Sunday, 22 May 2011

NOVEL FIQH DAN MOTIVASI
Sebuah novel fiqh dan motivasi yang mengupas tentang pengurusan cinta, psikologi remaja, hati isteri, isu-isu gender, pergaulan, kekeluargaan dan kemasyarakatan dengan mengaduk realiti, hukum fiqh, undang-undang Syari‘ah serta hikmah pendapat ulama-ulama muktabar

Bebaskan
keliru!
SEBARKAN CINTA-MU
                       Mengalir bahasa perasaan,                          
melukis tentang kehidupan.





Usapilah air matamu,
Ketahuilah,
Allah amat memahamimu,
Tersenyumlah…


FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

PROLOG


            Cahaya bulan jatuh bersimbahan. Purnama terang. Ibu Dhiya’ dan dua orang anak gadis menderap perlahan-lahan menuju ke tanah perkuburan Islam. Tanpa bicara. Suami Ibu Dhiya’, Pak Yodong mengawasi di belakang. Hanya dia yang memegang lampu suluh. Itupun, tidak dipasang dek ingin menikmati cahaya alam.
            Makam sepi.
Warna kemboja yang memutih indah disapa cahaya. Harumannya menusuk deria. Salam dan doa mereka berlantunan buat penghuni negeri abadi. Barzakh, permulaan akhirat. Di situ, bermulanya kembara di alam yang kekal. Hati mereka diketuk rasa kesayuan dan keinsafan.
            Ibu Dhiya’ mengambil tempat di tepi tanah perkuburan. Anak-anak gadis yang turut bersamanya ikut melabuh duduk. Dalam satu bulatan, mereka sama-sama mengungkap al-Fatihah yang mulia. Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang aneh.
            Cuk! Cuk!
            Bunyi cangkul menerkam tanah. Sayup-sayup kedengaran. Salah seorang gadis memegang erat jubah Ibu Dhiya’. Menggeletar.
Suami Ibu Dhiya’ meluruskan lima jari, menunjuk isyarat bertenang. Dia berjalan mencari arah bunyi itu. Daya inkuiri menendang-nendang sukma. Ibu Dhiya’ berdiri lalu menuruti jejak suaminya. Kedua-dua anak gadis membuntuti.
            Ekkkk…
            Tangisan lemah seorang bayi merayu simpati. Bersatu dalam tangisan seorang wanita yang mengesak tersedu-sedan. Wanita itu tega mencangkul tanah. Suku meter. Kemudian, dia mengambil bayinya dan memasukkan ke dalam liang lahad yang digali.            “Astargfirullahal azhim!” Tempik Ibu Dhiya’.
Wanita di usia remaja itu kaget.  Terperanjat besar. Dia berlari lintang-pukang. Langkahnya tidak bermaya. Pak Yodong mengejar. Kedua-dua anak gadis turut mengejar.
Ibu Dhiya’ mendapatkan bayi malang itu. Tiada seurat benangpun menyelimuti kesejukannya. Tali pusat masih basah. Badannya bengkak kemerah-merahan di sana-sini. Kesan gigitan nyamuk dan semut. Bayi itu didakap ke dada. Kepala si bayi terketar-ketar mencari susu di dada Ibu Dhiya’. Lemah. Hampir hilang tenaga. Air mata keibuan tumpah. 
“Ya Allah, kasihani dia.”

Reactions:

Tagged:

5 comments:

  1. da kluar ke buku ni ustazah???

    ReplyDelete
  2. PTS sedang usahakan.hajat doa

    ReplyDelete
  3. x sabar tunggu karya dr kalian berdua..
    semoga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Di mana boleh dapatkan karya baru ni? Available x utk order online?

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbt. boleh bertanya terus kepada penerbit PTS. syukran.

    ReplyDelete