PEMINANGAN (KHITBAH) SEBELUM PELAKSANAAN PERNIKAHAN

Friday, 20 May 2011


Definisi Peminangan.
Beberapa ahli Fiqih berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Di antaranya adalah sebagai berikut:

Sayyid Sabiq dengan ringkas mendefinisikan pinangan (khitbah) sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang dengan perantaraan yang jelas. Pinangan ini merupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum mengadakan pernikahan agar kedua calon pengantin saling mengetahui.
Wahbah Zuhaili pula mengatakan bahawa pinangan (khitbah­) adalah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawasanya ia ingin menikahinya, baik langsung kepada perempuan tersebut maupun kepada walinya. Penyampaian maksud ini boleh secara langsung ataupun dengan perwakilan wali.
Adapun Amir Syarifuddin mendefinisikan pinangan sebagai penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan dalam suatu perkahwinan yang waktu pelaksanaannya diadakan dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.

Al-Hamdani berpendapat bahwa pinangan ertinya permintaan seseorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada di bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan nikah.

Dari beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pinangan (khitbah) adalah proses penyataan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap mengikat apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

Pinangan yang lebih barakah kepada seorang gadis dan lebih kuat ikatannya ialah sebagai mana yang ditunjukkan oleh sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.
Apabila Rasulullah SAW ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah, Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya  potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khaulah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.
Manakala peminangan terhadap janda, Rasulullah SAW banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, baginda pernah juga menunjukkan contoh pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. 


Dasar dan Hukum Pinangan

Dari Mughirah r.a., sesungguhnya ia pernah meminang seseorang perempuan, lalu Nabi SAW bersabda kepadanya, “Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kekekalan cinta antara keduanya.” (Riwayat Nasa’i dan Tirmizi).

Bolehkah Wali Memaksa?
Wali boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Syua’ib yang berkenankan Nabi Musa sebagai calon menantu. Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, samada puterinya itu gadis atau janda.
Pernah terjadi suatu kisah, seorang ayah  mengahwinkan anak gadisnya tanpa diminta persetujuan. Gadis itu kemudian datang mengadukan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Atas pengaduannya itu, baginda kemudian menceraikannya daripada suaminya. (HR Jabir).
Imam Ahmad telah meriwayatkan pada hadis yang ke 136/6, Al-Nasa`ie: 3269 dan Ibn Majah: 1874, bahawa:-

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ فَتَاةً دَخَلَتْ عَلَيْهَا فَقَالَتْ إِنَّ أَبِي زَوَّجَنِي ابْنَ أَخِيهِ لِيَرْفَعَ بِي خَسِيسَتَهُ وَأَنَا كَارِهَةٌ قَالَتْ اجْلِسِي حَتَّى يَأْتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَتْهُ فَأَرْسَلَ إِلَى أَبِيهَا فَدَعَاهُ فَجَعَلَ الأَمْرَ إِلَيْهَا فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَجَزْتُ مَا صَنَعَ أَبِي وَلَكِنْ أَرَدْتُ أَنْ أَعْلَمَ : أَلِلنِّسَاءِ مِنْ الأَمْرِ شَيْءٌ ؟ وفي رواية : أَرَدْتُ أَنْ تَعْلَمَ النِّسَاءُ أَنْ لَيْسَ إِلَى الآبَاءِ مِنْ الأَمْرِ شَيْءٌ
Maksudnya:
Daripada Abdullah ibn Buraidah daripada Aisyah: Seorang pemudi pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya: “Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedang aku tidak menyukainya.” Maka Saidatina Aisyah berkata: “Duduklah sehingga Rasulullah datang.” Setelah Rasulullah SAW datang, Aisyah memberitahu kepada baginda lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada bapa pemudi itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak keputusan kepada pemudi itu. Pemudi itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui: Adakah bagi wanita ada hak untuk membuat ketetapan?.” Dalam riwayat yang lain: “Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukanlah bapa yang berhak untuk membuat ketetapan.” 

