Friday, 17 June 2011



"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.
Macam-macam cara merisik.
Ada orang yang menghantar spy.
 Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.
Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.
Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:
            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.
Reactions:

Tagged:

74 comments:

  1. pernah terbaca satu artikel - utk mengenali seseorg kita kene bermusafir dgnnya selama 3 hari...barulah kita kenal siapa dia sebenarnya..

    betulkan jika salah..

    ReplyDelete
  2. lelaki ke yang kena bermusafir dengan dia? takut la nak pilih calon.nak2 bila mak yg bz tolong carikan,xsedia lagi.too young.mcm mana ye?

    ReplyDelete
  3. mohon share ustazah.. sebagai manfaat untuk semua..

    ReplyDelete
  4. salam..mtak izin ltak link akak kat blog sy blh?
    syukran.mg ilmu tersebar,insyaAllah =)

    ReplyDelete
  5. beruntung Haura' ada abi mcm tu ^^, akk lagiiii beruntung sbb ada zauj mcm tu =)

    ReplyDelete
  6. salam.
    lelaki yang baik agamanya,selain beriman & beramal soleh ,perlu baik hbgn dgn ahli keluarganya.

    ReplyDelete
  7. entry yg menarik ustazah..^__^

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...Saya sangat suka karya2 ustazah...terutama karya ustazah dalam MAJALAH SOLUSI sungguh bermakna..

    Terima kasih ya ustazah n-n

    ReplyDelete
  9. salam ustazah...sy suka sgt karya2 ustazah pastu cra penampilan ustazah sggh menyejukkan hati sy...

    ReplyDelete
  10. masyaAllah..andai diriku spt itu..;)

    ReplyDelete
  11. kita boleh jadi seperti siapa pun, tinggal lagi kita yang mahu atau pun tidak..

    ReplyDelete
  12. sangat menarik ustazah.. suke bace karya ustazah.. :)

    ReplyDelete
  13. Salam, coretan yg mnarik, beruntung Haura'. Ustazah macamana klau ada seorg lelaki melamar seorg wnita muslimah dgn alasan agar wnita tersebut membimbingnya dr segi agama sdgkan muslimah tersbut ingin bersuamikan seorg muslimin yg dpt membimbingnya dan mnjadi khalifah dlm kluarganye...

    ReplyDelete
  14. salam sayang. Akak pernah membaca buku tulisan Ustaz Sarip Adul, seorang pensyarah, tentang Syurga Dunia. Beliau menasihatkan agar wanita perlu tegas meletakkan syarat dan memilih calon suami. Jangan jadikan perkahwinan medan perjudian takdir.

    Elakkan daripada menjadi sesetengah wanita yang sengaja memilih lelaki yang kurang baik dengan niat ingin membimbingnya selepas berkahwin. Kata beliau, wanita sebegini tidak tahu tentang tabiat lelaki.

    Kalaupun peluang untuk membuat perubahan ada tapi peluangnya amat tipis. Kata beliau, bukankah lelaki itu terkenal bersifat ego dan tak mudah mengikut kehendak wanita?
    Kalau adik suka dia, nasihat akak, kuarantin dulu sehingga dia benar-benar membuktikan dia tidak hidup alpa dengan dosa.

    ReplyDelete
  15. *Maaf, Buku Syurga Cinta, bukan Syurga Dunia.

    ReplyDelete
  16. assalmua'laikum, ustazah..
    blh sy nk dapatkan jawapan daripada ustazah?
    tentang seorang lelaki yang menghantar SMS dengan perkenalan diriny kepada seorang wanita..perlukah wanita tersebut membalas SMS tersebut?

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. oh kena musafir sekali,ana ada 2 orang adik perempuan,insyaallah nanti ana nak guna tips musafir tu untuk cari calon untuk adik2 ana tu xD[depa kecik lagi da,ana pulak yang lebih2 la ni T_T]

    ReplyDelete
  19. Daddy once told"klu nak cari bakal suami at leastdah pernh keluar 3hari..

