik dari monogami...tetapi apa yang saya nak kata adalah kenapa kita perlu memandang negatif POLIGAMI....dan jika zaman berubah pon adakah kita nak biarkan IA SENTIASA NEGATIF ...pelik pelik benar dunia ini YA ALLAH..

      FS:Bukan BERPOLIGAMI sahaja boleh disebut TAQDIR.
      BERCERAI juga boleh disebut TAQDIR bila ia berlaku.
      P: ya memang benar bercerai juga taqdir...tapi kena la ikut al-quran dan hadis caranya kan ustazah...

      Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.....
      (Al-Baqarah 2:229)

      Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
      (Al-Baqarah 2:231)

      *Ya Allah jangan lah Kau jadikan isteri-isteri hambaMU menjadi gila, sakit dan tidak bernafsu hanya kerana suami mereka berkehendak untuk mempoligamikan mereka...rasanya lebih baik ENGKAU berikan kpd mereka nikmat hidup berpoligami...:)SESUNGGUHNYA ENGKAU LEBIH MENGETAHUI...

      Delete
    19. Saya syorkan kepada para suami agar jangan dekati zina, jaga pergaulan, jangan main kayu tiga di belakang, jaga sebahagian pandangan, kekang hawa nafsu...insyallah kalian akan menjadi suami yang MAMPU menahan nafsu dan tidak perlu lagi kepada ayat..."Saya nak berpoligami sebab takut berzina."

      Lelaki yang berpoligami secara terhormat (tidak sorok2, tidak berahsia, hormat hati isteri sedia ada, berani berdepan pihak beruatoriti untuk membuktikan dia mampu berlaku adil), ada keperluan yang mendesak,....poligami mereka ini memang wajar dihormati oleh masyarakat.

      Kaum wanita jangan risau jika mempunyai suami yang asyik ancam dengan poligami, melawak pun hanya dengan isu sensitif ini....
      Islam raikan kalian dengan tiga pilihan:
      1. Merelakan.
      2. Pertahankan monogami di mahkamah dengan mengemukakan bukti suami tidak MAMPU ADIL.
      3. Minta dibebaskan. Boleh bina hidup baru dengan lelaki yang lebih tahu meraikan fitrah dan sensitiviti isterinya.

      :) hidup ini bahagia dengan ISLAM. semua ada solusinya. Tiada siapa boleh buat kita derita selagi Allah ada.

      Delete
    20. POLIGAMI bukan hanya untuk mengelak ZINA sahaja.....jangan memandang poligami terlalu sempit...

      Ya sememangnya lelaki tu PERLU dihormati(tidak sorok2, tidak berahsia, hormat hati isteri sedia ada, berani berdepan pihak beruatoriti untuk membuktikan dia mampu berlaku adil), ....

      syarat "keperluan yang mendesak" lazimnya adalah alasan syarat sesetengah wanita yang PENTINGKAN DIRI kerana tidak MAHU DIPOLIGAMI....Isteri pertama sering dikatakan dirampas suami..isteri 2, 3 dan 4 lazimnya dikatakan "perampas"...jikalau tidak terdesak tak boleh ke poligami? boleh dan dibenarkan...CINTA itu fitrah ....nikah adalah jambatan UTAMA... POLIGAMI tidak menentukan isteri mana lebih utama...semuanya ADIL...kerana isteri 2 3 dan 4 juga adalah wanita sepertimana isteri pertama

      *ada wanita asyik melihat sensiviti ISTERI shj dan MENGABAIKAN sensiviti SUAMI....inilah yang mereka laungkan-laungkan..dan di sertakan dalam laungan mereka dgn fakta keadilan islam....tetapi disertai berat sebelah kepada hak wanita sahaja tanpa melihat sensiviti lelaki...herm..inilah akan terjadi apabila lelaki dan wanita membincangkan ISU POLIGAMI....

      *adakah perlu ALLAH menurunkan MALAIKAT untukmenjadi hakim mengadili kerana ia tidak berjantina? pakai otak fikirlah wahai lelaki dan perempuan..

      *saya amat setuju akan islam raikan 3 pilihan yang ustazah katakan ....tetapi jika digunakan pada tempatnya...

      *saya terfikir kenapa lelaki sahaja dibenarkan poligami...kenapa perempuan diharamkan poligami? mesti ada sebab...ALLAH suka orang yang luas pemikirannya...

      Delete
    21. Aku pelik kenapa kita banyak meceritakan derita POLIGAMI dari BAHAGIA POLIGAMI...

      herm...sungguh tidak adil manusia ini.....

      Delete
    22. Fatimah A-Zahra dan semua puteri Rasulullah SAW adalah wanita paling solehah di dunia, fitrah mereka tidak rela bermadu. Betapa fahamnya Nbai soal fitrah, baginda tidak pernah menghukum puterinya PENTINGKAN DIRI.

      tidak hairanlah ulama memberi kaedah, pentingkan diri dalam soal akhirat, jangan pentingkan diri dalam soal dunia. sudah tentu pernikahan amat erat dengan soal akhirat.

      Isteri-isteri Rasulullah SAW kecuali Khadijah adalah contoh wanita yang sanggup bermadu, kerana konteks ketika perang ketika itu, sekian banyak wanita kehilangan suaminya. Lagipun, siapa mahu kehilangan suami seagung Nabi?

      Konteks hari ini, setiap 100 orang wanita ada 130 orang lelaki belum berkahwin. Lelaki lebih ramai dari wanita. Lelaki yang tidak pentingkan diri akan kasihan pada kaum mereka sendiri. mereka juga ada hak untuk menikah. Siapa nak didik lelaki ini?

      Sungguh adil dan bijaksana para ulama sedunia yang meletakkan MONOGAMI lebih baik daripada POLIGAMI. Mereka sangat faham hukum dan sangat faham realiti.

      maka, lelaki yang nak berpoligami, carilah wanita yang sanggup berpoligami dengan RELA (bukan PAKSA), sebagai isterinya.

      wanita yang tidak sanggup berpoligami, janganlah menerima lelaki yang nak berpoligami sebagai suaminya. atau pilihlah perceraian.

      Islam meraikan hak dan maslahat semua pihak.

      Sungguh bahagia menjadi orang Islam:)

      Delete
    23. Ramai mengunakan cerita fatimah az-zahra... kerana cerita itu khusus untuk wanita bernama FATIMAH AZ-ZAHRA dan situasi yang dihadapinya...janganlah samakan dengan fatimah yang bukan az-zahra dan perempuan yang lain dan meletakkan spada semua situasi untuk meberi alasan tidak dipoligami.....aisyah dan isteri isteri lain juga kuat cemburunya...tetapi kenapa Nabi menikahi juga...adakah Rasulullah melawan FITRAH juga..

      Kisah Fatimah itu bukanlah kerana FATIMAH AZ-ZAHRA tidak suka dipoligami...masakan FATIMAH wanita solehah menolak hukum poligami dan RASULULLAH mengharamkan bagi ALI hanya kerana FATIMAH tidak suka...tetapi PERKARA UTAMA adalah kerana yang hendak diPOLIGAMIkan adalah anak musuh Rasulullah ...

      "Abu Yamân meriwayatkan kepada kami dari Syu'aib dari Zuhri dia berkata, Ali ibn Husain meriwayatkan kepadaku bahwa Miswar ibn Makhramah berkata, Sesungguhnya Ali meminang anak perempuan Abu Jahal. Kemudian Fatimah mendengar tentang hal itu lalu kemudian dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Kaummu mengira bahwa kamu tidak marah karena putri-putrimu. Dan ini Ali (ingin) menikahi anak perempuan Abu Jahal." Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri, maka dia pun berdiri. Kemudian aku mendengarkan Beliau ketika mengucapkan tasyahhud (seperti pada khutbah) dan berkata, "Amma Ba'd, Aku telah menikahkan Abu Âsh ibn Rabî' kemudian dia berbicara kepadaku dan jujur kepadaku. Dan sesungguhnya Fatimah adalah darah dagingku dan aku tidak senang ada sesuatu yang menyakitinya. Demi Allah, tidak berkumpul anak perempuan Rasulullah s.a.w. dengan anak perempuan musuh Allah pada satu laki-laki." Kemudian Ali meninggalkan pinangannya."
      Hadits Sahih dan diriwayatkan oleh Imam Muslim (halaman 1903-1904), Abu Daud (nomor 2069), Ibnu Majah (hadits (1999) dan al-Muzzi menisbatkannya juga kepada riwayat Nasa`i

      Delete
    24. Rasanya Rasulullah SAW tidak hanya poligami hanya kerana konteks peperangan yang menyebabkan wanita kehilangan suami...rasanya lebih dari itu jika kita lihat dengan kontek yang lebih luas diantara perasaan peribadi Rasulullah dan kontek semasa....sehinggalah Allah menurunkan ayat me"limit'kan isteri kepada 4 orang....

      dalam Poligami...konteksnya sangat luas... poligami tidak akan terjadi jika tiada wanita menerima pinangan suami orang...maka adakah kita perlu menidakkan diantara cinta seorang wanita dgn seorang suami orang hanya kerana isteri pertama tidak suka dipoligami?

      FS:Konteks hari ini, setiap 100 orang wanita ada 130 orang lelaki belum berkahwin. Lelaki lebih ramai dari wanita. Lelaki yang tidak pentingkan diri akan kasihan pada kaum mereka sendiri. mereka juga ada hak untuk menikah. Siapa nak didik lelaki ini?
      P: konteks harini kat mana? kat malaysia ke? betul ke fakta tu? adakah benar? mungkin ada ralat? Lebih baik ambil kontek satu dunia dari ambil kontek sebuah negara sahaja...kerana ISLAM is universal..

      Jikalau fakta itu benar sekalipun,,,Allah tahu apa yang direncanakan ia...

      Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
      (Al-Nahl 16:72)

      Sememangnya Islam meraikan kemaslahatan semua pihak...

      *alangkah indahnya jika kita seimbangkan hal poligami ini...

      wallahu'alam

      Delete
    25. Banyak silap faham berlaku bila kita 'tafsir' ikut rasa-rasa....

      saya cadangkan, pergi ke perpustakaan, cari Kitab syarah hadis sahih Bukhari, Fathul Bari, Ibnul Hajar al-Asqalani...dan tengok tafsiran ulama muktabar sendiri terhadap hadis ini.

      Beliau tidak sempitkan tafsiran kepada satu tafsiran ini sahaja bahkan ada 3 dengan matan hadis yang lebih kurang sama tapi berbeza-beza.

      1.Kerana anak Abu Jahal.
      2.Kerana semua puteri Rasulullah (bukan Fatimah sahaja) mempunyai syarat ta'liq sejak awal tidak mahu dimadukan.
      3.Kerana meraikan hak Fatimah (hak wanita).

