HUKUM NIKAH TANPA WALI

Wednesday, 18 May 2011


Pesan ummi: "Haura' sayang Abi, kan?. Nanti bila Haura' dah nak kahwin, Haura' muliakanlah Abi sebagai wali. Sekarang, Haura' kena solehahkan diri dulu."

Pendapat Ulama              
Jumhur ulama mengatakannya tidak sah. Hanya pendapat Imam Abu Hanifah yang mengatakannya sah. Apabila dibandingkan dengan kaedah Fiqh Perbandingan, hujah jumhur ulama didapati lebih kuat.

Pendapat Terpilih
Dengan itu, pernikahan tanpa izin wali adalah batil dan pasangan haruslah dipisahkan oleh hakim kecuali atas sebab-sebab tertentu. Setelah itu, jika pasangan ingin memperbaharui akad nikah maka diwajibkan bagi calon wanitanya menghadirkan walinya yang berhak untuk menikahkannya dan jika dirinya tidak memiliki wali maka mintalah kepada hakim untuk menikahkannya.

Dalil
Sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah nikah tanpa wali.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
Jika seseorang wanita tidak memiliki wali maka yang berhak menikahkannya adalah hakim (penguasa) bukan selainnya sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Hakim adalah wali bagi orang yang tidak memiliki wali.” (HR Imam yang lima dan al-Nasai)
Sabda Rasulullah SAW, “Tidak ada pernikahan kecuali dengan seorang wali, dua orang saksi yang adil. Suatu pernikahan yang selain itu (tidak adanya mereka) maka nikahnya batil. Apabila terjadi perselisihan di antara mereka maka penguasa adalah wali bagi orang yang tidak memiliki wali.” (HR Ibnu Hibban).

Urutan Wali
Urutan wali dalam pernikahan sebagaimana disebutkan oleh Ibnu Qudamah adalah[1]:
  1. Ayah kandung
  2. Datuk sebelah ayah
  3. Anak lelaki (jika sudah ada anak)
  4. Cucu lelaki daripada anak lelaki (jika sudah ada cucu)
  5. Saudara lelaki kandung (abang kandung)
  6. Saudara lelaki sebapa (abang tiri sebapa)
  7. Anak-anak saudara lelaki daripada saudara lelaki (anak kepada abang)
  8. Bapa saudara sebelah bapa
  9. Anak-anak lelaki kepada bapa saudaranya sebelah bapa (sepupu)


[1] Rujuk Al-Mughni, juz IX, hal. 129 – 134.

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak ha :) mabruk atas kelahiran Al Qoosirah Thorfina. Haura' sudah ada teman bermain. Saya ingin bertanya pada kak Ha, minta pandangan kalau boleh. Bagaimana kalau yang ingin berkahwin itu, anak angkat (perempuan) yang tidak pernah langsung berjumpa dengan ayahnya ataupun kesemua yang berhak menjadi walinya semenjak dia lahir lagi?Apa perlu dia mencari sampai dapat? Atau terus menggunakan wali hakim sahaja? jazakillah.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt. salam sayang. pendapat akak, jika mampu cari maka carilah. jika tidak mampu, maka Islam tidak memberat-beratkan apa yang kita tidak mampu. bersyukurlah dengan solusi wali hakim sebagai jalan keluarnya.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak...saya ingin bertanya ttg isu wali ni...bgmn kalau ssorg perempuan tu berbintikan ayah agktnya atas sbb2 tertentu sjk dr kecil lg,walhal ayah kndgnya msh hdup...dan apbl ingin berkahwin hrm hukumnya utk menjadikan ayh agktnya sbg wali...mohon penjelasan drpd akak.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. Bagi menjawab soalan ini, ia ibarat adik memandu kereta. Di satu tol, Adik tidak membawa 'kad touch and go' atau 'smart tag', tetapi adik termasuk lorong smart tag. Adik sepatutnya mengambil lorong 'tunai'. Maka apa yang sepatutnya dilakukan?

      Tak dapat tidak, susah bagaimana sekalipun, kena undur perlahan-lahan untuk pergi ke lorong yang betul. Ia akan menimbulkan malu dan kemarahan pemandu-pemandu di belakang tapi adik perlu juga betulkan keadaan.

      Dalam kes adik, ia bukan salah adik. tapi 'betulkan keadaan' itu mesti dilakukan agar kecelaruan nasab tidak menjadi bertambah kucar-kacir di hadapan.

      Delete
  4. assalamualaikum,kak.
    1. Saya ingin tahu mengenai hukum seorang muslim berkahwin dgn wanita ahli kitab..
    2. Melalui buku Al-Mar'ah al-Muslimah,Makanuba Wa Makanatuha karya Syeikh Abdul Mjeed Subh yg diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu,ada disebutkan mengenai nubuwwah ke atas wanita.Penulis mengambil pandangan Abu AL-Hassan Al-Asya'ari menurut dalil logik iaitu Abu Al-Hassan telah meletakkan kaedah siapa yg bleh menerima nubuwwah ke atas dirinya ialah sesiapa yg pernah didatangi olh malaikat drpd Allah dgn membawa hukum "suruhan","tegahan" @ "perkhabaran" ttng apa yg akan berlaku maka dia adalah nabi.Telah sabit kedatangan malaikat dgn sifat2 bgini kpd sebahagian golongan wanita,mereka ialah Hawwa',Sarah,ibu Musa,Hajar,Asiah & Maryam..penulis tlah mengemukakan bbrp dalil lagi iaitu melalu pandangan Ibn Hazm & bbrp ayat al-Quran dan hadis sprt surah Hud:71-73,Maryam:19 & hujah berdasarkan kaedah bahasa..
    Saya mohon pendapat akak mengenai hal ini,sejujurnya ini kali pertama saya mendengar/membaca mengenai nubuwwah ke atas wanita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt.
      1. Ia soal khilaf yang kedua-duanya ada dalil dan hujah.
      2. Ia cuma suatu pendapat yang boleh diterima dan ditolak.

      Jika nak penerangan terperinci, akak kena buat entry lain...:)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kak..bgaimana pula dgn prmpuan yg ingin berkahwin dgn llki pilihan ttp scara rhsia tnpa pengetahuan kluarganya krana myakini bhawa ibu dan ayahnay tidak akan merestui hbgn mreka??
    nmun,prmpuan tsbut ingn bernikah utk mengelakkan zina dgn psgnnya

    ReplyDelete
  7. assalam, akak. nak tanya. kalau nak nikah, tapi parents tak setuju kerana tak suka akan pilihan anak gadisnya macam mana? tapi niat kita untuk jauhkan diri dari benda buruk sperti bersekedudukan dan lain2. kira macam nikah tanpa restu la. haa.

    ReplyDelete
  8. salam kak.. saya nak tanya kalo saudara saya bernikah di kelantan berwalikan hakim sedangkan ayahnye maseh hdup n tidak menegtahui ttg lelaki yang dikahwini dan tidak membantah jika die mahu berkawen, apekah hukum perkahwinan yang dialkukan itu?? mengikut susunan wali semuanya masih ada tapi cuma dia tidak memeberitahu untuk berkawen di tanah merah kelantan. setelah beerkahwin barula die memberitahu telah berkahwin,.

    ReplyDelete

 
Sebarkan Bahagia © 2012 | Designed by Bubble Shooter, in collaboration with Reseller Hosting , Forum Jual Beli and Business Solutions