30 comments:

  1. assalammualaikum kak fatimah syarha...ana anis zafirah dari uia..ana nk tnya..apakah dikira bertunang apabila seorang lelaki menyatakan hasratnya untuk menjadi suami or hasratnya utk bernikah dengan seorang perempuan melalui teknologi sekarang..spt handphone or internet...
    ana musykil tentang perkara ini..kerana ramai sahabat2 menyatakan mereka sudah bertunang hanya melalui calling n message... maaf ya kak fatimah...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussala wbt.
    seorang lelaki menyatakan hasrat, ini baru proses sebelah pihak atau disebut peminangan.

    adakah mereka sudah dikira bertunang?
    belum lagi.
    kena melihat persetujuan pihak satu lagi pula.

    si perempuan itu sebulat hati menerima atau masih berbelah bahagi? jika si perempuan sebulat hati menyatakan persetujuan, barulah kedua-dua lelaki dan perempuan ini dikira telah berjanji untuk berkahwin atau disebut bertunang.

    mereka dikira bertunang namun alangkah beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga.

    bukan itu sahaja, menggunakan orang tengah dan memuliakan wali dalam urusan ini adalah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan golongan salafussoleh.

    ReplyDelete
  3. Penyataan hasrat tidak kira melalui apa jua medium.

    Perlu diingatkan juga, keindahan ISLAM ini bukan sekadar pada hukum-hakamnya atau syariah tetapi terzahir juga melalui akidah dan akhlaknya.

    akidah ISLAM meyakini bahawa RASULULLAH contoh terbaik.

    akhlak ISLAM pula amat memuliakan ibubapa dan menghormati keluarga. tidak kiralah mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita tetap perlu berakhlak dengan mereka kerana ia perintah ALLAH.

    ReplyDelete
  4. Salam kak fatimah syarha...
    Saya ada soalan..Saya nurfadhilah..seorang penuntut universiti di Bumi Jordan..

    Soalan saya: bagaimana pula kita ingin berhadapan dengan situasi kedua ibu bapa yang tidak mempunyai kefahaman yang sama dengan kefahaman islam sebenar tentang pertunangan dan pernikahan ini..lebih-lebih lagi dalam soal keagamaan...
    Saya mohon perkongsian ilmu kak fatimah ttg persoalan ini..terima kasih ya ukhti 'azizah...=)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam warahmatullah.
    Isu yang ukhti Fadhilah sebutkan memang menjadi suatu realiti yang banyak berlaku.Terima-kasih atas keprihatinan adik untuk membincangkannya di sini.

    Ada ibubapa bermata RM.
    Ada ibubapa suka memaksakan pendapatnya semata-mata.
    Ada ibubapa yang suka mencincang lumat jati diri anak-anak hingga anak-anak menjadi rendah diri.
    Ada ibubapa menghalalkan apa saja kebiasaan masyarakat.
    Dan sebagainya.

    Bagaimanapun mereka, mereka adalah ibubapa yang menjadi KETETAPAN ALLAH buat kita bukan PILIHAN KITA sendiri.
    Yakinlah, tentu ada istimewanya mereka. Tentu ada besarnya hikmah kita lahir sebagai zuriat mereka.Mungkin ALLAH mahukan kita menjadi menara hidayah buat mereka serta mendoakan akhirat mereka. Ini sebagai tanda sayang ALLAH kepada setiap hamba-Nya.

    Jika kita rasa mereka banyak kekurangan, memang manusia tidak sempurna.Kita juga banyak kekurangannya.Mereka barangkali kurang beragama, kita pula barangkali kurang berseni.

    berkait soal ibubapa yang tidak faham tentang pertunangan dan pernikahan dalam ISLAM, ada banyak pecahan kes secara spesifik yang berlainan yang mana jawapan, seni dan strateginya juga sudah tentu juga berlainan.

    Contohnya:
    1)Ibubapa menolak pinangan lelaki soleh kerana tidak suka orang beragama.

    2)Ibubapa menggalakkan anak yang sudah bertunang untuk keluar berdua-duaan ke mana sahaja demi mengeratkan ikatan.

    3)Ibubapa mahukan anak gadis membuka tudung dalam majlis pernikahan.

    Secara umumnya, setiap masalah ini perlukan seni, hikmah dan strategi untuk memenangi hati ibubapa dalam masa yang sama memenangi tuntutan agama. Mungkin rakan-rakan bloggers yang lain boleh turut berkongsi seni mereka masing-masing yang sudah tentu kreativitinya berbeza-beza.