      Beliau lebih rela bercerai dari hidup bermadu.

      Jika akhi ingin berpoligami, tiada siapa hendak menghalang.Akhi mungkin mempunyai kondisi tersendiri.

      Jika isteri akhi merelakan, hargailah pengorbanannya itu.

      Jika isteri akhi tidak merelakan, 'iktiraflah' haknya untuk mempertahankan monogami di mahkamah (bolehjadi suami tidak adil sejak ada seorang isteri lagi).

      Jika akhi di pihak benar (rasa mampu dan rasa ada keperluan khusus), kenapa perlu takut berhadapan pihak keadilan? Bukankah tindakan ini lambang 'macho', gentlemen dan lebih menepati tujuan meraikan maslahat semua pihak.

      Atau jika isteri akhi minta dibebaskan, janganlah menghukum dia 'penentang hukum Allah' kerana Islam meraikan hak wanita untuk memulakan perceraian.

      Bukan lelaki sahaja ada rasa 'sudah tidak sudi' lagi kepada isterinya (saya yakin akhi tidak begitu). Sebagai manusia biasa, wanita juga boleh jadi 'sudah tidak sudi' kepada suaminya.

      Banyakkan komunikasi berkesan, bincang elok-elok dan hormati pilihan yang 'meraikan hak semua pihak'.

      Delete
    26. Salam...

      dah lama tak jenguk kat sini...:)
      ok saya lebih suka kalau ustazah sendiri yang beritahu saya tentang hadis hadis tersebut yang berbeza mantannya dan hujah para ulamak yang dikatakan muktabar tersebut...dan yang manakah bagi pendapat ustazah yang lebih tepat pemahamannya dan mendekati kebenaran..

      FYI saya belum kahwin lagi :)....dan lazimnya bila orang yang belum berkahwin berbincang hal poligami...ramai org mengata kepada saya " ahh....engkau kahwin sorang pun belum ...dah nak cite poligami" ...saya senyum je la...memang benar kata mereka...tapi saya lihat bab bincang poligami memang complicated...tidak pernah ada yang seimbang faktanya dan haknya

      jika seorang perempuan tidak kira apa pangkat dan gelarannya berbincang hal poligami pasti cenderung lebih kepada hak wanita...dan seorang lelaki tidak kira apa pangkat dan gelarannya berbincang hal poligami pasti cenderung lebih kepada hak lelaki...

      seperti lazimnya yang kita tahu perempuan mana yang suka poligami(amat jarang sekali kalu ada pon)...dan ramai juga laki yang tidak mampu poligami kerana kondisi masyarakat yang komplek zaman sekarang dan jika nak dibandingkan zaman salafusoleh dulu...

      Delete
    27. satu lagi...jika rasa ada salah tafsir...minta dibetulkan..

      *sbb bila kita asyik bagi pendapat masing2 tidak bersandarkan dalil dan nas dari al-quran dan hadis...maka setiap manusia akan berkata mengikut sukahatinya sahaja...

      *perlunya menyertakan dalil dan nas supaya hujah kita boleh dirujuk...jikalau salah tafsir sekalipun maka boleh diperbetulkan pemahamannya...jikalau terdapat pelbagai tafsir yang masih dalam ruang lingkungan kebenaran maka kita raikannya...jika terdapat tafsir yang batil kita betulkan dengan tafsir yang haq...

      * saya taktahu plak fatimah dan ali ada buat ta'liq pada awal perkahwinan...jika benar sila sharekan dalilnya..

      Delete
    28. persoalan ini akan setel jika akhi 'rajinkan' diri mencari sendiri buku ulama muktabar seperti Ibnu Hajar al-Asqalani, syarah sahih Bukhari.

      semua manusia tak boleh lari dari risiko berat sebelah termasuklah saudara. para ulama muktabar takut Allah, mereka paling kecil risiko bias. jadi, rujuklah terus buku karangan mereka.

      Delete
    29. kalau begitu bagai dikata.... InsyaAllah....

      *alangkah bestnya kalau ada orang berkongsi ilmu....

      Delete
    30. Berkongsi Ilmu memang best, tetapi bukan akhi sahaja yang menjadi tetamu di sini, FS sudah banyak berkongsi masanya untuk melayan akhi serta memberi pelbagai rujukan, sudahkan akhi mencarinya? Jika rajin, baca buku sebarkan cintaMU daripada Fatimah Syarha, beliau ada mengupas dngan teliti soal poligami.. Mungkin akhi belum berjumpa dengan lelaki yg tidak mnyukai poligami tapi lelaki tersebut ada, iaitu suami saya. Suami saya mengagumi kesetiaan ayahnya terhadap ibunya dan lgsg tidak terfikir untuk berpoligami walaupun ayah dan ibunya seorang doktor. Suami saya tidak mahu berpoligami kerana dia memahami betapa sakitnya diduakan tanpa alasan munasabah..

      Delete
  17. Realitinya, ummat Muhammad sudah cukup ramai di atas muka bumi ini. Tapi kasihan, mereka kurang kualiti, kurang didikan.

    Ramai para ayah (tidak semua) hanya tahu menambah isteri dan menambah keturunan tapi tidak tahu bagaimana mendidik mereka sebaik-baiknya agar selamat di dunia dan di akhirat.

    Adakah generasi yang kurang didikan ini akan layak menjadi KEBANGGAAN Nabi di akhirat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi saya rasa patut kita bentuk lelaki dalam keluarga masing2(sama ada SUAMI, Ayah, Abang lelaki atau adik lelaki) supaya MAMPU menambah isteri dan MENDIDIK keluarga....MULAKAN dgn KELUARGA Terdekat dahulu....(tapi kalau tak mampu jgn buat- rujuk albaqarah 286..)...aja! aja! fighting!!! hehehe... Barulah RAMAI dan BERKUALITI umat Muhammad SAW.... kenapa kita perlu berfikiran negatif dalam bab poligami...tahu mengkritik tanpa memberi jalan keluar...agak sempit ..wallahu'alam

      DOA --- USAHA --- TAWAKAL...

      Delete
    2. Sekali lagi, ini pendapat yang bertentang dengan fitrah CINTA, setia hanya pada satu cinta sebagai asal. Islam adalah suatu agama yang sangat meraikan fitrah.
      Sila rujuk buku CINTA oleh imam-imam muktabar seperti Ibnul Qayyim.

      Delete
    3. buku arab ke? tak pandai arab la ustazah

      Delete
  18. Wanita tidak mahu BERPOLIGAMI adalah soal FITRAH di dunia, kadang kala tida kena mengena dengan suaminya mampu berlaku adil atau tidak.

    Semua puteri Rasulullah SAW mempunyai suami yang mampu berlaku adil tapi mereka tidak MEMILIH hidup berpoligami dan ini diskong kuat oleh ayah mereka. Kerana tiada keperluan, maka tiada sebab mengambil rukhsah/keringanan.

    Begitu juga lelaki, RAMAI LELAKI YAKIN DIRINYA MAMPU BERLAKU ADIL, tapi FITRAH cintanya hanya cenderung pada satu sahaja cinta. Bila tiada keperluan, maka dia TIDAK MEMILIH kehidupan berpoligami.

    Jumhur ulama termasuk al-Qaradhawi menyetujui bahawa poligami hanya akan menyulitkan seseorang di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memang FITRAH....tapi hakikat zaman skarang ibarat POLIGAMI seperti amat buruk dimata perempuan-perempuan LAZIMnya... bak pepatah bukan negara ARAB "poligami IBARAT CERITA HANTU BAGI KAUM WANITA"..


      Semua puteri Rasulullah SAW mempunyai suami yang mampu berlaku adil tapi mereka tidak MEMILIH hidup berpoligami dan ini diskong kuat oleh ayah mereka. Kerana tiada keperluan, maka tiada sebab mengambil rukhsah/keringanan---saya tak tahu plak cerita nabi sokong dalam hal tersebut...MUNGKIN Nabi memberi nasihat kerana nabi mendapat tahu dari ALLAH bahawa mereka tidak mampu dalam poligami...tetapi tidak MUNGKIN itu DIHUKUMkan keatas semua manusia secara qatie..wallahu'alam...kalau boleh kongsi lah kisah@nas@dalil...

      Begitu juga lelaki, RAMAI LELAKI YAKIN DIRINYA MAMPU BERLAKU ADIL, tapi FITRAH cintanya hanya cenderung pada satu sahaja cinta. Bila tiada keperluan, maka dia TIDAK MEMILIH kehidupan berpoligami.
      -YA memang benar...BILA ada keperluan apabila dikehendaki ALLAH...tapi kesian kat depa yang poligami...kerana fikiran negatif masyarakt dalam bab poligami menyebakan mereka tak senang dukuk wallahualam..

      Jumhur ulama termasuk al-Qaradhawi menyetujui bahawa poligami hanya akan menyulitkan seseorang di dunia dan di akhirat.---bersangka baik.. mungkin dia mengatakan pada hakikat zaman skarang dan tengah berusaha untuk mendidik lelaki kearah yang SEPATUTNYA ADIL..

      *saya pon tak tahu lagi berpoligami atau tidak...tapi sememangnya apa yang saya sedari perempuan zaman skarang AMAT AMAT NEGATIF lazimnya dalam hal poligami...saya pon tak tahu kenapa...syaitan kot(mcm rasulullah kata kat aisyah)...tapi HAKIKATnya POLIGAMI dibenarkan dengan POSITIF... bukan dengan negatif...barulah kalau tak mampu jgn buat mengundan negatif.. lainlah perkara HARAM yang nyata mcm ZINA, ARAK, JUDI, SYIRIK.... memang sah sah firstnya NEGATIF selamanya selagi mana tidak berubah kepada HALAL iaitu positif...yakni Kahwin, Minuman yang halal, mencari rezeki yang HALAL dan AQIDAH yang benar...

      wallahu'alam...

      *apa yang saya nak sampaikan mari KITA POSITIFkan minda dalam hal poligami...InsyaAllah

      Delete
    2. ..tapi sememangnya apa yang saya sedari perempuan zaman skarang AMAT AMAT NEGATIF lazimnya dalam hal poligami

      berterima kasihlah kepada Allah sebab anda tidak dijadikan sebagai perempuan.... saya rasa kalau anda seorang perempuan barulah awak faham... apa boleh buat, lelaki pun akan tuduh kami kata " memanglah awak tak faham poligami sebab lelaki memang suka perempuan banyak2 keliling pinggang" ....

      wanita tiada hak untuk bersuara dan hak untuk diri sendiri... adakah ini Islam yang sebenarnya?

      Delete
    3. berterima kasihlah kepada Allah kerana Allah menghalalkan poligami kepada yang mampu...