    ReplyDelete
  20. salam..akak..mohon share..syukran

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah, bertuah Dhiyaisma punya ayah yang prihatin. Mungkin apa yang ayah Dhiyaisma maksudkan itu ialah bakal suami tu mesti keluar dengan si ayah sekurang-kurangnya 3 hari...bukan keluar dengan anaknya...:)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum ustzah...mohon share ilmunya...sgat b'mnfaat skali...suke sgat T_T

    ReplyDelete
  23. asalamualikum,
    saya ingin betanya..adakah merisik dan bertunang tu
    dua perkara yang sama?bolih ustazah jelaskan ...sy keliru

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum ustazah.. saye berharap pertanyaan nie di balas agar gundah di hati kian lega.. sungguh saye tidak terfikir ini yang bakal saye lalui.. seseorang ingin ziarah keluarga saye untuk menyampaikan hajat besarnye.. saye tidak pernah bersua muka dgn nye.. jadi di saat si dia menghantar tanda nantilah baru saye dpt melihat dia.. ape yang perlu saye lkukan.. adkah melarang dia berbuat demikian utk kali kedua?? moga Allah mberi petunjuk buat hamba yang kerdil nie...

    ReplyDelete
  25. Waalaikumussalam wbt. Cara yang dia gunakan layak ditabik. Berani ziarah keluarga terus. Ini baru lelaki sejati dan high class. Biasanya bukan calang-calang lelaki menggunakan cara beradab sebegini.

    Adik boleh meminta untuk melihat dia sebelum dia menghantar tanda, takpun adik mengintai saja facebooknya jika ada.
    Selamat beristikharah dan berbincang.

    ReplyDelete
  26. Merisik dalam masyarakat kita ialah mencari maklumat tentang si dia sebelum bertunang.
    Apabila sudah diyakini agama dan akhlaknya, berlakulah proses lamaran.
    Jika kedua-duanya bersetuju untuk bernikah, inilah namanya bertunang.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah...
    seoga langkah-langkah awal perkahwinan akan menatijahkan baitul muslimah yang sebenar..

    hamba Ilahi recently post......mari belajar rahsia senyuman...

    ReplyDelete
  29. Bismillah ALhamdulillah..

    Islam telah menggariskn untuk kita merisik dalam mencari pasangan hidup. Ianya mampu mengelakkan daripada terjebak dalam isu ber"couple" yang sememangnya popular muktakhir ini. Namun jadilah bijak dalam menilai.. seperti kata Akak Fatimah sharha.

    syukran perkongsian artikle ini

    ReplyDelete
  30. ASSALAM KAK HA...BOLEH HURAIKAN LANJUT DAN SECARA DETAIL AYAT 7 SURAH MUHAMMAD... SYUKRAN ATAS KESUDIAN AKAK MENEXPLAINKANNYA..:)

    ReplyDelete
  31. ASSALAMUALAIKI,KAK FATIMAH.
    NOVEL PERTAMA YG SAYA BACA IALAH TAUTAN HATI.ITUPUN SAUDARA SAYA DR KELANTAN DTG KE JB BAWAK NOVEL TU. BILA TERPANDANG COVER NOVEL TU,TERUS TERDETIK DI HATI,EM,,MCAM BAGUS JE NOVEL NI. TAPI X SEMPAT BACA 1BAB PON,DIA DAH BALIK KE KB SEMULA. 1TAHUN SAYA CUBA CARI NOVEL TU,X JUMPE2 GAK. SAYA SGT SUKA DGN WATAK ASIAH YUSRA(rupe2nye tu nama adik bongsu kakak rupenye,hehe) YG SGT,BOLEH DIKATAKAN HAMPIR PERFECT BILA DIHAYATI. SAYA CUBA NAK CARI NOVEL TU SEBAB MASALAH IMTISAL HAMPIR SERUPA DGN MSLH SAYA. (akhirnya jumpe gak)DI BAB AGROTOURISM,SY SEDAR & NANGIS BILA TERINGT PERISTIWA YG SAYA ALAMI DI KEM YG SAYA PERNH SERTAI DULU.INSAF DGN KETEGASAN YUSRA,ELYA&KAK NAD..TRIME KASIH KRN MNULIS NOVEL INI,(hakikatnya penyebabnya adalah ALLAH SWT).ALHAMDULILLAH, MOGA KAKAK AKAN TERUS DIBERI ILHAM UNTUK TERUS BERKARYA DAN BERDAKWAH KPD KAMI, TERUTAMANYA KAMI PARA REMAJA..

