Sunday, 22 May 2011


Bersama Ukhti Firyal dari Palestin dalam Seminar Wanita.
Beliau merupakan isteri kepada seorang syuhada Palestin yang kini aktif memimpin wanita Palestin di Syria.

  1. Mengembalikan hak-hak wanita yang diberikan oleh syariat Islam dan memudahkan dalam menjalankan kewajipan-kewajipannya.
  2. Kesesuaian antara nas dan realiti, dengan memudahkan dan meringankan beban berat dalam fatwa-fatwa yang berhubungan dengan hukum-hukum keluarga.
  3. Memperhati keadaan zaman dan linkungannya dalam berfatwa. Di antara pendapat yang tidak dibantah oleh sesiapapun adalah bahawa pada masa kita telah banyak terjadi perubahan, baik dalam kehidupan sosial, ekonomi, politik dan budaya. Keadaann ini memungkinkan ahli fiqih berbeza pendapat daripada sebahagian perkataan lama yang tidak lagi sesuai dengan keadaan sekarang. Lalu memilih pendapat-pendapat yang tepat yang boleh jadi sebelumnya dianggap sebagai pendapat tidak kuat,  malah sekalipun pada saat itu pendapat itu dianggap lemah dan tidak diterima[2].
  4.  Bersikap moderat (pertengahan) dan seimbang. Kata al-Qaradhawi, “Sesungguhnya apa yang saya percaya dan saya berdakwah kepadanya, serta saya bela, adalah manhaj yang moderat untuk umat yang moderat.”
  5. Banyak lagi....


[1] Dr. Amru Abdul Karim Sa’dawi, Qadhoya al-Mar’ah fi Fiqhil Qaradhawi (Mesir: Qathrunwada, 2009).
[2]  Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Taghayyur al-Fatawa Bi Taghayyuri Al-Azminah Wal Amkinah Wal Ahwal Wal A’raf, dalam bukunya Awamil As-Sa’ah Wal Murunah Fisy Syari’ah Al-Islamiyyah, Cairo, Dar Ash-Shahwah, (1406M/ 1985H), hal. 75.
Reactions:

Tagged:

11 comments:

  1. Assalammualaikum...
    Minta ketengahkan isu aurat wanita..
    dalam Islam, wanita disuruh melabuhkan tudungnya sehingga menutupi dada.. tp bagaimana pula dengan cara pemakaian selendang di atas?

    maaf kalau ana tersalah ;)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt
    Terima-kasih atas keprihatinan.
    Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting yang perlu difahami di dalam al-Quran iaitu:
    1.Hijab (Surah al-Nur:)
    2.Khimar (Surah al-Nur: 31)
    3.Jilbab (Surah al-Ahzab: 59)

    Insyallah akan diterang lanjut dalam isu aurat wanita di dalam post Sebarkan Cinta-Mu.

    ReplyDelete
  3. Maaf, di dalam post kategori WANITA.

    ReplyDelete
  4. salam ustazah, saya kurang paham , maksudnya DR YUSUF QARDAWI- mengikut keadaan zaman ya? sebab ada ustazh saya kata DR YUSUF longgar. mcm mna ya?.

    ReplyDelete
  5. wsalam wbt. semua ulama fiqih berinteraksi dengan keadaan zaman kerana masalah baru sentiasa timbul bersama perkembangan zaman. Lagipun antara ciri-ciri Islam itu ialah tegas pada prinsip dan fleksibel pada fiqh atau perlaksanaannya.
    AlbanaT boleh tanyakan balik kepada ustazah, apa yang dia maksudkan dengan longgar. Mungkinkah yang dia maksudkan tentang manhaj fiqh taisir oleh Al-Qaradhawi(tentang memilih yang mudah)?

    ReplyDelete
  6. Berkata Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, "Ada pemahaman yang wajib kita jernihkan dengan sejernih-jernihnya dengan kata "ya" atau "tidak".

    Ya untuk ilmiyah (keilmuan).
    Tidak untuk ilmaniyah (sekularisme).