      *sama ada saya suka poligami atau tidak suka....tiada kena mengena...Allah dah halalkan....Allah dah tentukan..Allah lebih mengetahui apa yang Ddia lakukan..

      *jika perempuan tidak suka poligami... itu ujian Allah kepada perempuan itu...jangankan pula memperjuangkan untuk menampakkan ia negatif.... jika kamu tidak sedemikian takperlu terasa..

      Delete
    4. X payah poligami,,, yg bru nk kawin 1st pun isunye patut sama berat ngan yg nk poligami, gov make sure lelaki dan perempuan tu ade asas agama, bukan stakat rukun nikah je yg nk dihafal, ni tidak,, ade yg kawin qunut pun x tau, ade stengah tu smpai anak dh 10 pun x reti benda wajib agama, solat puase, nk tau ape kaitan ngan poligami, lelaki ni ketua keluarga, datuk sy sndri kwin 3, bahagia je nmpk, lg bahagia dr uncle sy yg kwin 1,bini kuat mnjwb, berfikir ikut emosi, knon sbb ape die ckp btl sbb blaja lg tinggi dr uncle sy, sy x salahkn bini die, salah die la x pandai haja bini die tu, pak usu sy plak konon nk ikut datok sy poligami, tp takot ngan bini pertama,bohong sne sn,,, sy sndri anak pd bini kedua, bile interview mak sy sndri, die xpela msti ade hikmah, admin jgn sekadar rekomen novel yg ade kaitan cinta, cinta tu luas mksudnye,, yg pasti cintai yg esa dahulu, klu nk cer pasal zman pulak, admin tau x betapa besarnye impak pasal fitnah dr langit?, fitnah dr langit nila yg membentuk generasi kita skrg, sistem pembelajaran, sistem rumah tangga, waktu kerja, tu smua dh di setup smpai kdang2 pemerhati bebas mcm kite ni yg knon blaja tinggi2 ni btl sebetulny pendpt kite, jgn di tegah benda yg luar kuasa kita, itu katanye, itulah kite ikut, jgn hanya kerna zman kita ubahnye knon untuk keharmonian, sesungguhnya allah maha mengetahui,, ape mksud admin tidak digalakkn klu tidak ade keperluan?, klu allah dh wujudkn cinta kat hati suami wanita tu kat wanita lain?, brani ke admin kata ianye tidak patut?, dr segi kemampuan zahir dan batin pulak, skrg ni smua yg nikah sorunk tu smua mampu ke segi zahir dan batin?, so kite balik pulak pada jodoh, jodoh tu antara rahsia allah, sy sndri x sangka nikah mse sy blaja, spe sy nk lwan jodoh, sy lihat penyokong admin plaak ade yg ckp bersyukur jd lelaki bukannye wanita, walhal wanita lg senang msuk syurga, bukan ke akhirat yg kita cr? Lelaki @ wanita sama2 patut bersyukur, msing2 ade bahagiqn msing2, tanggungjwp lelaki lg besar dr wanita,, tp yg x bestnye sy tgok isu poligami ni x abis2 nk di arca,,,

      Delete
  19. Ana cadangkan akhi beli buku SEBARKAN CINTA-MU untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu poligami.

    Ringkas kata...contoh situasi:

    bila ada orang kata, "Saya tak suka mak ayah saya bercerai."

    Orang yang negatif akan menghukum dia memandang syariat penceraian secara negatif. Menentang hukum Allah yang menghalalkan perceraian. Menyamakan perceraian dengan judi, zina dsb.

    Orang yang positif akan memandang dia sedang memandang syariat penceraian kena pada tempatnya...iaitu meletakkan hukum harus di tempat harus, hukum makruh di tempat makruh dan seterusnya.

    Hal ini yang kita perlu lebih jelas. Pandang sesuatu dengan merujuk 'hukum asal' pada perkara itu. Perlulah merujuk para ulama yang muktabar, bukan rasa-rasa hati kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bukan nak berdebatkan pasal HUKUM...memang poligami itu hukum asal adalah HARUS(rukhsah)...apabila mendatangkan kezaliman dan kemudaratan maka HARAM... jadi tiada apa berbeza pon...

      TAPI saya punya point nak ckp.... persepsi ORANG PEREMPUAN LAZIMNYA tentang HAL poligami...MAJORITI adalah negatif..seakan-akan "poligami IBARAT CERITA HANTU BAGI KAUM WANITA"..
      ...wallahu'alam..

      *saya tak pernah menolak pendapat ulamak muktabar..tapi saya memilih pendapat mereka yang tepat dgn al-quran dan sunnah...selalunya yang berfahaman SALAF...

      Delete
    2. Al-Qaradhawi, Ibnul Qayyim (anak murid feveret Ibnu Taimiyah), Semua Imam mazhab yang 4, Al-Banna, semuanya lebih menganggungkan golongan salaf berbanding kita...cuba rujuk apa kata mereka berkaitan hal ini.

      Delete
    3. Ya BENAR...:) marilah mengikut fahama SALAF... menegakkan suatu dgn nas dalil dari al-quran dan hadis...:)

      Delete
    4. Betul tu. Tapi fahaman salaf dan 'golongan salafi' adalah suatu perkara yang BERBEZA...

      Delete
    5. berbeza ek? apa yang berbeza...

      FAHAMAN SALAFI vs GOLONGAN SALAFI ... moga ustazah cerahkan...saya pon konpius gak ni..

      Delete
    6. fahaman salafi merujuk kepada fahaman generasi awal. semua ulama mencintainya.Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi'ie, Imam Ahmad, Al-Qaradhawi, Wahbah Zuhaili dan semuanya berusaha menepati fahaman generasi awal/salafi, dalam masa yang sama mereka tidak menolak 'tajdid' sebab hukum-hakam fikah kadang kala boleh berubah mengikut kondisi dan zaman. Contohnya: perhambaan.

      'golongan salafi' pada hari ini, ialah puak yang dilabel oleh orang lain atau dia melabel puaknya sendiri dengan 'nama itu'.

      Delete
    7. yang saya faham pon mcm ustazah faham...

      tetapi ada beberapa hukum pasal wanita musafir/melancong tu saya berapa faham..boleh jelaskan? adakah dibenarkan wanita melancong tanpa mahram?

      Delete
    8. wanita dibenarkan bermusafir tanpa mahram jika ada keyakinan kuat aman fitnah. hadis yang menegahnya berbentuk 'saddu zaroi'" iaitu tutup pintu fitnah. ikut kaedah, larangan bersifat tutup pintu fitnah, boleh diceraikan jika 'apa yang dikhuatiri' itu tidak lagi dikhuatiri.

      fitnah yang dimaksudkan di sini berbentuk keselamatan wanita daripada dibunuh dsb.

      musafir beramai-ramai seperti naik bas, kapal terbang dsb diyakini kuat aman fitnah.

      Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan ada hadis sahih menerangkan Rasul merasa takjub bila tiba satu zaman wanita dapat bermusafir ke Iraq dengan aman. (sila rujuk balik hadis ni).
      wallahua'lam.

      Delete
  20. Ini pendapat Jumhur Ulama ke pendapat beberapa ulama yang terdiri dari Jumhur Ulama?

    ReplyDelete
  21. Berpoligami lebih baik daripada berzina. Namun, bertaubat dan tetap berkahwin satu LEBIH baik daripada berpoligami. >> Saya kurang setuju dengan statement ustazah. Tidak semua situasi berkahwin satu itu lebih baik, ada situasi berpoligami itu lebih baik.

    Memang benar, poligami itu akan membebankan seseorang lelaki, tapi perkahwinan dengan seorang itu sendiri pun membebankan juga. Jadi adakah kita nak lari dari bebanan? Sudah tentu tidak. Malah perkahwinan itu adalah sunnah bagi mereka yang MAMPU.

    dari Ibn Mas'ood ra, "wahai pemuda, barangsiapa yg mampu kahwin hendaklah dia berbuat demikian) Muslim: Kitab Nikah ms 1038.

    Jadi apa terjadi kepada mereka yang sebenarnya tidak MAMPU? Adakah muktamad hukumnya makruh? Kenapa mereka yang hendak berkahwin satu ini tidak ditelitikan keMAMPUannya sama seperti mereka yang hendak berpoligami? Berapa banyak kes dera, ketidakadilan terhadap isteri yang terdiri daripada golongan yang berkahwin satu berbanding dengan yang berpoligami?

    CINTA. Cinta itu satu. Kepada siapa? Kepada Allah atau suami atau anak2? Jika memang sebetul2nya suami ustazah hendak berpoligami dan dia MAMPU berlaku adil, adakah ustazah akan merelakan demi CINTA kepada Allah?

    Saya sebenarnya sudah jelak membaca penulisan yang seakan memburukkan konsep poligami sedangkan pendidikan tentang cara2 Nabi kita berpoligami tidak disebarkan. Yang ditekankan hanyalah "Lelaki perlu bersifat ADIL!" dan konsep ADIL (meletakkan sesuatu di tempatnya) tidak diajar kepada para suami dan isteri itu sendiri. Jangankan konsep adil, nafkah wajib yang sebenar2 kepada seorang isteri pun tidak diajar.

    Mungkin kaum wanita mengatakan "Biasa la, lelaki mesti la nak poligami". Tapi pada saya, saya lebih sedih melihat kaum wanita yang bersifat pentingkan diri sendiri membiarkan kaum mereka sendiri terbiar dan tidak terjaga. Saya terbaca artikel di dalam majalah Wanita (kepunyaan isteri saya) yang merintih memohon simpati pada kaumnya sendiri untuk berkongsi kasih. Mungkin jika Ustazah berada di tempat mereka, ustazah akan menulis penulisan yang menggalakkan konsep poligami berpendidikan.

    ReplyDelete
  22. Beberapa pendapat dari para isteri yang berpoligami dengan baik.
    http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-433649.html


    Dari idadzira:
    meh sini aku ceritakan kebaikan poligami. Aku ni isteri no 4.
    1. Banyak masa untuk diri sendiri, kalau 24jam je suami ada bosan. (mula2 kawin tu boleh la nak berkepit 24jam)
    2. Tak payah pikir nak masak apa lepas balik kerja. (Kalau suami x de la, kalau ada kena la masak)
    3. Lagi lama x jumpa lebih rindu, lebih la segalanya nanti :$
    4. Dapat ramai anak instant, hehehe aku ada 18 anak tiri, anak sediri sorg jer.
    5. Kurang sikit gaduh coz jarang jumpa so bila sesekali jumpa tu nak romantik jer

    Tapi yang penting hati kena redha, sabar dan pandai berdikari. Jangan kuat cemburu, sikit cemburu mesti ada. Tak perlu nak ambil tahu hal isteri2 yang lain...jangan busy body. Jangan terlalu meminta2 sampai suami pun pening kepala.

    Dari Dayana29:

    patut trasa mcm tpangil2 je ... rupanya ade yg mnyeru dah ;P

    :loveliness::loveliness: sbagai isteri ptama mmng best la bila ;
    1) ade waktu utk diri sndri ( ni paling ana suka sbb sblm ni ssh sikit nak abiskan masa lama2 dgn kawan2...)
    2) tiap bulan dpt simpan duit gaji bnyk sikit sbb pbelanjaan rumah/dapur dah kurang ...
    3) dekat rumah lebih releks ( takde nak masak bria2 hari2 lagi, basuhan baju pun kurang)
    4) bila balik rumah mertua / pergi bcuti takde kelam kabut nak siapkan anak2 & suami sbb ade madu yg bantu skali....
    5) (ni tak tau la patut ke tak patut) kalau g soping tu rajin benar la madu ana ni nak tlg bayarkan alasan nye ana ade anak2.... best kan org tlg bayarkan


    Dari Haney:
    "Seorang andartu/janda/balu yang memerlukan lelaki untuk dinikahi bagi tujuan pembelaan, teman, nafkah, saluran nafsu yang halal dan lain2 hanya mempunyai pilihan2 berikut:

    a) Bernikah dengan anak teruna/duda
    b) Bernikah dengan lelaki yang sudah berumahtangga
    c) Menahan nafsu dan keperluan insaniah dalam derita
    d) Berzina

    Jika kita jujur dalam membicarakan hal poligami, kita perlu berpegang kepada kaedah/uslub dari sudut Feqah yang menegaskan 揗UDHARAT YANG KECIL HARUS DIPILIH DEMI MENGELAK MUDHARAT YANG BESAR�

    Pilihan untuk terus menahan nafsu dan keperluan insaniah malah keperluan untuk membina rumahtangga baru bagi anak2 (dalam kes ibu tunggal) adalah pilihan yang menafikankan hak diri dan menzalimi diri sendiri apatah lagi pilihan untuk menyalurkan nafsu melalui perzinaan. Maka pilihan yang ada hanyalah melalui pernikahan. "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu daripada beberapa orang yg mendapat keadilan ketika berpoligami, kes berpoligami yg tidak adil pula tidak mahu research(?), bilangannya melangkaui golongan yg mendapat keadilan dlm berpoligami. Fatimah syarha membuat artikel ini bagi situasi sekarang, zaman fitnah- buang bayi, berzina, zaman taraf hidup yg semakin tinggi, zaman di mana ilmu itu menjadi darjat seseorang, zaman di mana anak2 perlu perbelanjaan tinggi. Berpoligami itu memang bagus jika kena pada tempatnya, tetapi menjadi fitnah bagi Islam apabila salah tempatnya. Contoh, isteri dan anak2 yg menderita kerana tidak diberi perbelanjaan yang cukup utk perbelanjaan harian, ingin umat Nabi yg ramai tetapi tidak turut mendidik anak2, menolak semua tanggungjawab di rumah kepada isteri atas alasan mencari duit lebih utk menanggung 2 keluarga. Wanita tidak menolak poligami, malah saya bersangka baik pada mereka yg berpoligami, tetapi kami risau dengan perlaksanaan hukumnya, di mana isteri dan suami tidak diberitahu hak2 mereka, tidak dijelaskan tanggungjawab mereka, tidak dididik utk menerima poligami dalam institusi kekeluargaan. Artikel Fatimah Syarha melapangkan dada kami utk bersangka baik pada mereka yg berpoligami, inshaAllah menerima poligami jika kena pada tempatnya, kreatif menghidupkan keluarga harmoni agar suami terus syg dan mengajak suami utk turut bersama mendidik bakal2 khalifah.

      Delete
  23. Jika sudi nak baca penjelasan berbentuk 'menyeluruh', bukan serpihan-serpihan tentang POLIGAMI, eloklah saudara beli buku bertajuk:

    1) Ciri-ciri unggul masyarakat Islam yang kita idamkan, al-qaradhawi.
    2)Travelog minda tajdid, Dr. Asri.
    3)Sebarkan cinta-Mu, Fatimah Syarha.

    dan banyak lagi:)

    jadi save time kita semua...

    ReplyDelete
  24. Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan." H.R. Bukhari Muslim.

    Ustazah percaya tak pada Hadis ini? Adakah kita nak menyekat poligami atau mendidik cara2 Nabi berpoligami untuk masa hadapan anak cucu kita?

    Saya ringkaskanlah, sebab saya pun tak mahu membuang masa ustazah. Saya berpegang pada apa yang Allah halalkan itu adalah baik dan apa yang makruh dan haram itu adalah sebaliknya. Saya juga berpegang pada Sunnah itu maksudnya apa yang Nabi kita lakukan adalah semuanya sunnah kecuali ada dalil yang mengatakan sebaliknya. Rukhsah itu juga merupakan Sunnah seperti solat Jamak dan Qasar (tak paham kenapa perlu diasingkan??), jadi saya menyokong ulama yg mengatakan poligami itu Sunnah. Masalah ketidakadilan terhadap isteri itu bukan berpunca drpd poligami tetapi drpd suami. Jika itu keadaannya, maka sekatlah juga perkahwinan kerana tanpa perkahwinan tidak akan berlaku ketidakadilan kepada isteri.

    Allah menilai dan Maha mengetahui apa yang terbit di hati kita. Jika apa yang ustazah tulis ini adalah untuk mendidik para suami supaya lebih berhati-hati dan bersedia jika hendak berpoligami, alhamdulillah. Tetapi jika tujuan ustazah untuk menyekat (bukan mendidik) sesuatu yang sudah dihalalkan oleh Allah dan merupakan Sunnah Nabi, saya rasa ustazah lebih mengetahui hukumnya.....

    p/s: Saya akan baca buku2 yang ustazah syorkan itu jika ustazah boleh berikan saya hadis (bukan pendapat) yang mengatakan poligami itu bukan Sunnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Poligami bukan untuk disekat secara total tapi untuk 'diletakkan kena pada tempatnya'.

      Jika kita tak musafir, kita dilarang ambil rukhsah qosar solat.

      Begitu juga, perlaksanaan poligami. Jika terang-terang dengan sorang isteripun tak mampu adil dan tiada sebab yang mengharuskannya poligami, poligami hanya akan jadi racun baginya bukan ubat.

      kita berhukum dengan zaman kita, realiti kita...itu kaedah yang Nabi ajar.

      sekalipun wanita dan lelaki nanti akan jadi 50:1, tiada ayat al-Quran yang menjelaskan lelaki boleh nikah sampai 50. Maka, wanita akan jadi lebih ramai yang tidak berkahwin daripada berkahwin. Jadi, meraikan maslahah yang ramai ini, wanita perlu diajar lebih berdikari, tidak bergantung dengan lelaki, bergantung pada Allah.

      1 lelaki yang ada ketika itupun belum tentu memenuhi syarat untuk berpoligami, yang hukumnya boleh jadi haram, makruh atau harus.

      saya tetap bersama kefahaman jumhur ulama, poligami cuma rukhsah (ambil di tempat yang perlu, bukan diambil mudah dan berwenang-wenang). Kata al-Qaradhawi dari segi fiqh al-awlawiyat, monogami adalah lebih baik dari poligami secara umum. secara individu, hal ini mungkin berbeza-beza ikut kondisi.

      Delete
    2. Tiada dalil yang menunjukkan poligami itu hukumnya sunnah. Fahami maksud sunnah dari sudut hukum dan dari sudut ahli hadis.

      Rasulullah bercerai. Rasulullah ada hamba. Adakah semua itu hukumnya sunnah?

      Boleh baca artikel saya, Kekeliruan Faham Di Sebalik ayat "Poligami Itu Sunnah."

      Delete
    3. tapikan ustazah...

      kalau saya kata macam ni apa pendapat ustazah:

      jika kita bercerai bagaimana nabi bercerai(maksudnya bercerai tanpa menzalimi pasangan atau bercerai secara baik seperti yang diterangkan dalam surah al-baqarah)...bukankah itu juga sunnah?

      Rasulullah ada hamba kerana itu adalah situasi zaman itu...bayangkan satu hari nanti Allah menentukan perang dan menyebabkan penghambaan wujud dizaman akan datang... rasanya kita juga perlu rujuk semula kepada kaedah bagaimana nabi SAW melayan hambanya...bukankah itu sunnah juga?

      begitu juga poligami....jika kita poligami sebagaimana rasulullah poligami bukankah itu sunnah juga...

      wallahu'alam

      Delete
    4. mcm takut kena poligami je ustazah ni..hahaha juz kidding

      Delete
  25. Dr Yusuf Qardhawi berkata apa yang dihalalkan oleh Allah adalah sesuatu yang bermanfaat bagi manusia.Allah tidak akan menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. ini selari dengan firman Allah:

    "ada kalanya kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik bagi kamu dan ada kalanya kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu"

    Masalah perbezaan pendapat antara ulama tentang poligami adalah sunnah ataupun tidak; bukanlah sesuatu yang sangat memudaratkan. Poligami hukumnya harus selaras dengan surah An Nisa ayat 3:

    "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

    Dan Nabi kita pernah berpoligami, juga sahabat2 baginda yang dikasihi. Janganlah sampai isu poligami ini dibesar2kan sedangkan isu zina ditutup, isu buang bayi ditutup. Itu sudah terang nampaknya seakan-akan kita menyekat dan menakutkan masyarakat tentang poligami sedangkan zina sedang berleluasa. Akhirnya, bukan sahaja kaum wanita, malah kaum lelaki juga akan terjerumus ke arah maksiat.

    "Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabikat berdusta." an-nahl:105

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah kita membaca huraian al-Qaradhawi tentang poligami secara 'holistik', bukan serpihan-serpihan.

      Isu zina, isu buang bayi dan banyak lagi, ubatnya pelbagai...bukan hanya poligami. Ubat yang paling berkesan ialah MENCEGAH, JIHAD LAWAN NAFSU, JAGA IKHTILAT....semua ini tidak ditutup bahkan didedahkan ubatnya ini dalam novel saya SEBARKAN CINTA-MU.

      Jika sudi, bacalah dan daparkan gambaran ulama yang lebih luas....

      Delete
    2. "ada kalanya kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik bagi kamu dan ada kalanya kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu"

      ayat ini dalam konteks jihad. jika ingin dipakai dalam konteks poligami, ia tidak boleh difahami secara 'bias' atau berat sebelah.

      kita boleh juga memahaminya sebagai boleh jadi kamu menyukai (perlaksanaan) poligami ke atas dirimu, padahal ianya tidak baik bagi kamu....