    ReplyDelete
  32. Salam ustazah. mohon share artikel ni kat blog ana. Ana letakkan link skali ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang. silakan. sebarkan bahagia...

      Delete
  33. Assalamualaikum. apakah yang dimaksudkan dengan berkawan-kawan untuk mengenal si dia itu berpelesit? bukan ke dari sebagai seorang sahabat itulah, kita mengenal hati budi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt. Sayangku Yasmin, kita tak akan mengenali hati-budinya sebelum nikah. Yang kita kenal, hanyalah 'lakonannya'.

      Kata Imam hassan al-Banna dalam hadis tsulasa, "Jika kita berkawan-kawan 20 tahun sekalipun, kita tak akan mengenalinya kerana dia akan cuba berlakon sehabis daya."

      Jadi, ianya buang masa. Baik kahwin terus.

      Jika berkawan-kawan, kita hanya mengenali wataknya sebagai seorang kawan.
      Jika berkahwin, kita akan mengenali wataknya sebagai seorang suami.

      satu menghampiri zina.
      satu lagi penuh berpahala.

      nak yang mana? :)

      Delete
    2. maaf. bukan membangkang. cuma masih keliru. :) semestinya saya mahu menjauhi zina dan mahukan keberkatan tu :D zaman sekarang, manusia ada banyak ragam. maksud berkawan bagi saya ialah dengan cara berkawan dengan semua orang. mengenali seseorang sebagai sahabat. Wallahualam. terima kasih kak :')

      Delete
    3. Mohon share ke blog ummu ya Fatimah..dapat mengenali dan berjumpa saudari sangat bertuah..

      Delete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  36. salam.. menarik! boleh saya gunakan di blog saya?
    supaya dapat di sebarkan kepada yang lain..

    ReplyDelete
  37. ustazah, sekadar bertanya. elok ke skiranya pihak perempuan meminta kesemua keluarga pihak lelaki yang merisiknya untuk menetap rumah keluarga perempuan untuk proses ta'aruf selma seminggu. khabarnya ini tradisi orang arab. adakah ini satu keperluan?harap menemukan jawapan. terima kasih.^^

    ReplyDelete
  38. Sama mcm yg dr. farhan syarahkan tadi =) "Bila Hati Berbicara " di UUM

    ReplyDelete
  39. salam kak fatimah syarha..sy nk tnye,mcm ni,sy ad berkenalan dgn seorang lelaki melalui h/p..asalnye,dye juz tersalah num,tp lps tu,sy sje je kcau dye..sy tnye dye mcm2..tu adalah firstime sy msg dgn banin yg memg tak ad hubungan langsung dgn dye..then,lame2 msg,sy pun tertarik dgn banin tersebut disebabkan sy dpt rase yg dye ni betol2 nk blajar agama..tp,lame2 tu,dye mcm lari drpd sy..sy pun jd frust jugak la..nak hafal quran pun susah,smpaikan seminggu sy tak tasmi'..sedih sgt kak..ktorang knl muke melalui fb..untk pengetahuan akak,dye pernah ajak sy khwn dgn dye sbb dye ckp dye memg nk org yang blajar agama jd wife dye..tp skrg,dye mcm dah berubah..tak tau la knp,sy fkir mybe sbb dye dah tak lame nak exam,so mybe he want to focus on his study first..pd pndgn akak,layak tak org mcm ni kte jadikan sbg husband?? ap nasihat akak untuk sy?? sy bru umur 18..kalau ikutkan hati sy,sy nk mintak dye jumpe parents sy trus tp sy malu la nk ckp kat dye..