    Ya untuk interaksi budaya.
    Tidak untuk serangan budaya.

    Ya untuk negara Islam.
    Tidak untuk negara teokrasi.

    Ya untuk modernisasi.
    Tidak untuk westernisasi.

    ReplyDelete
  7. Berkata Syeikh ini lagi,
    "Islam yang kami serukan adalah Islam masa awal, iaitu Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah,
    Islam yang membuka kemudahan bukan memberatkan,
    Islam yang memberi khabar gembira bukan membuatkan orang lari.

    Islam yang kami perjuangkan ialah:
    Islam yang mengedepankan kelembutan,
    yang saling mengenal bukan saling mengingkari,
    Islam yang toleransi dan tidak fanatik,
    yang substantif dan bukan formalistik,
    yang mengedepankan kerja keras bukan perdebatan tanpa hujung,
    yang kontributif (menyumbang) dan bukan sloganistik (sekadar melaung slogan),
    yang mengedepankan ijtihad dan bukan taklid.
    Islam yang kami serukan adalah yang menyeru kepada tajdid (pembaharuan) dan anti kejumudan,
    yang kukuh dan tidak goyah,
    yang moderat (pertengahan) dan tidak ekstrim."

    ReplyDelete
  8. Islam yang kami tolak ialah:
    yang mengajak fatalisme dalam akidah,
    formalitas dalam ibadah,
    negatif dalam moraliti,
    farsial dalam pemikiran,
    tekstual dalam penafsiran,
    zhhiriyah atau harfiyah dalam fikih dan penampilan luar dalam kehidupan."

    ReplyDelete
  9. Boleh rujuk buku Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi oleh Isham Talimah.

    ReplyDelete
  10. insya Allah ustazah jgn baca satu sumber sahaja, cuba cari sumber sohih dan nilai berdasarkan hadis sahih Rasulullah dan atsar para sahabat.. sy syorkan ustazah utk baca kitab majmu' fatawa, fathul bari, Al-Umm, Ar Risalah, dan sbgnya... berkenaan dengan hukum, adapun pendahuluan hukum dlm syariat islam ialah berdasarkan al-Quran, kemudian kepada Sunnah Rasulullah berdasarkan hadis2 sahih, dan kemudian ialah atsar para sahabat, kerana dalam hadis Rasulullah bersabda: خَيْرُالناس قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

    "Sebaik-baik manusia adalah manusia pada zamanku, kemudian yang berikutnya dan berikutnya".

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hormat. sumber-sumber yang akhi sebutkan itu akan dirujuk oleh para ulama muktabar tanpa terkecuali, sebab ia kitab asal.

      Kita tak akan menghormati ulama muktabar jika kita telah berburuk sangka bahawa mereka tidak merujuk al-Quran dan sunnah. Insya Allah akhi tidak begitu.

      ulama-ulama muktabar kontemporari selalu mempunyai methodologi yang jelas dalam mendahulukan nas sarih (spesifik) al-quran dan al-sunnah sebagai rujukan. Bahkan sudut pandang mereka yang jelas dari keluasan ilmu yang tinggi menyebabkan methodologi mereka 'jauh lebih dekat' dengan kaedah yang diajar Rasul dalam berhukum.

      Mereka bijak mengkolerasikan nas antara satu dengan lain.

      memadukan antara fikih dengan hadis.

      menghormati ijma' yang diyakini.

      memilih mazhab dan memperlajari buku-bukunya.

      memperhati keadaan zaman dan lingkungan dalam berfatwa.

      mempersempit yang haram dan yang wajib.

      sikap moderat dan berimbang.

      memperhatikan kepentingan umum.

      mempermudah ketika terjadi bencana.

      berbicara kepada orang lain dalam bahasa zamannya.

      berpaling dari hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyambut hal-hal baru yang positif.

      memperhatikan tujuan syariat Islam.

      memperhatikan fakta (fikih keseimbangan dan fikih prioriti).

      Delete