      Delete
    3. ..........masazaman nabi Mohammad S.A.W, mmang practical kahwin lebih dari pada 1 kerna ramai kaum lelaki terkorban dimedan peperangan, jadi ratio kaum Adam & Hawa x seimbang...............tpi skrang apa alasannya ? Bayangkan si isteri kahwin lbh dari 1 org suami............si suami dpt trima tak ? .....fikirlah sndiri....................................................................................................

      Delete
  26. tq semua atas lontaran pandangan yang menarik. insya-Allah, fikiran kita akan jadi lebih tajam, kritis dan kreatif.

    moga-moga kita semua sudi lebih 'tulus' dan 'jernih' dengan ilmu. merujuk dari sumber-sumber asal. mengambil kata-kata ulama secara 'menyeluruh', bukan serpihan-serpihan.

    harap-harap, kita tidak menjadi laksana 7 orang buta menerangkan perihal gajah.

    sorang memegang belalainya dan mempertahankan gajah itu lembik.

    sorang pegang gading dan kata gajah itu keras.

    sorang pegang perut dan kata gajah itu empuk.

    sorang pegang ekor dan kata gajah itu macam tali.

    padahal semua itu 'gajah' dari dimensi pelbagai.

    maka, lebih elok kita tahu tentang gajah dari pandangan orang celik yang nampak gajah dari semua sudut, semua dimensi. pandangan holistik ini lebih meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

    Ya Allah, kami berdoa, tunjukkanlah yang benar itu benar dan izinkan kami mengikutinya...

    ReplyDelete
  27. Buku yang sangat baik mengupas tentang poligami ialah buku karangan Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi bertajuk CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN.

    Sudi tak membacanya?:)

    ReplyDelete
  28. Sekali lagi, ini pendapat yang bertentang dengan fitrah CINTA, setia hanya pada satu cinta sebagai asal. Islam adalah suatu agama yang sangat meraikan fitrah. .

    Hukum ALLAH takkan pernah bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.. kalau manusia merasakan hukum itu bertentangan dgn fitrah, maka ketahuilah bahasa dialah yg sebenarnya sudah menyimpang dari Fitrahnya yg telah ALLAH jadikan.

    Setia pada cinta yg asal itu tertuju kpd ALLAH. Itulah cinta yang asal dan itulah Cinta yg terunggul dan hanya ada satu.

    Poligami itu sunnah.

    Dan sunnah itu ada yg haram, harus sunat dll.

    Adil itu bukan khusus utk poligami. Monogami juga kena adil.

    Untuk merawat umat akhir ini, kena lihat bagaimana umat awal dulu dirawat...


    Kesian umat akhir zaman...

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika saudara ikhlas mengkaji dan jernih pada kebenaran, cuba datangkan pendapat ulama mana yang mengatakan HUKUM ASAL POLIGAMI ITU SUNNAH?

      cuba bandingkan pula dengan hujah lautan ulama sedunia yang mengatakan HUKUM ASAL POLIGAMI ITU BUKAN SUNNAH....

      apa yang saudara faham tentang hukum asal atau AZHIMAH? kena rujuk kitab-kitab usul al-Fiqh jika mahu lebih jelas.

      Jika akhi benar-benar jujur pada ilmu, cuba baca kenyataan dan syarah Ibnul Qayyim TENTANG KAEDAH-KAEDAH CINTA di dalam kitab beliau sendiri, CINTA DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH...

      silakan...

      Jika akhi cuma mahu memenangkan pendapat sendiri dan mengenepikan pendapat semua ulama, maka itu pilihan saudara...

      maka, hormatilah majoriti muslimin yang tetap ingin bersama pendapat jumhur ulama yang jauh lebih konkrit, tepat dan bersandar dalil-dalil yang kuat...

      :)

      Delete
  29. Jika saudara ingin lebih jelas...
    boleh juga baca ilmu-ilmu asas usul fiqh tentang rukhsah dan azhimah...

    misalnya PERHAMBAAN.
    Manusia fitrahnya bencikan perhambaan sesama manusia.
    tetapi al-Quran hingga kini masih mengharuskannya, kenapa?

    kerana PERHAMBAAN itu HUKUM ALLAH yang asalnya cuma HARUS, bukan sunnah, wajib dan sebagainya.
    Nabipun miliki hamba. Itu tak bermakna PERHAMBAAN itu hukumnya sunnah.

    POLIGAMI cuma adat turun temurun sejak zaman jahiliah lagi. Asal hukumnya cuma harus, bukan perintah syariat, atau galakan agama.

    sebab tu perkataan HUKUM ALLAH pun kita kena faham bahawa ia ada lima cabang, bukan bermakna ia wajib sahaja.

    selamat mengkaji.

    ReplyDelete
  30. Baiklah.. Saya dah lihat tulisan tulisan di atas ni dan saya tak fikir ustazah ini adalah seorang yg sedia untuk terima pendapat yg berbeza.. saya harap saya silap.
    Qiyas poligami dgn perhambaan tidak kena pada konteksnya.. Namun apapun saya tak fikir mahu lanjutkan hal ini dan tulisan/komentar saya sebelum ini pun saya niatkan utk pembaca umum yg lain baca dan fikir, bukan utk berdebat dgn ustazah ..lagi pun saya jahil. Hanya seorang umat akhir zaman pada akhir akhir zaman yg jauh terlalu jauh dari Nabinya..

    Sebelum saya tutup.. Saya nak tahu SUnnah itu apa pada ustazah? Hanya mahu tahu dari perspektif ustazah yg mulia..

    Selamat ber'amal, Wassalamu'alaykum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segelintir orang gemar menggunakan ayat 'Poligami itu sunnah,' hingga membekaskan kefahaman kepada sebahagian masyarakat bahawa, poligami itu digalakkan dalam Islam, mulia dan menjadi keperluan untuk dilakukan oleh semua lelaki Muslim yang berkemampuan meskipun tiada apa-apa darurat yang mendesaknya.

      Namun anehnya, golongan yang menyebut-nyebut 'poligami itu sunnah' tidak pula menyebut 'perceraian' dan 'perhambaan' itu sunnah sedangkan 'perceraian' dan 'perhambaan' juga turut dilakukan oleh Nabi. Apa pula alasan mereka ketika meninggalkan ayat 'perceraian itu sunnah' dan 'perhambaan itu sunnah?'

      Mari kita kaji tentang maksud 'sunnah' agar kita bukan sahaja 'tahu' secara tepat tetapi perlu 'faham' secara jelas.

      Sunnah di sisi Fiqh adalah sesuatu perbuatan yang sekiranya dibuat mendapat pahala, sekiranya ditinggalkan tidak berdosa, atau pendek kata ia digalakkan.

      Sunnah di sisi ahli hadis lebih luas maksudnya meliputi kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, persetujuan Nabi (Taqrir) dan sifat Nabi daripada sudut fizikal dan akhlak.

      Sunnah di sisi para ahli usul pula dihadkan kepada kata-kata Nabi, perbuatan Nabi dan persetujuan Nabi (Taqrir) kerana ia mempunyai kesan hukum.

      Mungkin orang yang mengungkapkan ayat 'Poligami itu sunnah' bermaksud mengatakan ia sunnah secara umum, iaitu sunnah yang meliputi semua perbuatan Nabi. Namun, ayat ini selalu difahami oleh masyarakat daripada sudut pengertian hukum fiqh (iaitu digalakkan).

      Kekeliruan 'sudut pandang' menyebabkan pencinta-pencinta sunnah yang baik dan beriman berasakan perlunya mereka melaksanakan poligami walhal jumhur ulama berpandangan Islam tidak menggalakkannya malah mengawalnya dengan ketat dan payah apabila mensyaratkan 'adil'.

      Delete
    2. Ada sesetengah golongan yang berhujah mahu menyebut begini, "Poligami itu sunnah tetapi hukumnya bukan sunat dan bukan digalakkan." Hmm, ok tapi panjangnya ayat ni! Faktanya, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun sahaja pada akhir usia baginda, maka sunnah bermonogami lebih mendominasi daripada berpoligami. Sudut pandang ini perlu dijelaskan kepada masyarakat bersama kejelasan hukum asal poligami bukannya sunnah.

      Sudut pandang sebenar yang perlu difahami ialah poligami cumalah sebagai 'rukhsah' dalam masalah-masalah tertentu, bukannya digalakkan. Inilah pendapat jumhur ulama'. Asal perkahwinan Muslim ialah berkahwin satu seperti kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Dikuatkan lagi dengan hujah-hujah ulama' di dalam buku yang terkenal seluruh dunia, Al-Fiqh waadillatuhu bahawa sesungguhnya peraturan berkahwin satu adalah lebih baik dan ia mendominasi dan ia adalah asal di sisi syarak. Manakala poligami adalah perkara yang jarang, pengecualian (dalam masalah-masalah tertentu) dan bercanggah dengan asal syarak.

      Hukum asal yang lebih tepat bagi poligami menurut jumhur ulama adalah harus, bukannya sunnah. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini. Manakala hukum asal bagi perkahwinan 'monogami' ialah sunnah. Hukum asal bagi perkahwinan 'monogami' ini memang disepakati, maka memang wajar mengatakan 'monogami itu sunnah'.

      Jadi, wajarkah terus menggunakan perkataan 'poligami itu sunnah' dengan hujah menggunakan takrif ahli hadis dan ahli usul, sekiranya nanti masyarakat memahaminya sebagaimana takrif Fiqh?

      Maka pada hemat penulis, ayat 'Poligami itu sunnah,' wajar ditinggalkan sebagaimana wajarnya kita meninggalkan ayat 'Perhambaan itu sunnah', 'Pemerdagangan orang itu sunnah,' 'Perceraian itu sunnah.'Supaya masyarakat tidak keliru dan memahaminya sebagai suatu galakan, lantaran Nabi memang melakukan hal-hal ini atas sebab-sebab yang tertentu sebagai rukhsah apabila darurat mengikut konteks zaman itu.

      Bagi lebih memendekkan perkataan, tinggalkan sahaja ayat "Poligami itu sunnah" dan bertukar kepada ayat, "Poligami cuma harus." "Poligami cuma rukhsah." Sudut pandang ini lebih menjernihkan Islam daripada fitnah golongan orientalis dan missionary sebagaimana dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi bahawa mereka mendakyah Islam ini agama poligami sedangkan poligami dalam Islam bukan perintah, bukan pula digalakkan. Dakyah mereka ini menyebabkan berlakunya islamphobia di Barat terutamanya di kalangan wanita-wanita seluruh dunia. Mari membela Islam dari fitnah!

      Delete
    3. kita berhak menyatakan pandangan berbeza selagi masih dalam daerah khilaf. tapi kita tidak berhak memaksa orang lain mengikut pendapat kita. mari sama-sama banyakkan menghormati, berlapang dada dan berbaik sangka. itu lebih bahagia:)

      saya bersama pendapat al-Qaradhawi dalam isu poligami. Rujuk bukunya Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan.