    ReplyDelete
  40. akak,sy tak pernah pun msg n cakap dgn leleki yg memg tak ad hubungan langsung dgn sy .. dats was da firstime,if i not mistaken.. tp,sy rase bersalah sgt2 then,sy try tak nak layan dye lagi but i still cannot forget him.. akak,trokla sy,dahla hfal quran then buat mende ni semua,but i think , maybe ALLAH nk uji sy n nk suruh sy berhati-hati lenkali.. n i think,mende ni semua memang mematangkan diri sy..but, sy still malu with him cause he knows yg sy ni sekolah agama n hafal quran but mesej dengan lelaki yang tak ad relationship langsung with me.. skrg ni,sy rase down sgt2..tolong la sy kak..

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum w.b.t...saya nk minta kebenaran share apa yang kak fatimah post kat blog ni boleh?saya berminat dgn kebanyakan penulisan kak dlm blog ni...harap boleh share something cam ni kt blog saya juga...terima kasih

    ReplyDelete
  42. mohon share ye,, syukran,,

    ReplyDelete
  43. ustazah, letak nama anak "hawani" betul ke maksud dia ibu yang penyayang.

    ReplyDelete
  44. kak fatimah...saya nak tanya.....macam kakak saya...orang yang nak khitbah dia pernah datang rumah bersama seorang rakan...dia datang dengan berani berjumpa keluarga...abah dan umi saya menerimanya dengan tangan terbuka...adakah ini cara yang patut digunakan??ataupun si dia perlu dtang denagn keluarga kt rumah??mohon jawapan dari ukhti fatimah..syukran

    ReplyDelete
  45. salam, kak ha. apa syarat2 calon suami mengikut islam? bolehkah kita meletakkan syarat peribadi?

    btw, buku ap yg sesuai dibaca bg perempuan yg dirisik?

    ReplyDelete
  46. salam.. ALLAH2... HEBAT.. :) :) ^___^ SYUKRAN USTAZAH :)

    ReplyDelete
  47. salam akak , mohon share yaa , suka artikel nie :)

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum. Akak, mohon share. SubhanAllah, sungguh tertarik, syukran jazilan :')

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum akak, sy nk thu pndpat akak tntg tindakan sy ni. Sy prnah knal seorg Hmba Allah yg study kt ngeri Arab, dah 2 thun kmi knal. Dan dia bnyk Kali myampaikan hajatnya nk brtemu org tua sy. Sy masih blajar, sy mnjlaskan Hal trsebut pada dia Utk dia fham keadaan sy yg tk brsedia sgt dri plbgai segi. Kmi buat kputusan Utk Solat istkharoh spnjg mnunggu kpulangan dia dri ngeri Arab Balik ke Mlaysia. Saat tiba dia smpi Malaysia, dia brtanya skali lg tntg hjatnya. Malangnya, prasaan sy masih berat nak dia dtang brjumpa dgn org tua sy & sy prnh bmimpi kan dia smbahyang di barisan hdapan skali,ttapi wajahnya klihatan gelap & seorg llaki pula dibarisan blakang skali mnunaikan solat tp wajahnya bercahaya. Dan Sy Cuba Trus berdoa, tp hati sy masih berat nak terima hjatnya. Last2, seminggu dia tak hubung2 sy, sy agar tertanya2 knapa dia tiba2 mghilang. Suatu hari, sy trnampak kt fbook kawannya yg dia dah kawin. Sy trasa agar sedih krana kmi sbelum ni masing2 prnah Ada hasrat brsama. Tp d sbabkan sy mrasa berat, sy jadikan sy masih blajar sbagai alasan. Adakah tindakan sy ini betul Ustazah? Kadang kala sy trasa sedih kerana brtemu ramai pmuda2 yg baik agamanya ttapi tidak berjodoh dgn sy.

    ReplyDelete
  50. salam akak,saya mohon share...artikel ni tersgt mndlm mknenye

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum kak fatimah:)
    saya telah diperkenalkan oleh saudara dgn teman sekerjanya, kali pertama berbicara adlh mll medium laman maya...terus dia memberitahu hajatnya ingin ke rumah dan saya tiba2 digerakkan hati untuk menerima kedatangannya walhal saya tidak tahu lagi latar belakang dan keluarganya.mungkin kerana keikhlasan atau keyakinannya yang membuat saya menerimanya...setelah sebulan perkenalan, dia ke rumah. pulang shj dari rumah saya dia menyatakan hajat untuk merisik dan sebulan yang akan datang ini dia bersama keluarga akan ke rumah saya(belum berlaku)...pada mulanya saya berasa sangat pelik kerana dengan satu petemuan sahaja saya sudah mengatakan 'ya'. namun ibu ayah, adik beradik & keluarga banyak menyokong dan memberikan pendapat. kegusaran saya pada mulanya adlh adakah keserasian antara kami, adakah dia boleh menjadi suami yang baik? dan sebagainya.....Alhamdulillah adik banyak menasihati saya dan menyuruh saya bersangka baik dengan jodoh pilihan Allah. itu ceritanya, soalannya, salahkan kami bermeseg & bertelefon demi lebih mengenali antara satu sama lain memandangkan kami bertemu sekali sahaja, itupun di rumah ibu dan ayah dan jarak kami juga jauh??? mohon pencerahan dari ustazah kak fatimah:)

    ReplyDelete
  52. assalamualikum ustazah..

    sy merupakan salah seorg peminat novel2 ustazah..
    sy dah beli 3 novel ustazah..sebarkan cintamu,cinta high class,pemilik cintaku setelah ALLAH dan rasul :)
    sy suka cara penulisan ustazah dan suami..
    semoga ustazah tak jemu2 menyampaikan dakwah kpd kami semua..
    moga ALLAH merahmati dan meredhai segala usaha kalian berdua..
    aminnn~~

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum ustazah....
    sy ingin meminta pandangan dan nasihat daripada ustazah...sy berkenan dan ingin jadikan dia sbg suami..dia adalah seorg ustaz..manakala sy hanya insan biasa...sy berkenan krn agama dan akhlaknya yg menyentuh hati saya...sy selalu berdoa dlm solat jika dia adalah jodoh sy,sy mohon diberi petunjuk...akhir2 ini sy selalu terjumpa dgnnya secara tidak sengaja...sy berharap ustazah dapat memberi nasihat buat diri sy..dan apa yg perlu sy lakukan?...adakah ini kebetulan atau petunjuk darippdaNYA....?

    ReplyDelete
  54. assalamualaikum kak fatimah syg...ana hayati yg bru call k.fatimah ntuk dpatkan maklumat ttg dri k.fatimah tu...syukran krn mmbantu kerja sy...sememangnya kak fatimah seorang qudwah terbaik buat sy...izinkan sy untuk trus mngenali dan mnyayangi k.fatimah....jazakillah...

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum..akak,alhamdulillah,sebaik sahaja ana membaca novel akak,banyak input n ibrah y boleh diambil.semoga suatu masa nanti Allah dpt ptmukan ana dengan akak dalm satu halaqah..moga impian ini tercapai hendaknya..amin

    ReplyDelete
  56. umi shajaah salimi21 August 2013 05:48

    assalamualaikum ustazah, mmg tak blh berkawan dulu ke utk kenali peribadi seseorang calon suami itu, walaupun die seorang yg baik akhlaknya dan soleh?

    ReplyDelete