    ReplyDelete
  6. syukran kak fatimah syarha atas penerangan itu....
    kemusykilan di fikiran sy mmg bnyk

    ReplyDelete
  7. salam alaik...ana ainun dari selangor.
    syukran k.fatimah atas perkongsian ini.
    banyak yg ain dpt.
    k.fatimah ain nak copy artikel nie untk dikongsi bersama sahabat2 yg lain

    ReplyDelete
  8. Assalam kak fatimah..
    terima kasih atas perkongsian.
    Ana ada satu musykilah dan harap k. fatimah boleh bantu sy.
    Apa pendapat k.fatimah terhadap nikah khitbah atau jgk dikenali sbg nikah gantung?
    terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Nikah khitbah sah dilakukan dalam Islam. Ia suatu pernikahan yang ditangguhkan majlis walimahnya, atau boleh dikatakan ditangguhkan pengisytiharan tentang pernikahan itu kepada orang ramai.

    cuma tidak boleh meletakkan syarat jangan melakukan persetubuhan sepanjang tempoh nikah khitbah kerana syarat ini menafikan hikmah pernikahan. wallahua'lam.

    ReplyDelete
  10. syukran k. fatimah. adakah benar dlm tempoh nikah khitbah suami isteri tidak duduk bersama? spt suami masih lg duduk bersama ibu bapa nya dan isterinya juga masih duduk bersama ibu bapanya?

    ReplyDelete
  11. as salam k. fatimah... saya ada kemusykilan... sekiranya lelaki itu menyatakan hasrat untuk berkahwin dan perempuan itu bersetuju...

    maknanya mereka sudah bertunang ke?? walaupun tanpa pengetahuan wali2 mereka??

    dan satu lagi... andai kata tiba2 mereka putus cinta... bagaimana dengan status pertunangan mereka tadi??

    ReplyDelete
  12. Salam..kak Ha, nak copy entry ne yee..nk share ngan kwn2..bru2 ne km ada salah faham sket tntg "pertunangan"..syukrn.. dah jmpa jwpnnya kkt sini..

    ReplyDelete
  13. Ustaz azhar idrus jawab berkenaan peminangan..

    http://www.youtube.com/watch?v=k73Cv3K6dY0

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. alaiki salam...permintaan ana, boleh ustazah nyatakan batasan @ akhlak2 org y sudah dikhitbah menurut islam??
    -sejauh mne dy boleh bermesej??
    -sejauh mne dy boleh saling memberi barang(buku, mknn, dll)?
    -sejauh mne penggunaan "org tengah" dlm menjg ikhtilat??

    ReplyDelete
  16. waalaikumussalam wbt.
    Alhamdulillah, bertuah bakal suami Bara Sinar kerana bakal zaujahnya mengambil berat soal batasan.Moga nanti Allah akan mengambil berat soal kebahagian kalian dunia dan akhirat.

    Hadis di bawah ini cukup jelas memberi panduan:

    Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

    Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

    ReplyDelete
  17. jika sesekali ingin bermesej dengan si dia, saat itu mintalah fatwa hati, tanyalah Allah..
    adakah Allah akan redha dengan mesej ini?

    Tidak salah berurusan menggunakan teknologi contohnya untuk berbincang soal persiapan walimah, dan hal-hal yang bersangkutan. itu semua urusan.

    ReplyDelete
  18. Saling memberi hadiah boleh menambahkan rasa cinta. Sabda Rasul, "Saling memberilah kamu akan saling mencintai."

    Memang di antara tujuan khitbah untuk menghadirkan sedikit rasa suka agar membawa kekekalan cinta selepas akad nikah terlafaz.

    Soal sejauh mana nak memberi hadiah, mintalah fatwa hati. Selagi yakin cara menyampaikan hadiah itu tidak mengundang fitnah, insyallah yakinlah Allah redha dengannya.

    ReplyDelete
  19. Peranan orang tengah...
    inilah cara yang digemari oleh Rasulullah dan generasi salafussoleh dalam urusan ini.

    Pengalaman ustazah dulu, jika ustazah nak hantar mesej kepada si dia atas sesuatu urusan, ustazah akan forward sekali mesej itu kepada orang tengah. Ustazah lakukan hal itu kerana bimbang nanti akan berlagho-lagho dengan mesej yang tidak penting.Bila ada orang tengah, senang diri menerima muhasabah.