      Delete
    4. siakap senohong gelama ikan duri
      bercakap bohong lama-lama mencuri

      Delete
  31. Betul lah apa yang al Faqir katakan... terpulang lah pada pembaca lain untuk menilai 'ustazah' ni...

    kerana PERHAMBAAN itu HUKUM ALLAH yang asalnya cuma HARUS, bukan sunnah, wajib dan sebagainya.
    Nabipun miliki hamba. Itu tak bermakna PERHAMBAAN itu hukumnya sunnah.
    >> kan dah terang turunnya suruhan untuk menghapuskan sistem perhambaan? Sama la macam arak... mula2 halal, kemudian diharamkan.. adakah kita nak ambil hukum yang halal pada mulanya dan berhujah?? Nabi ikut kata Allah, kalau Allah cakap haram, maka haramlah... kalau halal, halal lah..apa lagi nak hujah??

    POLIGAMI cuma adat turun temurun sejak zaman jahiliah lagi. Asal hukumnya cuma harus, bukan perintah syariat, atau galakan agama. Kalau macam tu, apa yang Nabi buat adalah adat turun temurun zaman jahiliah? Adakah ayat quran yang turun yang menghalang poligami sama seperti perhambaan dan minum arak?

    Saya faham 'ustazah' adalah seorang yang sangat berilmu, dan kami ini hanya umat akhir zaman yang biasa dan jahil... oleh itu saya berpegang kepada kepercayaan kepada Tuhan: Apa yang dihalalkan oleh Allah itu adalah baik. Kita yang memburukkan sesuatu itu, bukan hukum Allah. Tanpa pendidikan, baca Quran pun boleh jadi haram. Adakah kita nak mengharamkan baca Quran?? Tak, kita didik cara membaca Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hormat. Pernyataan saudara ini mendedahkan bahawa saudara masih keliru tentang konsep hukum asal dalam 'azhimah' dan 'rukhsah' serta sunnah tadarruj (berperingkat-peringkat) dalam pensyariatan sesuatu hukum hingga ia menjadi suatu azhimah (hukum asal yang ang tetap)...

      maka, saya cadangkan eloklah saudara ambil sijil syariah atau fiqh dan usul pada masa lapang di um, atau uia atau di mana-mana IPT untuk elbih jelas...seronok mendalami ilmu agama dengan lebih luas. jauh dari ikut-ikutan dan jauh daripada membahas ilmu Islam dengan apa yang kita tidak tahu...

      saya juga cadangkan, eloklah saudara buka dulu kitab-kitab tafsir muktabar, (kalau kat Malaysia boleh rujuk Ustaz Zahazan, pakar tafsir), rujuk juga kitab-kitab fiqh yang mahsyur seluruh dunia seperti Fiqh Perundang Islam...saya cuma kasihankan saudara. jika kita bercakap tanpa bersandar ilmu dan rujukan yang benar... takut-takut nanti kita terjebak ke dalam kancah 'memfitnah' dan 'melabel' orang tidak kena pada tempatnya kemudian Allah malukan diri kita dengan kejahilan diri kita sendiri...(nauzubillah).

      maka, elok membaca sebelum bercakap isu yang bukan bidang kita. sekadar cadangan. jika tak mahupun, apa nak buat kan?:)

      Delete
  32. ustazah, mohon share post nh.. TQ =)

    ReplyDelete
  33. ** POLIGAMI hukumnya dibolehkan/harus namun boleh bertukar menjadi makruh, sunat ataupun haram...

    mengikut kitab al-fiqhul manhaji, kitab fiqh mazhab syafie menerangkan hukum asal poligami adlah harus dan dibolehkan. namun ia boleh berubah menjdi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan indvdu yg berpoligami.

    1. makruh: berlaku kerana keperluan tpi hnya bg menambahkan keseronokan semata-mata dan dia meragui syak kemampuannya utk berlaku adil terhdp isteri2nya. ini kerana perkhwinan akan memberikan kemudaratan kpd istri2nya. sabda Nabi SAW "tinggalkanlah perkara yg meragukan kamu kpd perkara yg tdk meragukan kamu". jka dlaksanakan, akad nikahnya adalah sah namun ia tdk d sukai oleh ALLAH SWT.

    2. sunat : apabila seseorang lelaki memerlukan istri lain, cthnya beliau tdk ckup dgn beristri satu atatupun istri pertamanya sakit ataupun mandul sdngkan beliau amat menghendaki zuriat dan dia berasa mampu berlaku adil terhdp istri2nya, hkum poligami ketika itu adalah sunat.

    3. haram: sekiranya seorang lelaki yg berpoligami berasa zhan/yakin dia tdk mampu berlaku adil terhdp istrinya, mgkin d sebabkan oleh kemiskinan/ kelemahan/dia tdk yakin dia dpt mengawal kecenderungan dab sfat prejudisnya. ianya haram krna akan memberi mudarat kpd orng lain. pelakunya adalah berdosa meskipun akadnya dikira sah. sabda Nabi SAW "tidK ada kemudaratan dan tdk boleh melakukan kemudaratan".

    rujukan : sebarkan cinta mu ; Fatimah Syarha — in Ketereh, Kelantan.salah faham terhadap maksud poligami itu sunnah dalam masyarakat [sama2 kita perbetulkan balik tanggapan ini; saya juga pernah dihujah dengan statement ia adalah sunnah.. so, perbetulkan balik tanggapan masyarakat...]

    ** POLIGAMI hukumnya dibolehkan/harus namun boleh bertukar menjadi makruh, sunat ataupun haram...

    mengikut kitab al-fiqhul manhaji, kitab fiqh mazhab syafie menerangkan hukum asal poligami adlah harus dan dibolehkan. namun ia boleh berubah menjdi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan indvdu yg berpoligami.

    1. makruh: berlaku kerana keperluan tpi hnya bg menambahkan keseronokan semata-mata dan dia meragui syak kemampuannya utk berlaku adil terhdp isteri2nya. ini kerana perkhwinan akan memberikan kemudaratan kpd istri2nya. sabda Nabi SAW "tinggalkanlah perkara yg meragukan kamu kpd perkara yg tdk meragukan kamu". jka dlaksanakan, akad nikahnya adalah sah namun ia tdk d sukai oleh ALLAH SWT.

    2. sunat : apabila seseorang lelaki memerlukan istri lain, cthnya beliau tdk ckup dgn beristri satu atatupun istri pertamanya sakit ataupun mandul sdngkan beliau amat menghendaki zuriat dan dia berasa mampu berlaku adil terhdp istri2nya, hkum poligami ketika itu adalah sunat.

    3. haram: sekiranya seorang lelaki yg berpoligami berasa zhan/yakin dia tdk mampu berlaku adil terhdp istrinya, mgkin d sebabkan oleh kemiskinan/ kelemahan/dia tdk yakin dia dpt mengawal kecenderungan dab sfat prejudisnya. ianya haram krna akan memberi mudarat kpd orng lain. pelakunya adalah berdosa meskipun akadnya dikira sah. sabda Nabi SAW "tidK ada kemudaratan dan tdk boleh melakukan kemudaratan".

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum ustazah, sye nk tnya 2 soalan pda ustzah...

    1 ) mcm mne plak klu si suami yakin akan t'jerumus kelembah perzinaan dgn prempuan t'sebut jika tidak berpoligami wlupun telah b'puasa, tpi dlm mse yg sama dia yakin akan berlaku ketidakadilan t'hadap isteri2nya jika dia berpoligami...so, jln pnyelesaiannye mcm mne ye... =)

    2) adakah m'jadi kslahan isteri jika si suami berzina dgn prempuan lain dgn sbab tidak mendapat keizinan drpd isteri utk berpoligami???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt.

      1) Si suami itu mempunyai beberapa pilihan:

      a)Bertaubat dari dosa mendekati zina dengan sebenar-benar taubat nasuha. Jauhi punca-punca zina terutamanya 'melayan' perempuan yang tidak halal baginya. (Sms perkara lagho, call, fb, chatting, dating dsb). Nabi sendiri berpesan, jika timbul keinginan nafsu dengan seorang perempuan, maka segeralah mendapatkan isteri yang halal kerana ia boleh meredakan keinginan itu.

      Inilah pilihan yang paling high class jika lelaki tu cintakan petunjuk Allah dan Rasul.

      b) Bernikah dengan perempuan yang suka mendekati zina tu lebih baik daripada berzina dengannya. Lelaki yang sukakan maksiat mendekati zina biasanya akan menemui dengan wanita sebegitu juga. Allah berfirman, "Lelaki-lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji." (Surah an-Nur).

      Poligaminya mungkin sah sebab asal hukum poligami adalah HARUS. tapi Poligaminya boleh jatuh hukum HARAM, MAKRUH atau SUNAT mengikut kondisinya yang berbeza.

      Orang yang yakin tak MAMPU BERLAKU ADIL, hukum poligaminya adalah HARAM walaupun ianya SAH. Di sisi Allah, dia telah melakukan dosa dan wajib bertaubat. (Rujuk kitab Fiqh Manhaji, mazhab Syafiee).

      Samalah mcm orang yang menceraikan isterinya ketika haid, talak itu berdosa dan disebut talaq bid'ah. tapi perceraian itu SAH.

      Jangan terkejut nanti, andai rumah tangga yang rapuh asasnya hanya menghidangkan NERAKA DUNIA. Lebih menuai dosa berbanding pahala jika tidak mahu juga bertaubat.Risiko perceraian juga jadi sangat tinggi.

      c) Bertaubat. Suruh perempuan tu juga bertaubat. Menangi hati isteri pertama betul-betul. Nikahlah atas dasar taqwa dan menjaga adab sesama manusia.Jangan belakangkan undang-undang. Poligami yang melepasi prosedur ini bisanya lebih sejahtera.

      2) Isteri tak menanggung dosa suami. Isteri juga diraikan haknya oleh Islam untuk pertahankn monogami di mahkamah atau minta dibebaskan saja daripada bersuamikan lelaki yang dia tak redhai lagi agama dan akhlaknya. Isteri berhak menjaga agamanya sendiri daripada rosak kerana cemburu. Menjaga agama lebih utama dari menjaga suami. Jika si isteri merelakan, itupun terpulanglah kepada dia.

      Allah knows better. Mintalah dari-Nya petunjuk.

      Delete
    2. ooo.. cmtu.. syukran ustazah atas jawapannye... =)

      Delete
  35. Salam,

    Masha Allah, wisely written, intellectual and factual article. We can see the difference when someone write something with KNOWLEDGE and someone who don't. I've gone through many article and walk blogging about this sensitive topic but your article is very satisfying. Obviously Ustazah Fatimah was not favor woman than man in this issue, and it was not the matter of HUKUM per se.

    Masyarakat Melayu khususnya sangat 'simplistik' dalam melihat sesuatu perkara, termasuklah dalam isu poligami. Di burukkan lagi dengan persekitaran 'male chauvinist' dalam masyarakat, dimana wanita yang selalu 'dileter' dalam sesetengah ceramah, bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab isteri, taat tak berbelah bahagi kepada suami, malah sehingga keluar pernyataan 'syurga dibawah tapak kaki suami'!. Sehingga bab poligami, mereka mempersoalkan kenapa wanita tidak menerima poligami kerana ia termaktub dalam al-Quran, tanpa meneliti sebab-sebab sebenar wanita tidak gemar berpoligami; kerna kenyataannya JARANG SEKALI LELAKI HARI INI BERPOLIGAMI ATAS RUKHSAH DAN HIKMAH YANG ADA. Manusia belajar dari pengalaman, dan REALITINYA memang lebih banyak masalah dan konflik yang timbul dalam berpoligami. REALITI!

    Walaupun poligami seolah-olah 'merugikan' wanita, tetapi HAKIKATNYA ia lebih 'merugikan' lelaki. Bayangkan betapa banyak tanggungjawab lelaki terhadap isteri dan anak-anak yang sedia ada, dan ditambah lagi dengan isteri baru dan anak-anak baru. Tidak cukup dengan itu, tanggugjawab dengan ahli keluarga lain, ibu, adik berdik, saudara mara, keluarga mertua yang ramai tu. Dan hidup ini bukan sekadar melayan keluarga saja, lelaki dipertanggungjawab untuk berkerja dan berjihad untuk umat. Dalam segala beban dan tanggungjawab yang ada, benarkah lelaki benar-benar boleh memastikan dia dapat berlaku adil dan tiada pihak yang dizalimi. Poligami benar-benar umpama meletak hujung pedang ke leher sendiri. Saya tidak dapat bayangkan betapa seksanya seorang suami nak berhadapan dengan Allah di akhirat kelak!

    Saya berpandangan Ustazah Fatimah TIDAK menyanggah hukum berpoligami itu sendiri, tetapi maksud beliau ialah, setiap keputusan untuk berpoligami itu harus diperhalusi dan mengikut keperluan yang mendesak, dalam kata lain, sekiranya poligami itu benar-benar satu keperluan ketika itu, dan tiada pihak yang dizalimi, maka silakan. Tapi harus bersedia dengan segala cabaran yang bakal mendatang. Tetapi masalah yang berlaku sekarang ialah ramai lelaki tidak membuat 'homework' dan tidak memantapkan dengan ilmu tentang perkara ini yang akhirnya menjadi FITNAH kepada masyarakat dan agama itu sendiri.

    Saya dukacita atas realiti yang berlaku sekarang. Semoga Allah memberi hidayah dan menyelamatkan umat Islam di akhir zaman.

    Wallahu alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr. Zara. I love your comment. Love u fillah. :)

      Delete
  36. Semoga Diberi Petunjuk ALLAH28 June 2012 at 05:45

    Itulah contoh2 poligami yang merosakkan (yg datang dr lelaki2 yg sememangnya tiada pegangan agama yg kukuh) cubalah buat kajian. Dan ada tak lelaki2 yg punya pegangan agama yg kukuh gagal berpoligami? :) Apa kata D.Zara ulaskan pula bagi mereka yg berjaya melaksanakan poligami. Apa hikmahnya? :)

    ReplyDelete
  37. salam ukhuwahfillah....

    eloklah raseny andai kite sendiri mendalami dan mengkaji dripd m'beri pandngn/pendpat dri sdut pndngn sendri(bukan b'asaskan mana2 asas kkuh)..sesungguhny m'bca itu gerbng ilmu..jgnlah m'persoalkan sesuatu yang tidak difahami...

    trme kasih ustzah dgn artikel yang dikgsikan
    wallahualam ;p

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum..sy suka membaca artikel ini krne ia membantu menambahkan pengetahuan sy dlm poligami. tq ustazah :). artikel ini memberi penerangan bahawa poligami bkn perkara yg bleh diremeh kn, dipermainkan malah prlu didalami n difahami supaya dapat menyebarkan bahagia..insyaAllah.. :D

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum Ustazah

    Suami saya baru saja menyatakn niat utk berkahwin lg dgn seorg janda yg telah diceraikn suaminya yg murtad. anak2nya telah dilarikan oleh suaminya & keluarga wanita itu bersikap lepas tangan kerana mereka berpecah belah. suami saya byk kali mengulangi bahawa dia ingin menyelamatkn wanita itu kerana wanita itu telah dilanda penyakit jiwa akibat tidak dibimbing ke jalan islam. suami menegaskn dia tidak akan mensia-siakan saya.walaupun suami saya mampu dr segi material, saya rasa dia tidak mampu dr segi kudratnya utk memberikan nafkah batin. selain itu, ibubapa dia amat bergantung pada suami saya lebih2 lagi bapanya mengalammi penyakit alzheimer. dia berjanji hendak melebihkn giliran bersama saya kerana wanita itu telah bersetuju.apa saya nk buat ustazah, saya dah buntu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. cakap pada suami, kes 'poligami' sangat berat pada jiwa perempuan dan sangat berat tanggung jawabnya kepada lelaki.

      maka, amat wajar kes yang 'berat' ini dibawa ke mahkamah. Di sana setiap suara akan didengari dengan adil dan saksama.

      setiap yang berhak akan mendapat hak. setiap yang tidak berhak tidak boleh sesuka hati mengambil mudah dan menzalimi.

      di sana, suami boleh mengemukakan alasan kewajarannya untuk berpoligami. isteri boleh menyatakan kerelaan, atau mempertahankan monogami atau minta saja dibebaskan. Pihak berautoriti iaitu mahkamah akan menilai dengan saksama. Yakinlah.

      semua ini sangat bertepatan dengan prinsip Islam agar tidak mencabuli sayarat keadilan dan tidak membuat kemudaratan kepada orang lain.

      Islam sangat adil meletakkan sesuatu kena pada tempat.

      Delete
  40. Assalamualaikum Ustazah,

    Jika seorang lelaki menyatakan hasrat untuk berpoligami kerana dia merasakan dia lebih kuat beribadah dan lebih senang melakukan kebaikan atas dorongan wanita yang bakal dikahwini, apakah ia alasan yang cukup kuat untuk berpoligami?

    Untuk lelaki berkenaan, alasan itu dikatakan kuat kerana boleh membawa kebaikan kepada keluarga (isteri dan anak-anak) sedia ada. Berdasarkan kenyataan lelaki berkenaan, perasaan nya kepada wanita itu memang jauh dari hawa nafsu. Dia cuma berasa tenang dan senang beribadah dan senang berbuat baik kepada keluarga sedia ada apabila berkawan dengan wanita itu.

    Wanita yang bakal dikahwini memang tahu lelaki berkenaan sudah berkeluarga dan memang seringkali mendorong lelaki berkenaan untuk berbuat baik.

    Isteri yang sedia ada pula, keliru dengan kenyataan lelaki berkenaan. Jika benar poligami ini boleh membawa kebaikan kepada keluarganya, mungkin dia perlu merelakan. Tapi, sebagai wanita, si isteri memang sedih dan terluka. Si isteri cuba mencari jawapan yang terbaik untuk menyelamatkan keluarga dan hubungan kasih sayang antara dia dan suaminya. Si isteri mengakui, suaminya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab keluarga sedia ada. Suami juga berterus terang kepada isterinya tentang perkenalan dan perasaan nya kepada wanita lain itu.

    Minta pendapat ustazah. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  41. salam ya ustazah..just mahu bertanya je..n mgharapkan jawapan..

    sunnah..setahu saya..segala apa yg Rasulullah lakukan,katakan dan pengakuan baginda..itu adalah sunnah...

    maka bagaimana poligami dikatakan rukhsah semata n bukannya sunnah walhal Rasulullah melakukannya semasa hayat baginda..

    mohon pencerahan...ana bukanlah org yg memperjuangkan poligami ye..tp ana tahu (sebelum ini) poligami dibenarkan dalam al-Quran maka tidak boleh utk mnyatakan tidak kpd poligami...minta dalilnya sekali ya.. ^^

    syukran

    ReplyDelete
  42. Panglima Berkumis2 January 2013 at 18:50

    Fatimah,

    I dont understand why the need to make an issue out of this. Firstly, the ulamaks that you quoted are the minority. People can say what they want but at the end of the day, it is between you and God. Allah has sanctified polygamy with its accompanying terms and conditions, there is no room for rebuttals by you or any other mortal. Polygamysts who fail in mantaining the terms and conditions of polygamy will surely taste the punishment, if you are a muslim, in that you can be certain of.

    Secondly, polygamy is not a sunnah, its a God-given decree! Full stop. Therefore your attempt in creating mischief by setting up barriers exceeding those set by Allah should be frowned upon.

    ReplyDelete
  43. daripada asyik fikir hendak berpoligami,lebih baik buat solat tahajjud banyak2,berbuat baik kepada manusia.. kan boleh jadi bekalan dekat akhirat kelak....

    ReplyDelete
  44. saya telah berpoligami....da setahun dah...

    aku cinta dan sayang isteri2 ku kerana aku sayang dan cintakan allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon kongsi hikmah poligami yg saudara lalui,,,

      Delete
  45. Artikel yang baik. Cuma agak terkedu bilamana ditulis nama ulama engan Abduh, Syaltut, Ghazali.

    Sebaiknya gunakan Hafizohullah bagi yang masih hidup dan Rahimahullah bagi syeikh yang telah meninggal dunia. Bukan apa, ini adalah adab kita dengan ulama`

    Kita hargai jasa mereka maka gunakan gelaran yang baik bila sebut nama mereka.

    Imam Hasan Al Basri Rahimahullah berkata, Jikalau tidak kerana ulama`, manusia seperti binatang.

    Syukran Ustazah Fatimah Syarha.

    ReplyDelete
  46. Bukankah masalah ini adalah masalah yang khilaf antara ulama..Jika difahami ta'rif ulama hadis dan ulama usuluddin berkanaan apa yang dikatakan SUNNAH,, adakah masih menjadi kesalahan juga bagi mereka yang mengatakan poligami itu SUNNAH?
    Belajarlah berlapang dada dalam masalah khilafiyyah sekalipun pendapat itu tidak kena dengan selera kita...

    Lebih pelik lagi di kalangan golongan agama juga ada yang melampaui batas dalam perselisihan pendapat mengenai Islam. Sehingga ada yang sanggup mengkafirkan orang lain yang berbeza dengan aliran mereka seperti Khawarij dan Ahbash. Ada yang sanggup mengada-adakan hadis-hadis palsu demi mempertahankan pegangan mazhab seperti Syiah. Ada yang sanggup mengenepikan hadis-hadis hanya semata-mata kerana taksub kepada mazhab yang dipegang.

    Tokoh ilmuwan besar Islam, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) ketika menceritakan sikap golongan taksub secara ‘mengkhinzir buta’ sesuatu mazhab, menyebut:
    “Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid! Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan ialah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut.(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, Beirut: Dar al-Fikr).

    Inilah sikap melampau dalam berbeza pendapat atau berbalah.
    Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah. Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadith sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum. Terima kasih atas penerangan dan kupasan yang sangat tersusun. Semoga Allah memberkati usaha seperti ini dalam menyalurkan pengetahuan kepada orang ramai.

    Saya ingin mendapatkan pandangan ustazah berkenaan dengan beberapa perkara seperti berikut

    1 suami ingin berkahwin dengan kekasihnya dan mereka telah berzina.

    2 si suami kerap mengabaikan nafkah batin isteri sehingga si isteri selalu berpuasa. Dalam masa yang sama si suami mempunyai masalah mati pucuk peringkat awal dan ujian klinikal telah diperolehi.

    3 Pendapatan si suami setiap bulan tidak mencukupi dan digabungkan dengan pendapatan isteri untuk perbelanjaan bulanan.

    4 Si suami mendesak bahawa dia perlu berkahwin dengan kekasihnya kerana dosanya dan ini adalah orang yang ketiga dia berzina.

    Zina yang pertama sewaktu belum menemui isterinya. Zina yang kedua selepas berkahwin, si isteri redha untuk bermadu namun hubungan mereka putus.

    Zina ketiga dengan kekasih yang baru.

    5 Si isteri di dalam dilema di antara meredhakan lagi untuk dimadukan untuk menyelamatkan suaminya dari dosa zina dan kemampuan suami berlaku adil zahir dan batin.

    6 si suami maklum dengan isu nafkah berkenaan dan bercadang untuk berkahwin di luar negara (bukan siam) untuk memudahkan urusan perkahwinan mereka.

    Terima kasih.



    ReplyDelete
  48. suami saya ustaz imam yg selama ini cuma menyumbang 10 % sahaja dlm perbelanjaan manakala yg lebih saya. after 17 years dia memadukan saya dgn balu, seorg ustazah (yg juga bekas kekasih )yg ada ramai anak tetapi tidak miskin kerana ada bisnes.....penipuan yg dilakukan..jgn ckplah...terlalu byk....impak pd poligami rahsia ini...anak2 saya yg remaja terpaksa direfer kpd psikiatri kerana kemurungan...malu krn abi yg dihormati sebenarnya berbohong..hbgn silaturahim dgn mertua putus krn suami malu berjumpa ibu bapa, bermadu semasa saya pregnant anak keenam meninggalkan trauma yg dahsyat pd seorg wanita. bila dipersoalkan kemampuannya...katanya..wlu tdk mampu dr segi kewangan...dia merasa manpu mnjadi pemimpin...alasan madu...takdir allah...alasan ustaz yg sanggup menikahkan mereka secara rahsia...takut mereka berbuat maksiat...(heran kan pejabat dlm masjid pun terpikir nk buat maksiat). skrg saya memilih utk berpisah kerna tdk mampu lagi menghormati. manyayangi dan mempercayai seorg suami kerana utk menjaga iman saya supaya tdk jadi istri nusyuz. anak2 dn keluarga mula pandang serong pafa ahli agama kerana semuanya menggunakan alasan agama utk poligami....bilaingin bercerai saya dimomokkan dgn hadis tdk bau surga wanita yg mohon cerai...klu saya teruskan pula...tapi tdk dpt melayan suami sprti dulu saya ditakutkan dgn reda allah ada pada reda suami.....kesimpulanny...poligami yg tdk mndpt kebenaran istri mmg tdk bagus..jgn kata org biasa...org agama pun hancus..jadi jgnlah poligami ini dimudahkan..dn saya mmg tdk setuju alasan utk elak maksiat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah saya sama seperti di atas...menggunakan agama dan sunnah untuk kepentingan sendiri. Allah itu Maha Adil. Di dunia kita tidak mendapat keadilan...di akhirat ALLAH sedia menunggu. Ingin rasanya berkongsi cerita dengan penulis di atas....

      Delete
    2. sayalah penulis diatas....bagaimana saudari sekrg...adakah mash bersama atau sudah bercerai....saya mmg ingin bercerai tetapi kasihan pada anak2... jadi msh menunggu madavyg sesuai..tapi maklumlah...tk msmpu nk layan apatah lagi nk pandang suami....dari segi kewangan saya mampu. dn slama ini mmg segalanya saya tanggung....mgkn itulah silap kita bila gaji byk( alhmdulillah mncpai 5 angka).istri tk kedekut dn tk berkira lansg pasal nafkah krn hanya mahu ksh sayg kesetian dn khidmat pd kuarga shj.bila yg sdkt itu pun mahu dibahagi...hm....ntahlah...nasihat pd istri..wlu setinggi mana gaji..suruh jugak suami yg blanja krn slama ni senang...tk pikir nk sara kuarga..itulalah rasa mampu...bila saya stop reda pd perkongsian nafkah...apalagi...hutang kliling pinggang....

      Delete
    3. Saya juga menghadapi masalah yg sama..suami seorang yg berpelajaran..yg semua kata2 nya indah sblm berkahwin..saya tgh mengandung anak sulung namun diabaikan..dia mengugut mahu menceraikan saya slps bersalin..saya memang mahukan penceraian kerana sudah tidak tahan lg berpoligami selama 3 thn..selama berkahwin saya tidak pernah mengenali mertua dan ipar duai..giliran beraya pun dinafikan..semuanya dengan isteri pertama..saya dapati isteri pertama tidak ikhlas dalam memberi izin utk kami berkahwin..akibatnya kami tidak pernah berjumpa & hubungan tidak baik..saya menyesal mempercayai kata2 suami sblm menikah dengannya..skrg saya sering menangis dan tertekan..bantulah saya..

      Delete
  49. untuk penulis di atas...yang sama ujiannya dengan saya kita beremail saja....umiesyamimi2008@gmail.com

    ReplyDelete
  50. jangan berpoligami jk ga th ilmunya. apakah benar kalian berpoligami krn Allah?? atau cm ingin mnikmati hrumnya skuntum bunga?? sp skiranya yg dpt mnjamin kalian bs adil?? prtimbangkanlah mashlahat & mudharat sblum kalian brkata & brtindak. silahkan bc kitab almughni sputar prnikahan, atau stidaknya dngarkan cramah Dr. arifin badri M.A di yufid.tv. syukron

    ReplyDelete
  51. Sebelum berpoligami, tnya pada diri sndiri, poligami sbb apa? Sbb Allah SWT atau sbb lain? Tanya betul2, cari dalam hati tu, dig deeper. Kalau mmg purely betul2 sbb Allah SWT, tahniah. Saya bukan nak ckap apa, tpi mmg hakikatnya, tak ramai yg mcm tu. Allahu alam.

    ReplyDelete
  52. ramai lelaki berpoligami atas alasan sunnah nabi....piiirahhh....yang wajib pun tunggang langgang....

    ReplyDelete
  53. BEGINILAH KALAU KAUM HAWA DAH LUPA ASAL MUASALNYA DARI TULANG RUSUK, AISYAH YG PENCEMBURU, TAK MASALAH POLIGAMI, KENAPA PULA PEREMPUAN PEREMPUAN SEKARANG DAH BERANI MEMBATASI HAK SUAMI, JIKA MASALAH DLM BERPOLIGAMI, BUKAN POLIGAMINYA YG SALAH, BUKAN POLIGAMINYA NAK DISEKAT2.

    ReplyDelete
  54. Zaman sekarang bukan zaman Aishah. Suami sekarang pon bukan macam suami zaman Aishah. Gaya hidup zaman sekarang tak sama macam zaman Aishah.

    Zaman sekarang nak poligami sebab jatuh cinta lagi sahaja. Impian hidup nak ikut macam zaman Nabi..ikut sunnah Nabi..YANG LAIN-LAIN KELAUT! Macamana nak yakinkan isteri mereka mampu berpoligami? Belum apa-apa dah tahu endingnya ada menderita sengsara kita berhak untuk mencegah sebelum parah. Dosa yang sedia ada ditambah lagi seksanya seorang suami nak berhadapan dengan Allah di akhirat kelak atas tanggungjawabnya yang maha banyak!

    Kalau segala keperluan hidup zahir dan batin isteri terpelihara, Isteri duduk rumah sahaja jaga keluarga dengan gembira, nak kawen 4 pon kita pon redha kerana tahu kebajikan keluarga terjaga. Kahwin banyak menambah masalah atau semua masalah selesai? Isteri kena bekerja demi memenuhi tuntutan hidup zaman modern..Jika sama-sama mahu hidup sederhana tidak mengapa. Semua nak sharing-sharing sama-sama. tanggungjawab suami tidak dipikul sepenuhnya.. ? Kahwin lagi? Isteri mana yang redha ?

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum, pertama sekali maaf kalau persoalan ni xberkaitan dengan tajuk entri di atas.. dah lama tertanya2.. alhamdulillah terjumpa blog ustazah..

    ustazah,
    1. adakah seorang isteri yang mati (dijamin syurga) akan jadi ketua bidadari di syurga kelak?

    2. macam mana kalau isteri masa didunia pernah melakukan dosa besar kemudian dia bertaubat.. seandainya taubat itu membawa dia ke syurga adakah dia masih boleh jadi ketua kepada bidadari2 suaminya nanti?

    ReplyDelete
  56. Tak payah citer poligami la, zaman sekarang ni kawin sorang pun dah tunggang langgang, dengan kos sara hidup yg meningkat tiap tahun. Mostly dua2 laki bini kena kerja nk teruskan hidup, in fact byk isteri yg gaji lg byk dari suami pun. Even suri rumah pun buat bisnes kecil2an, online dsb. Majoriti suami xdpt nk tanggung isteri n anak2 TANPA bantuan isteri, kecuali sebahagian kecil yg berrnasib baik la. ITU REALITI HIDUP SEKARANG. Tapi kalau dh mampu n berjaya, patut ke suami berpoligami dgn alasan dah mampu n takut zina? Patut ke tak patut. Pengorbanan isteri masa zaman susah dulu dah xde nilai ke? Org kita dok sembang kencang pasal HUKUM, tp lupa pasal adab n moral. Bak kata ustzh fatimah, hang nk imamkan solat pakai kain tutup dari pusat ke lutut pun kira sah solatnya, tapi implikasinya? Pikir la sendiri.....

    ReplyDelete