    Kalau si dia nak hantar hadiah pada ustazah, dia akan pas pada orang tengah.Kami mengelak sehabis daya daripada terpaksa berjumpa, malah tak pernah call dan kurangkan sms.

    Bila tidak pernah berjumpa dan tak pernah mendengar suara, rindu di majlis akad makin 'mendebarkan' dan lebih 'istimewa'.Nikmatilah!

    ReplyDelete
  20. assalamulaikum..ustzh..barakallah 'ala kullihal..akak,bleh tak akak hurai secara terperinci cara2 pelaksanaan nikah khitbah..maksud ana,dari segi rukun semua takder masalah..cume adakah berdosa sekiranye seorang anak lelaki bernikah khitbah tanpa pengetahuan ibu dan bapanya??,adakah dia dikira telah menjadi anak derhaka???...hal ini kerana difikirkan kemaslahatan utk menjaga ikhtilat diantara dia dan tunangnya lebih menjadi keutamaan..memandang2 dua2 takut terjerumus kedalam kancah zina hati yg sedikit sebanyak menghilangkan keberkatan dan kemanisan perkahwinan mereka nnt...adakah isu seperti membelakangkan keluarga menjadi permasalahannya..harap sgt2 ustzh dpt bagi sedikit pandangan tentang masalah ini..jasa baik ustz semoga Allah dpt membalasnya..insyaAllah

    ReplyDelete
  21. salam....kak ha mohon nak share kt fb.....

    ReplyDelete
  22. Kak Fatimah.. sy ingin bernikah dan telah dipersetujui oleh ayh kandung sy (wali).. tetapi, ibu sy xmerestuinya..

    ReplyDelete
  23. ini 'game' kehidupan yang indah dan mencabar. Kita generasi kreatif, perlu kerahkan 1001 strategi untuk cari solusi dengan kreatif.

    Bayangkan adik sedang buat novel. Tema: menangi hati ibu.
    Adik watak protagonisnya.
    ibu jadi watak antagonis yang punyai 1001 sebab menghalang.
    Ayah jadi hero yang boleh menyelamatkan keadaan.

    plot cerita sedang tegang...fikirkan cepat sebuah penyelesaian.
    endingnya, akhirnya ibu setuju dengan senang hati.
    semua happy. besntyer, happy ending.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik lebih layak mengarang solusi untuk cerita ini sebab adik lebih arif tentang potensi watak dan latarnya.

      Delete
  24. jadi macam mana ye kakak? saya amat bingung.. saya ingin kan satu kepastian..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum ustazah.Trima kasih atas blog ustzh yang penuh info yg bermanfaat.
    Isu zaman sekarang ni mmg bnyak pasangan2 muda seperti plajar2 IPT yang couple` dulu..bru bertunang n nikah. Berdasarkn hukum couple ni sbnrny HARAM kn ustzah.
    Jdi ap jln pnyelesaian bagi pasangan yg tak nk mlanggar hukum agama tapi MENCINTAI satu sama lain? Adakah wajar utk brtunang dahulu n mlaksanakn pernikahan selepas tamat pengajian ?
    Krjsama ustzh amat dihargai. :)

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum ustazah..saya NUR dr kampus d sarawak~

    terima kasih banyak2 atas perkongsian ini..alhamdulillah
    sy nk tnya pendapat mengenai mengenai kisah ini,,
    ada seorang lelaki telah datang menemui keluarga si perempuan dan telah berusaha sedaya dia untuk menambat hati keluarga si perempuan,,namun begitu,keluarga perempuan itu sudah ada pilihan lain dan tidak berniat untuk menjadikan lelaki tersebut sebagai menantu mereka. adakah dia mesti berhenti berusaha?

    apakah pula usaha yang perlu dilakukan oleh si perempuan pula agar lelaki ini diterima keluarganya? perempuan ini agak tersepit sebenarnya..antara restu keluarga dan lelaki tersebut. *mereka telah lama saling mengenali*

    terima kasih ustazah..wassalam~ =)

    ReplyDelete
  27. slm...

    1) satu pasangan nak kahwin khitbah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan menggunakan wali hakim

    2) suami akad kali kedua atas pasangan yg sama tapi berwalikan bapa perempuan

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum...kak fatimah...saya nak tnye...adekah skirenye kte bertunang atau berkhwinan semase bljar akan mengganngu pembelajaran kite.?

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions